Wednesday 14 November 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake


   Selamat malam semua... Hari ni, aku nak kongsi satu resepi yang dah lama sesangat nak buat, tapi tak sampai seru... Malam ni gagahkan jugak... Nyata, terhasil lah kek ni. Sebelom ni selalu dok beli ja kat kedai. Klau beli sebiji kompom tak sempat nak hadap kali kedua. Bukan apa, banyak mulut yang minat kat kek ni. Tambah-tambah mulut aku. Hhaahaaaha... Untuk kali ni aku buat 1/2 adunana saja sebab cream cheese ada separuh. Habiskan yang tu dulu baru beli lain. Yang ni aku guna loyang 7 x 7 x 3. Tapi kalau guna loyang yang kecik lagi, kek ni mesti nampak tinggi sikit. Tapi tak pa, janji kek ni menjadi sudahhh.. Sapa-sapa yang nak buat adunan 1/2, pandai-pandai bahagi yerr... Mai kita tengok resepinya.. Ohhh lupa... Klik kat sini untuk rujukan.....



Bahan-Bahan

Bahan A
-250gm cream cheese
-60gm tepung kek
-20gm tepung jagung
-6 biji kuning telur
-50gm butter
-100ml susu segar [ aku guna susu cair ]
-1 sudu besar jus lemon [ aku guna limau nipis yang dah masak ]
-1/4 sudu kecil garam


Bahan B

-140gm gula
-6 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar


Cara-Cara

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  2. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati dengan whisk.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi bertanduk.
  4. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang kek berukuran 8 inci yang  telah digris dan disalut dengan baking paper.
  6. Bakar kek guna teknik water bath selama 40-45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160c dengan menggunakan api bawah sahaja. 
  7. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama setengah jam sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi dan turun sedikit di atas.



Lembut dan gebu...
Lemak-lemak...
Masam-masam...
Manis-manis..
MMMM...


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...