Monday, 18 February 2013

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur


   Salam semua... Haaa... Dah lama aku teringin nak buak kek coklat yang tak guna telur ni. Nak tau jugak rasa macam mana. Bila dah buat, memang sedap kek ni. Berbaloi-baloi... Lepas ni sapa yang tak boleh makan telur, tengah pantang ka boleh la try buat. Resepi ni aku C&P bulat-bulat ja dari blog secubit garam. Kek ni memang betol-betol moist. Kena dengan selera aku... Tapi sapa yang tak suka pahit memang kena tambah gula sikit lagi. Lagi satu mungkin sebab aku guna serbuk koko cap van houten. Tapi bagi aku memang tak kisah sebab aku lebih suka kek coklat yang pahit sikit. Baru ada kick... dush... dushhh... Hahahaa... Rasa kek ni pun tak da bezanya dengan kek coklat yang guna telur. Rasa macam sama saja. Bagi aku la, orang lain aku tak tau la pulok.... Kena cuba dulu baru tau. Sapa yang tak da stok telur hari ni boleh la buat kek ni... Jom-jom tengok resepinya...

Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
-125 g tepung gandum [ aku guna tepung kek ]
-1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
-2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B :
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
-2 cawan susu cair/susu segar
-1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
-1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
-1 sudu besar cuka makan atau jus lemon




Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
  2. Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  4. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega. T utupkan loyang dengan kertas foil. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  6. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing. kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar. kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri. kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.


Simpan semalaman dalam peti sejuk....
Esoknya bila makan memang sedap...
Selamat Mencuba..

8 comments:

  1. Mcm bjanji je buat kek coklat...kite kukus gak tapi yg ada tlor...rasa nya yg ni prnh cuba..ermmmm...x kena tokak sgt le...:-)

    ReplyDelete
  2. feveret anak...baru aje buat tapi tak post:)

    ReplyDelete
  3. gojesnyaaa...meleleh-leleh lagi... nyum2x

    ReplyDelete
  4. cuka klu x masuk kn x pe ke

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...