Thursday, 14 May 2015

Harum Manis Cheese Cake

 


    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak tayang cheese cake pulak... Cheese cake ni special sikit sebab guna harum manis... Kalau nak tau, sekarang ni tengah musim harum manis kat perlis ni... Ni aku beli masa ada pesta harum manis. Aku beli 3 biji jaa... Harga dia pun boleh tahan. Ni aku aku guna harum manis gred A. Harga sekilo rm30... Perhhh... Boleh tahan mahalnya... Satu biji pun berat dah 500gm lebih. Kalau gred B dan C murah laa... Asalnya resepi ni cuma mango cheese cake. Aku cuma tukar guna harum manis. Dah alang-alang musim dia, kita try la buat... Memang sedap hingga tak terkata... Kot kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi tu... Thanks ye kak hana sebab kongsi resepi cheese cake ni... Byeee....




RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan

Untuk Base ( aku gandakan adunan )
100g biskut merie or etc - hana gune ritz
50g butter - cairkan


Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain - tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt ( aku ganti whipping cream )
90g gula - leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
15g gelatin + 60ml air panas
sedikit potongan mangga ( aku x letak )


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut - hana guna microvawe
  5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.






Untuk Topping

1 tin buah mangga -ambil sedikit utk hiasan.baki blend jadikan puree ( +- 250gm isi harum manis )
50ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin - optional (jika tak nak, curahkan
puree mangga shj)
1sb madu @ syrup gula - optional jika nak tambah manis
sedikit potongan mangga
daun pudina utk hiasan


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree.Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  2. Sejukkan lagi. potong dan hidangkan.


            


6 comments:

  1. aduh sedapnya tengok gambar pun tertelan ayaq lioq ni..

    ReplyDelete
  2. jelesnya dgn harum manis tu!

    ReplyDelete
  3. hasil sentiasa malatopssssssssssssss

    ReplyDelete
  4. sedapnya nyum nyum...nanti nak try buat lah alang2 ada cheese kat rumah...

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...