Assalamualaiku.... Hari ni apa kata kita layan Hokkaido Chiffon Cup Cake yang sangat sedap ni... Sungguh gebu dan lembut keknya bila masuk dalam mulut tu... Tambah-tambah ada inti custart yang berkrim tu... 3, 4 biji jugak la sekali hadap... Kalau nak menikmati kek ni sila pejam mata pastu boleh la bayangkan keindahan dan kesedapan kek ni cair dalam mulut tu... Huhuhuu.... Sebelum ni akau pernah buat dah Hokkaido Chiffon Cup Cake, kalau nak tengok boleh klik kat sini. Untuk kali ni try resepi lain pulak. Memang sedap kek ni. Tak rugi kalau mencubanya... So, jom kita tengok resepinya....
Hokkaido Chiffon Cup Cake
Sumber : Suzie Saufi
C&P : Rahel
Bahan-Bahan
Bahan A:
-4 biji putih telur
-1 st garam
-80g gula halus
*putar sehingga menjadi kental (meringue)
Bahan B:
-4 biji kuning telur
-30g gula kastor
-1 st esen vanila
-40ml minyak jagung
-40ml susu segar
Bahan C:
-55g tepung kek
-20g tepung custard
-1 st baking powder
Cara-cara:
- Ayak tepung kek,tepung custard dan baking powder.
- Pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
- Masukkan minyak dan susu segar.
- Masukkan tepung dan gaul sebati.
- Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
- Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh (80% cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan - gelembung udara di dalam kek).
- Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak kekuningan.
Bahan Custard
-1 sudu besar tepung custard
-1 sudu besar tepung gandum
-4 sudu besar gula
-200ml susu segar
-1 biji telur
-1 sudu besar mentega
Cara-Cara
- Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat (masak atas double boiler).
- Bancuh tepung dg 50ml susu segar dahulu baru satukan semua bahan.
- Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin.
- Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.
- Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk noozle ke dalam dan picit.
Sungguh sedap bila gandingkan custard dan coklat...
selamat mencuba..
sedapnya ..ala2 kek chiffon ya kek ni .. tak pernah terbuat lagi ...jamu mata je la hihi
ReplyDeleteha.. cuma yg ni letak dlm bks kecik-kecik & letak inti dlm tu...
Deletesatu lg resepi yg ai ketinggalan yu....
ReplyDeletexpa...
Deletepelan2...
kalau nk kejar memang tak sempat sbb tiap2 hari ada resepi br...