Monday 26 February 2024

Hummingbird Cake

Hummingbird Cake



     Assalamualaikum semua.... Lamanya aku tak bersiaran. Ni post pertama aku untuk tahun 2024 ni. Sempena hari ni birthday aku, maka aku share la satu resepi kek yang aku dah buat ni. Kalau ikut kan aku nak buat kek ais krim kitkat atau kek coklat cadbury. Tapi sebab aku dah start boikot, aku buat la kek lain. Maka jadi la hummingbird cake ni. Kalau ikutkan kek ni  macam carrot cake ja. Cuma tak letak lobak merah dalam tu. Alhamdulillah, tahun ni aku dah masuk 35 tahun... Syukur sangat masih dipanjangkan umur...  Untuk kek ni aku buat separuh adunan jaa... Sangat sedap kek ni. Ada rasa pisang dalam kek ni. Pastu ada rasa lemak-lemak kekacang. Kalau ada yang nak mencuba kek ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...

Hummingbird Cake


Hummingbird Cake

25gm kacang pecan
25gm kacang walnut
195gm tepung gandum
150gm gula halus
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cinamon ( aku takletak )
2 biji telur gred C
90ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
115gm nenas dalam tin ( tak perlu toskan )
200gm pisang masak ranum


Cara-cara
  1. Bakar kekacang sekejap kemudian cincang kasar. Lenyek pisang hingga halus. Cincang nenas dalam tin.
  2. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanilla dalam satu bekas dan pukul dengan whisk hingga sebati sahaja.
  3. Kemudian masukkan nenas cincang dan pisang lenyek tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan kering ( tepung, serbuk cinamon, garam dan soda ) yang sudah di ayak.
  5. Akhir sekali masukkan kekacang yang telah dicincang tadi.
  6. Sediakan 2 loyang 6 inci. Lapik loyang dengan kertas minyak. Oles dengan butter.
  7. Tuang adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25- 35 minit bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.
  9. Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek. Jika lidi kering, ini bermakna kek telah masak sepenuhnya.
  10. Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.

Hummingbird Cake


Krim Keju

300gm cream cheese
60gm butter
160gm gula icing ( di ayak )
1 sudu teh esen vanilla
1sudu teh lemon paste


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula icing hingga kembang.
  2. Tambahkan butter, esen vanilla dan lemon paste. Pukul adunan sebati.
  3. Sedia untuk disalut pada kek.

Hummingbird Cake


Karamel Sos

55gm butter
60gm whipping cream
1 1/2 sudu besar air
30ml corn syrup ( aku tak letak )
100gm gula halus


Cara-cara
  1. Masak gula dan air hingga perang
  2. Tambahkan corn syrup dan masak lagi.
  3. Kemudian masukkan whipping cream dan gaul rata.
  4. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan butter.

Hummingbird Cake


Cara Melayerkan Kek
  1. Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping, Jadi semuanya akan ada 4 keping kek.
  2. Letakkan kek atas papan kek.
  3. Sapukan krim keju atas kek dan ratakan.
  4. Ulang proses yang sama untuk setiap keping kek.
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan krim
  6. Simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum di deco.
  7. Deco ikut kesesuaian anda. Hiaskan dengan karamel sos.
  8. Sedia dihidangkan.


Hummingbird Cake

 

Friday 23 February 2024

Chilled Cheese Chocolate Cake

 

Chilled Cheese Chocolate Cake


    Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sihat ke...? Aku, Alhamdullah sihat. Cuma kat belah utara ni cuaca dia hangat lain macam. Nak-nak waktu tengahari. Ni dok dalam rumah serupa kena salai pun ada... Hahahaa... Kalau kat luar ok lagi sebab kat kampung aku ni angin masih kuat. Kalau tidoq dalam buai buleh hanyut lama oooo.... Berbalik pada resepi hari ni aku nak share resepi cheesecake. Sedap cheesecake ni bila makan time sejuk. Rasa bercoklat pulak tu...Untuk base dia aku tak pakai oreo. Aku tukar guna cream-o yang inti coklat tu. Sedap jugak. Kalau ada yang nak buat buleh tengok resepi kat bawah tu.... Bye... Jangan lupa jaga kesihatan & minum banyak air kosong musim panas ni....


Chilled Cheese Chocolate Cake


Chilled Cheese Chocolate Cake
C&P : AkuZack


Lapis Bawah
100gm oreo ( aku guna cream-o )

Cara-cara
  1. Kisarkan oreo bersama cream.
  2. Tekan rata dalam loose pan 6". Masuk dalam peti sejuk.

 


Chilled Cheese Chocolate Cake


Lapisan Atas
 
125gm cream cheese ( lembutkan )
60gm gula kastor
1 keping oreo ( hancurkan. kalau nk lebihkan boleh tambah. jgn byk sgt )
75gm whipping cream ( pukul kental )
1/2 sudu besar + 1/2 sudu teh serbuk gelatine
40ml air


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga lincin.
  2. Campurkan gelatine dan air. Biarkan kembang 2 minit. Masak secara double boiler sehingga cair. Tuangkan adunan gelatine ke dalam adunan cheese tadi.
  3. Masukkan bahan lain pukul sebati ( oreo yang telah dihancurkan & whipping cream ). Kemudian tuang ke atas biskut oreo tadi. Masuk dalam peti sejuk sehingga cheese tu agak-agak keras.

 

Chilled Cheese Chocolate Cake


Chocolate Mousse

125gn whipping cream ( pukul kental )
1 sudu teh vanilla essence
1/2 sudu besar serbuk gelatine ( campur dgn 3 sudu besar air panas )
25gm serbuk koko + 40gm gula icing
1/2 sudu besar nescafe + 1/2 sudu besar air panas
sedikit susu pekat ( jika adunan pahit )


Cara-cara
  1. Pukul whipping cream hingga kental dan masukkan semua bahan untuk mousse. Kalau adunan rasa pahit, tambah susu pekat sedikit.
  2. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masukke dalam peti sejuk semula untuk keraskan chocolate mousse.


Chilled Cheese Chocolate Cake

 
Chocolate Ganache

50gm dark compound chocolate
50gm fresh cream


Cara-cara
  1. Double boil fresh cream sampai mendidih. Masukkan chocolate yang dicincang, tutup api dan alihkan dari double boiler. Kacau rata.
  2. Suamkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang sudah keras. Masuk dalam peti ais semula selama kira-kira 3 jam.
  3. Bila chocolate ganache dah keras, boleh la dihidangkan. Potong dengan pisau yang direndam dalam air panas dan dilap kering.

Chilled Cheese Chocolate Cake