Wednesday, 10 April 2013

Mocha Chocolate Chip Muffins


   Salam semua... Hari ni aku cuma buat muffin ja. Rasa malas la pulak nak buat kuih atau kek... Nak buat muffin ni pun rasa malas jugat. Kalau tak buat, nanti tak da pulak benda nak makan waktu petang ni. Aku ni payah sungguh kalau nak buat muffin yang sukat-sukat ni. Selalunya beli yang balik bancuh kat rumah ja. Cepat sikit... Tak pun kalau pi kedai pakcik kenny kompem oder muffin lebih. Bagi aku, muffin kat situ dah sedap dah... Padahal kalau tengok nampak besa ja. Peberet aku semestinya rasa mocha la. Tu yang aku try buat perasa mocha tu. Walaupun rasanya tak sama macam kat kedai pakcik kenny tu, tak kisah la... Janji jadi dan sedap kat mulut ni. Resepi asal muffin ni cuma plain dan taruk coklat chip saja. Aku dah tambah perasa sikit. Lagipun bahan-bahan dia pun tak banyak, so cukup la untuk bilangan orang dalam rumah ni. Resepi ni aku amek dari kak azie kat blog Azie kitchen. Mintak maap ye kak, saya dah ubah resepi ni... Huhuhuuu....


Chocolate Chips Muffin [ diubah jadi Mocha Chocolate Chip Muffins ]

Bahan bahan:

-125 gm tepung gandum
-7 gm baking powder [ 1 sudu teh ]
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-75 gm minyak masak
-75 gm susu segar [ aku letak susu cair ]
-75 gm gula caster
-1 biji telur B [ aku letak gred A ]
-1 1/2 sudu makan serbuk koko
-2 sudu teh serbuk nescafe + 1 sudu maka air panas [ di bancuh bersama ]
-1 sudu teh mocha paste
-1/2 sudu teh vanila
-Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:
  1. Kacau sebati minyak, susu, gula, telur, bancuhan nescafe, mocha paste dan vanilla.
  2. Satukan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dan diayak. Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak ke dalam bancuhan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
  3. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. [Aku masukkan dalam piping bag, potong hujungnya dan picit dalam paper cup. Buat macam ni mudah dan tak comot ]
  4. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.


4 comments:

  1. maveles nya tengok muffin tu...canteekk...

    ReplyDelete
  2. membukit muffin ni..teringat permintaan anak supaya dibuatkan muffin,tapi belum kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sronok nk masak kalau ada permintaan....
      : )

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...