Saturday 24 October 2020

Devil's Food Cake ala Indulgance


       Assalamualaikum semuaaa..... Akhirnya tertunai jugak hajat aku nak makn kek coklat ni.... Memang sedap kek ni... Dulu pernah buat resepi macam ni tapi bezanya guna kek kukus. Lepas tu krim dia ada letak cream cheese. Kalau nak tengok boleh klik kat sini... Untuk resepi ni pun boleh tahan sedap... Nak-nak bila makan time sejuk-sejuk tu... Mmmm... Dapnya... Bila chocolate mousse tu kena kat lidah, rasa macam aiskrim la pulak... Ka aku yang terlebih bayang... Hahahaa... Lagi satu kek ni guna mayonis tau. Jangan terkejut pulak... Rasa kek dia macam lemak-lemak sikit... Kalau nak tau macam mana rasa dia kena la cuba... Tak rugi ooo.... Ok la, sampai kat sini dulu... Byeee.....





Devil's Food Cake ala Indulgance

Sumber : I POSE DESSERTS


Kek:

A

170g butter, suhu bilik

200g gula kaster ( aku ganti gula perang )

2 sk esen vanila


B

3 biji telur, gred A


C (diayak)

227g tepung superfine

50g serbuk koko

1 1/4 sk soda bicarbonat

1 sk baking powder

1 sk garam


D

1 1/2 cawan buttermilk


E

1/4 cawan mayonnaise


Cara2 membuat kek:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 biji loyang bulat bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.
  5. Bahagi adunan sama banyak dan tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wirerack.




Ganache:

500g dark chocolate, dicincang

400g whip cream

2 sb butter, suhu bilik


Cara2 membuat ganache:

  1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.
  2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.
  3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper &simpan dalam peti sejuk hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek.




Chocolate mousse:

500g uht whipping cream ( aku ganti 300gm fresh cream )

100g gula aising ( aku xletak sebab fresh cream dah manis )

100g ganache


Cara2 membuatnya:

  1. Pukul krim & gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan ganache & gaul guna handwhisk. Kalau masih cair boleh pukul lagi guna mixer tapi jangan terlebih pukul,cukup sampai krim kembang sahaja.




Cara2 menyusun kek:

  1. Potong kek kepada 2 bahagian.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek dan paipkan chocolate mousse. Ratakan.
  3. Letak sekeping kek lagi dan paipkan  chocolate ganache. Ratakan.
  4. Letak pula kepingan kek dan paipkan chocolate mousse. Ratakan dan letak kepingan kek terakhir.
  5. Salut keseluruhan kek dengan chocolate mousse. Kemudian sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
  6. Keluarkan kek tadi dan salut keseluruhan kek dengan  chocolate ganache.
  7. Hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan selama 2 jam sebelum dipotong.




 

4 comments:

  1. Hi nak tanya. Yang ni awak guna pan size berapa ya? Tqq

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    kenyang Kak Amie jamu mata masuk dapur Syapex. Cantik sungguh kejadian devil food cake ala indulgence tu... kalah secret recipe punya... heheee.

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...