Tuesday 31 December 2019

Chocolate Fromage Cake


      Assalamualaikumsemu... Tinggal berapa jam ja lagi kita nak masuk tahun 2020.. So, alang-alang ujung tahun ni meh kita layan kek yang sangat sedap bila lalu kat dalam kerongkong anda...  Sedap sangat... Tak tau nak habaq lagu mana... Rasa dia lemak-lemak berkrim... Macam makan cheese cake pun ada... Cuma nak buat dia ni banyak step sikit la... Tapi disebabka sedap, memang berbaloi bila dah siap... Kalau nak tau macama mana rasa kek ni kena la cuba... Okla... Selamat tahun baru 2020... Byeee.....




Chocolate Formage Cake
C&P :Kak Ita

KEK SPAN COKLAT

Bahan-Bahan
4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Cara-Cara

  1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
  3. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  4. Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan.. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.
  5. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
  6. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
  8. Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
  9. Bakar selama 30 ~ 35 minit







KRIM COKLAT / KASTARD COKLAT

140 gm cream cheese
20 gm gula caster
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
40 gm Whipping Cream (dairy)
50 gm Dark Chocolat
1 sudu besar tepung kek / tepung gandum


Cara-Cara

  1. Potong sekeping kek dan letakkan dalam loyang spring form pan.
  2. Dah siap ketepikan, sekarang kita nak buat krim coklat atau kastard coklat dulu,
  3. Putar cream cheese hingga lembut
  4. Masukkan gula
  5. Masukkan telur
  6. Masukkan esen vanilla dan putar hingga lembut dan creamy
  7. Masukkan whipping cream dan tepung gandum dan putar sebati
  8. Masukkan dark chocolate yang di cairkan ( double boil )
  9. Tapis adunan ( adunan agak pekat ) untuk dapatkan adunan yang smooth dan tiada ketulan tepung, cheese atau coklat.
  10. Tuang adunan atas kek ( dalam spring form pan ) tadi
  11. Bakar dalam oven suhu 160 C oven rumah dan 170 C oven industri selama 20 - 25 minit * ingat oven kena panaskan 15 minit awal sebelum masukkan kek





KRIM PUTIH / KASTARD PUTIH

60 gm cream cheese - lembutkan suhu bilik
20 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
4 gm gelatin
25 gm air
140 gm whipping cream ( dairy)

Cara-Cara

  1. Hanya menggunakan whisk sahaja, putar atau cream cheese hingga lembut dan creamy masukkan kuning telur dan esen vanilla dan kacau sebati
  2. Atas dapur panaskan air dalam periuk ( teknik double boil) letakkan adunan cream cheese dan telur atas periuk berisi air dan kacau rata ( hati2 jangan sampai telur jadi scrambel egg pulak! ) adunan mesti berkrim / creamy.
  3. Gelatin cairkan dahulu bersama air ( double boil / masuk dalam microwave )
  4. Tuangkan gelatin dalam adunan telur dan kacau lagi
  5. Akhir sekali masukkan whipping cream kacau rata





KRIM PUTIH 2
30 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm butter
4 gm gelatin
50 gm air
50 gm coklat putih ( cairkan double boil)
130 gm whipping cream Dary

Cara-Cara

  1. Gula icing , telur dan esen vanilla puar dan masak kaedah daouble boil dengan whisk hingga krim
  2. Tuangkan gelatinyang dah di cairkan cara double boil
  3. Butter putar asing hingga ghebu, masukkan adunan telur tadi dlm adunan butter, masukkan adunan coklat yang di cairkan kaedah double boil juga
  4. Dalam mixer lain putar whipping cream hingga soft peak kaup balik adunan butter dan whipping cream rata
  5. Bila kek kita dah keras, salutkan luar kek dengan krim putih 2
  6. Ambil sekeping lagi kek coklat dan parut dengan penapis hingga menjadi serbuk halus salut serbuk kek pada keseluruhan kek
  7. Sejukkan dan sedia di nikmati





