Friday, 2 November 2012

Udang Bersalut Serbuk Biskut


  Selamat malam semua... Hari ni aku nak kongsi satu menu kegemaran anak buah aku, iaitu udang bersalut serbuk biskut. Sebelum ni anak buah aku ni bukan mau makan udang. Biasa la bebudak, suka memilih. Lepas kena udang yang aku buat ni terus jatuh cinta... Acewahhh.... Kalau balik kampung mesti tanya bila nak masak udang... Malam ni aku masak pun sebab nampak mat gebu buat. Tapi dia buat guna serbuk roti. Sapa-sapa nak tengok resepi dia tengok kat sini. Apa-apa pun meh tegok resepi yang aku buat....


Bahan-Bahan

-10 ekor udang sederhana besar
-5 - 6 keping biskut cracker
-2 sudu besar tepung pulut
-1 biji telur
-1 sudu kecil mix herbs
-1 sudu kecil cili flakes
-garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakang udang dan bersihkan kekotoran. Toskan dan biar kering atau lap dengan kitchen paper towel.
  2. Hancurkan biskut cracker. Masukkan mix herbs dan cili flakes. Gaul rata.
  3. Masukkan garam ke dalam telur dan pukul sedikit.
  4. Panaskan minyak. Golekkan udang dengan tepung pulut. Kemudian celup dalam telur. Selepas itu, sadur udang dengan hancuran biskut.
  5. Goreng dengan minyak yang panas dan dalam. Angkat bila keemasan. Letak atas kitchen paper towel untuk meyerap minyak.
  6. Sedia dinikmati dengan sos pilihan.







makan dengan nasi pun sedap...


2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...