Assalamualaikum.... Kek keju lagi... Saja nak try guna buah labu pulak. Resepi ni aku amek kat majalah mingguan wanita. Buat cheesecake ni pun separuh adunan ja.... Nak try rasa macam mana kalau letak buah labu dengan cream cheese tu. Boleh tahan jugak rasanya... Lemak-lemak manis labu... Agak kecomotan cheesecake aku ni... Huhuhuhuuu... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni....
Kek Keju Labu
Majalah Mingguan Wanita
Julai-Ogos 2013
Bahan-Bahan [ 1/2 adunan ]
Bahan asas ( base )
-200gm biskut gandum ( dihancurkan kasar )
-1/4 sudu teh serbuk kayu manis
-25gm mentega buttercup ( dicairkan pada suhu bilik )
-1/2 sudu makan gula perang
Bahan inti ( filling )
-250gm krim keju
-80gm gula perang
-225gm labu ( dipotong kecil dan kisar )
-1/8 sudu teh esen vanila
-1/4 sudu teh kayu manis
-1 biji telur
-1/8 sudu teh garam
Cara Memasak
- Sediakan acuan bulat bersaiz 6 inci dan alsakan dengan kertas minyak yang telah disapu dengan mentega.
- Satukan bahan asas di dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.
- Seterusnya, pukul krim keju bersama serbuk kayu manis, gula perang dan garam sehingga kembang. Tambahkan telur dan pukul lagi. Bahagikan bancuhan kepada dua bahagian. Campurkan labu ke dalam satu bahagian dari bancuhan dan kacau. Ketepikan.
- Tuangkan bancuhan yang tidak dicampurkan labu ke dalaam acuan yang berisi bahan asas dan bakar selama 30 minit dengan suhu150C.
- Kemudian keluarkan acuan dari ketuhar dan tuangkan bancuhan labu ke dalamnyan. Bakar lagi selama 40 minit dengan suhu yang sama. Akhir sekali, sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman.
Selamat mencuba...
Cisss lagi...kek labu mmg sodapp ada cis bertmbah ler sedappp kan...rajin mengekek..
ReplyDeletemasa utk menaikkan berat bdn slps bln posa....
Deletehuhuhuuu....
nk habiskn stok crm cheese, tu yg rajinkan diri bt kek...
harum bau labu ni...kat bawah tu banyak cake2 yg menggoda jiwa..
ReplyDeletememang harum kak...
Deletetu belom rasa lg...
: )
assalam
ReplyDeletekesukaan akak ni labu
memang sedap blh bayangkan lemk2 labu dan cheesenya
memang sgt sdp akak...
Delete