Saturday, 23 August 2014

Kek Lapis Red Velvet



     Assalamualaikum.... Salam takziah kepada keluaga MH17. Kemarin merupakan hari berkabung bagi warga malaysia untuk menghormati mangsa pesawat MH17. Hari ni aku nak update resepi kek lapis yang last untuk hari raya hari tu... Kalau ikutkan ada lagi dua jenis, tapi tak sempat nak ambik gambar... Tak pa la, nanti bila ada masa aku buat lagi. Pastu tepek sekali resepinya... Untuk kek lapis yang last ni merupakan kek lapis yang sedap untuk tahun ni..... Yang penting kek ni sangat moist... Kena dengan selera aku... Kalau tengok keler dia pun memang mengancam... Merah mak ngahhh... Macam tak sabar nak makan... Rasanya ni adalah versi kek red velvet yang tak payah sapu krim... Payah nak cerita bila makan kek lapis ni... Kalau nak tau rasa macam mana, kena la cuba... Bukan kena cuba, tapi mesti cuba.... Meh kita tengok resepinya... Terima kasih kepada penyumbang resepi ni.... : )





Kek Lapis Red Velvet
Resepi: Sury Abil

Saiz loy ang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

Adunan merah
-250 gram mentega (saya pakai Anchor)
-5 biji telur ayam gred A
-235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
-2-3 sudu makan serbuk koko
-175 gram gula kastor
-150 gram susu pekat manis
-1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) ( aku letak yg plain )
-1 sudu teh ovallette
-pewarna merah (aku letak 1 1/2 sudu besar )

Adunan Cheese
-500 gram cream cheese
-3 biji telur ayam gred A
-120 gram gula kastor
-sedikit esen vanila

Cara-cara 
  1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
  2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
  3. Panaskan oven 170-1 90'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak bolehlah sudukan satu lagi lapisan, sebany ak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.






12 comments:

  1. Uih!!! Merahnya mak ngah..Hehehhe.. Gamba tetap terbaikk.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. Cantikkkk..
    Dah lama pasang angan2 nk buat lapis2 ni..tp xcukup kerajinan lagi..

    ReplyDelete
  3. woww..mmg terbaekk dari ladang nih..daappnyer!!

    ReplyDelete
  4. Sy simpan resepinya dlu ye..nnti nk try...:)

    ReplyDelete
  5. Salam...terbaikk��....tq sudi cuba...��

    ReplyDelete
  6. kek ni sangat sedap kan! cuma tak berapa tahan lama...so, jangan risau kalau nak habiskan cepat2... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak...
      xdan nak rosak sbb cpt hbis...
      hihii

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...