Saturday, 17 October 2020

Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake

 


      Assalamualaikum semua... Bertemu kembali dengan resepi cheese cake... Alang-alang ada lebihan biskut biscoff & biscoff spread, maka jadi la cheese cake ni... Untuk cheese cake ni aku tambah adunan gelatin untuk bagi lebih stabil. Selalunya kalau letak gelatin, cheese cake ni akan lebih pejal. Terpulang la, kalau nak letak atau tak nak... Tapi bagi aku baik letak... Sebab nanti cheese cake terlalu lembik bila lambat nak makan... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuu... Ok la, byeee....



Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake

Sumber : Keluarga


Crust:

125 gram lotus biscuits

45 gram unsalted butter – anchor


Cream cheese:

250 gram cream cheese

150 gram whipping cream

25 gram castor sugar

1 tbsp biscoff spread

2 sb air panas + 2sk gelatin ( cairkan )


Cara-cara:

  1. Hancurkan lotus biscuits. Cairkan butter, kemudian satukan dengan biskut yang dah hancur tadi. Kacau rata.
  2. Letak dalam loyang saiz 6′ inci. Rata dan padatkan. Chill dalam fridge.
  3. Sementara tu, keluarkan 15 minit cream cheese bagi lembut sedikit sebelum tu. Kemudian beat cream cheese sehingga ber’creamy’ dan masukkan 1 tbsp biscoff spread tadi. Kemudian masukkan larutan gelatin dan pukul sebati.
  4. Whip kan whipping cream dengan castor sugar sehingga stiff peak. Jangan over beat. Agak2 kalau tuang tak tumpah, dah boleh stop.
  5. Satukan adunan cream cheese dengan adunan whipping cream.
  6. Tuang dalam loyang dan chill lagi dalam fridge.
  7. Cairkan 180 gm biscoff spread(saya guna kaedah double boil) dan biar sehingga sejuk. Dah sejuk tuang dalam loyang, kalau nak buat deco untuk drip boleh simpan sikit. Then chill kan 3-4 jam. Dah betul-betul sejuk boleh keluarkan dari loyang dan boleh la makan





No comments:

Post a comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...