Sunday 29 December 2019

Red Velvet Oreo Cheese Brownies




     Assalamualaikum semua... Sihat ke... Saja la nak tanya khabar sebab aku ni jarang dah bersiaran kat sini...Cuma sekali sekala ja timbul... Ni alang-alang aku dah timbul ni aku buat la resepi brownies ni... Ikutkan resepi asal ni tak letak pon oreo. Saja la aku ni pi derhaka sikit... Tak banyak pun, sikit ja... Hahahaa.... Bukan apa, akak aku ada beli oreo red velvet ni... Hari tu letak atas kek red velvet... Nampak cantik jugak walaupun sebagai deco ja... Tapi kali ni cuba buat brownies pula... Nampak la lain sikit... Tapi kalau dah tak jumpa oreo red velvet tu jangan la kecewa pulak... Guna la oreo biasa tu... Oreo ni kak aku beli kat giant.. Nanti boleh la hangpa pi usha tengok... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Guna loyang 8x8 inci. So kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tuu...





Red Velvet Oreo Cheese Brownies
C&P : Kak Wan ( Red Velvet Cheese Brownies )


Bahan-bahan
220gm mentega
280gm gula kaster
2 sudu besar rata serbuk koko
280gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
200ml buttermilk (200ml dairy whipping cream + 1 sudu besar cuka (kacau hingga pekat)
1/2 sudu kecil serbuk pewarna merah
2 biji telur Grade A, kocok hingga berbuih
1 sudu kecil esen vanila
Oreo red velvet secukupnya
Loyang 10 x 10in di alas dan di gris mentega


Cara-cara :

  1. Ayak tepung dan baking soda.
  2. Satukan dairy whipping cream, cuka dan pewarna merah. Kacau hingga rata. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan gula dan serbuk koko. Kacau hingga gula larut dengan api perlahan. Tutup api, biarkan suam seketika.
  3. Kemudian masukkan telur, esen vanila, kacau hingga bergaul rata.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk dan kacau sehingga adunan sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang dan bakar 160C selama 40-45 minit atau sehingga bahagian tepi brownies renggang dari loyang.
  6. Keluarkan dari oven, jika mengelembung, tekan menggunakan penekan kek hingga permukaannya rata.
  7. Tuang adunan keju di atasnya, ratakan, susun kepingan oreo mengikut kreativiti.
  8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan bakar semula selama 20 minit.



Adunan Keju

370gm cream cheese
1 biji telur A
50gm gula kaster


Cara-cara

  1. Putar cream cheese dan gula hingga rata. Masukkan telur, putar hingga sebati.
  2. Tuang atas adunan brownies tadi




Wednesday 25 December 2019

Kek Red Velve




   Assalamualaikum semua.... Sihat kee... Dah masuk hujung tahun pun... Dalam berapa hari lagi kita nak masuk tahun 2020... Tapi tak da pun kereta terbang...Hihihiii.... Ok, lawak ja... Hujung-hujung tahun ni tiba-tiba lapaq kek red velvet pulak... Google punya google jumpa la resepi ni... Tekstur kek ni memang moist... Rugi ooo kalau tak cuba... Kalau nak deco macam aku ni kena bakar dalam dua biji loyang bulat 6 inci. Bila dah masak potong bahagian atas yang tak rata atau merekah tu. Pastu hancurkan bagi jadi serdak kek. Bila dah siap salut kek dengan cream cheese,boleh la salut pulak dengan serdak kek tu... Alang-alang dah ada biskut oreo red velvet, aku pun boh atas kek tu... Nampak cun la jugak... So, kalau ada nak cuba boleh tengok resepi kat bawah... 




Kek Red Velvet

Acuan 7 inci.
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A
170g mentega
150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur
Bahan B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan
1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :
  1. Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul
  3. Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikitdengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering
  4. Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing
  5. Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Nota: Kalau nak deco macam ni kena bakar kek dalam 2 biji loyang bulat 6 inci. Bila kek dah masak & sejuk, potong bahagian atas kek. Hancurkan kek hingga menjadi serdak. Lepastu boleh salut pada kek.






Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan
350g cream cheese
70g mentega
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan

  1. Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati.Masukkan vanila.
  2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembangtetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair