Thursday, 29 November 2012

Sotong Celop Tepung



  Salam semua... Alhamdulillah hari ni demam aku pun dah ok. Tiba-tiba ja rasa nak makan sotong celop/celup tepung. Biasa la orang baru lepas demam, macam-macam nak makan. Selalunya sotong celop tepung ni aku makan kat luar. Tapi hari ni makan kat rumah je la, buat sendiri. Selalunya bila pi Kuala Perlis baru makan sotong celop tepung. Kalau ada yang ni pon dah cukup. Aku amek resepi ni kat Che'iza kat My resipi. Klik kat sini kalau nak tengok resepinya. Lepas ni tak yah la nak makan kat luar selalu. Rasa pun lebih kurang cam yang kat kedai... Selamat mencuba....




Bahan-bahan

-300 gm sotong
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 biji telur
-sedikit garam
-lada sulah


Cara-Cara

  1. Potong sotong kecil-kecil, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dengan baking powder. Masukkan sotong yang telah digaul degan telur dalam tepung, salutkan habis sotong degan tepung. Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.





Krup...
Krupp...
Kruppp...


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...