Monday, 22 April 2013

Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah



   Assalamualaikum semua.... Petang ni panas semacam ja kat kampung aku ni... Tengok kat luar mendung... Nak hujan la kot... Mintak-mintak la hujan... Dah berapa hari dok panas lit-lit.. Tak tahan den... Ok la, berbalik pada N3 hari ni, aku nak tayang kek coklat lagi... Jangan jemu la pulak... Huhuhuuu... Resepi ni aku copy dari AlongRoz MyR. Mintak izin  C & P kat blog saya ni ya akak...  Bagi aku ni salah satu coklat moist yang aku suka. Memang betol-betol moist kalau simpan semalaman dalam peti sejuk. Makan pulak dengan buttercream, lagi la best... Olalaaa... Resepi ni aku belom try cara bakar lagi. Dah google dah. Memang ada orang buat cara bakar. Katanya tekstur kek ni moist jugak. Tak jauh beza dengan yang kukus. Lepas ni aku nak try buat cara bakar jugak la sebab aku lebih suka kek coklat yang bakar. Tapi apa-apa kek coklat pun aku layan jugak, janji bercoklat.... Meh kita tengok resepi kat bawah ni...


Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat ) [ aku buat loyang bulat 8'' ]

-100g Serbuk Koko*
-250g Gula Kastor [ aku letak 100gm ]
-1 tin Susu Isian Cair*
-200g Minyak Masak Sayuran*
-250g Susu Pekat*
-4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
-150g Tepung Gandum
-1 st Bic Soda
-1st Baking Powder

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.




Buttercream

Bahan-Bahan

-100gm mentega
-100gm shortening
-100gm krimwell
-50gm coklat masakan
-5 sudu makan susu pekat manis [ kurang manis tambah lagi ]

Cara-Cara
  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Ketepikan dan biar suam.
  2. Satukan mentega, shortening, krimwell dalam mangkuk pemutar dan putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
  3. Setelah sebati masukan susu pekat manis dan coklat masakan. Putar sehingga sebati.
  4. Guna kelajuan sederhana dan putar sehingga kembang.
  5. Setelah kembang, boleh dilepa pada kek.


Coklat Ganache

Ganache ni aku buat sikit saja. Kalau nak buat tutup seluruh kek kena buat dua kali ganda la...


Bahan-Bahan

-150gm coklat masakan
-50ml krim putar /  whipping cream

Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil. Satukan dengan krim putar dan masak secara double boiler. Kacau rata sehingga coklat larut. [ kacau pelan-pelan, jangan bagi ada buih nanti tak cantik macam aku buat ]
  2. Setelah coklat larut kesemuanya, bolehlah di tuang atas kek.


Cara Deco Kek

Bahan-Bahan

-almond nibs secukupnya

Cara-Cara
  1. Setelah kek sejuk, potong kek kepada tiga bahagian. Letak lapisan pertama atas papan kek. Sapu buttercream keseluruh permukaan. Tabur almond nibs dan letak sekeping lagi kek. Ulang hingga habis.
  2. Sapu keliling kek dengan lebihan buttercream. Setelah siap, simpan seketika dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan kek dan tuang ganace yang masih cair / suam di tengah-tengah kek. Biar ganache meleleh sendiri hingga ke bawah kek.



Memang super moist...

6 comments:

  1. Kite pun dh buat kek ni..versi kek barbie..:-)
    Mmg sedap n moistt kan..lain kli blh buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betol2 moist...
      msti cute barbie tu...
      : )

      Delete
  2. Replies
    1. klau dkat boleh kasi sekeping...
      ahaksss....

      Delete
  3. rajinnya wat topping cantik ye..tapi sedap kan resepi ni..zila pun suka kek ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sj merajinkn diri...
      heheheee...
      memang sdp...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...