Saturday, 2 February 2013

Talam Tokyo


    Salam dan selamat berhujung minggu semua... Hari ni aku nak kongsi resepi kuih Talam Tokyo. Pernah dengar nama kuih ni...? Kalau yang tak pernah dengar macam aku ni, memang rasa jakun sikit... Mana taknya, nama pun Talam Tokyo. Mai dari jepun ka..? Aku jumpa resepi ni masa dok google-google nak cari resepi pasal kuih talam. Bila naik nama talam tokyo je, terus aku klik nak tengok. Rupa-rupanya macam ni lah bentuknya. Aku kalau tengok kuih pelik-pelik ni mula la nak try buat. Tak kira sedap ke, tak sedap ke, janji buat dulu. Kalau tak sedap, bagi kat ayam... Hahahaaa... Bila dah buat, boleh tahan la. Tambah-tambah yang lapis bawah tu. Rasa kenyal-kenyal suun dan biji sagu. Memang best bila makan dengan lapis atas tu. Lembut-lembut kenyal. Aku amek resepi sebagai rujukan kat blog ilham dapur. Klik sini untuk tengok resepi yang dia buat. Aku pun  ada tengok resepi kat blog citarasawan. Nak tengok resepi dia klik sini. Untuk resepi ni, aku gabungkak kedua-dua resepi dan dah memandai-mandai tambah dua jenis tepung lagi untuk lapisan atas. Pastu, aku ada la oter-oter sikit lagi. Hehehehe... Jangan marah ye tuan asal resepi ni.. Lapisan atas tu aku buat dua kale. So, jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan


Bahan Lapisan Bawah
-200gm sagu halus - direndam
-50gm suun - direndam hingga lembut
-50gm kelapa parut putih
-100ml santan pekat KARA
-1/2 sudu teh garam halus
-2 sudu makan gula

Cara-Cara
  1. Sagu direndam selama 15 minit. Tapis dan siram dengan air paip, Toskan. Suun direndam hingga lembut dan dipotong sepanjang 4cm.
  2. Gaul sagu dan suun bersama bahan lapisan atas yang lain. Gaul rata.
  3. Panaskan pengukus. Lenser loyang 6x6 dengan sedikit minyak kemudian alas dengan plastik. Tuang sagu, ratakan. Kukus selama 20 minit.





Bahan Lapisan Atas
-100g gula pasir
-40gm tepung kastard
-30gm tepung gandum
-10gm tepung jagung
-10gm tepung sagu
-10gm tepung hoen kwee putih
-400ml santan
-1 biji telur (gred A)
-1/4 sudu kecil garam
-pes pandan
-pewarna kuning + esen vanila

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan-bahan. Kacau sebati, tapiskan dan bahagi kepada dua bahagian. Satu dimasukkan pes pandan dan satu lagi warna kuning bersama esen vanila.
  2. Masuk bahagian kuning kedalam periuk dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)
  3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau permukaan kuih kelihatan beku.
  4. Ulang langkah 2 untuk lapisan warna hijau dan kukus selama 25 minit atau sehingga masak
  5. Setelah masak, buka penutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.


Nampak menarik kannn...
Suun pun boleh buat kuih...

4 comments:

  1. pernah buat..mmg sedap kuih ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian kuih talam ni..Dh lama yana nk try bt kuih talam nih tp tak terbuat lg..xde kerajinan klu nk melapis ^^

    ReplyDelete
  3. Alahaii..ni pun tak kesampaiannk try lagi...ada baru lagi tau...talam tokyo durian...dh try tak...sedapp tu ada duyan..heee...rajin lh sya ni tabikk toiitoiitoiii..:-)

    ReplyDelete
  4. nak try wat ni pulak pik... amik resepi sat naaa...

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...