Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 2 untuk raya nanti. Kek ni simple ja. Bahan pun tak banyak. Untuk sirap & kordial laici tu aku letak lebih sebab tak berapa bau sangat. Bila dah tambah tu sedapnya bau masa dok bakaq tu. Selalu dok minum ayaq sirap laici, kali ni jadi kek pulak. Sapa² yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
Kek Lapis Sirap Laici
C&P : FB Dapur Kitak
250gm marjerin ( aku guna butter )
50gm gula halus
15gm ovalet
175gm susu pekat
5 biji telur gred A
50gm creamer
175gm tepung gandum ( aku guna tepung hong kong )
50ml susu full cream ( aku guna whipping cream )
1 1/2 sb kordial laici ( tanpa gula )
1 sb sirap rose
1 sb warna putih
Cara-cara
- Pukul butter, gula dan ovalet sehingga kembang.
- Bila dah kembang, masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
- Masukkan susu pekat. Pukul sebati.
- Masukkan creamer. Sebatikan.
- Masukkan tepung gandum. Masukkan sedik demi sedikit sehingga habis. Sebatikan.
- Masukkan susu full cream. Sebatikan.
- Bahagi adunan sama banyak kepada 2 bahagian. Letak kordial laici & pewarna putih. Sebatikan. Bahagian satu lagi letak sirap rose. Sebatikan.
- Sediakan loyang 6×6×4 dan alas dengan baking paper. Panaskan oven selama 10 minit suhu 180°C. Lapisan pertama bakar guna api atas & bawah. Bakar selama 8 minit atau sehingga kek masak. Letak rak paling bawah sekali.
- Lapisan ke 2 sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selama 8 minit atau sehingga kek masak pada suhu 150°C. Letak loyang paling bawah.
- Cara melapis ikut kreativiti masing².
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...