Friday 25 October 2013

Biskut Pandan Nestum




     Assalamualaikum.... Hari ni aku nak tayang resepi biskut nestum pandan yang aku dah copy dari QH. Sambil tengok pembentangan bajet 2014 boleh la layan resepi biskut ni... Resepi ni aku amek sekali dengan biskut aiskrim oreo. Asal resepi ni dari Kak Wawa Waheeda. Menurut QH, Kak Wawa ni buat bisnes jual biskut. So, aku nak mintak izin gak la nak tepek resepi dia kat blog ni... Mintak halal ya Kak Wawa. Memang sedap biskut ni. Rangup pulak tu. Tambah pula ada harumam pandan, lagi la sedap biskut ni... Kalau ada yang nak buat, boleh la save resepi ni untuk hari raya tahun depan. Jom kita tengok resepinya....








BISKUT PANDAN NESTUM
C&P : Qasey Honey


Bahan-bahan

-250gm mentega
-120gm gula icing
-50gm nestum (kisar kasar)
-300gm tepung redrose + 1/4 cwn
-1/4 cwn susu tepung
-2 sudu teh pandan paste
-1 sudu teh baking powder
-sedikit pewarna hijau [ tak letak ]

Untuk hiasan

-1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
-Nestum secukupnya


Cara-Cara
  1. Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.
  4. Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  6. Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.






sedap, sedap, sedap....





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...