Friday, 8 February 2013

Serimuka Cempedak


  Salam dan selamat pagi semua... Bagi yang dah start bercuti selamat bercuti. Ok, pagi ni aku nak kongsi satu resepi yang menarik... Mungkin orang pun jarang buat. Kita buat serimuka cempedak. Sekarang ni kan tengah musim cempedak. Sebelum musim dia habis, apa kata kita buat serimuka cempedak. Menarik tak...? Selalunya kita dok dengar serimuka durian, apa kata kita tukar selera jadi serimuka cempedak. Nampak rare sikit.. Yang sebenarnya idea ni dapat masa aku dok tengok mak aku makan buah cempedak ni dengan pulut. Maka jadilah serimuka cempedak... Masa dah siap masak tu, boleh bau wangi cempedak tu. Fuhhh... Memang harum... Rasa tak sabar nak tunggu bagi sejuk sebab nak potong dan rasa. Gigitan pertama tu memang tak dinafikan, sungguh sedap. Ada rasa lemak-lemak berkrim santan dan haruman cempedak tu... So, sapa-sapa nak try buat boleh la amek resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan

Bahan lapis bawah
-200gm beras pulut [ rendam semalaman ]
-150 ml santan
-sedikit garam

Cara-Cara
  1. Panaskan pengukus. Sapu minyak pada loyang bulat 7 inci. Kemudian alas dengan plastik bersih.
  2. Campur semua bahan lapis bawah dan kukus selama 20 minit.
  3. Setelah masak, tekan sedikit pulut supaya mampat.



Lapis atas
-100gm isi cempedak
-1 cawan santan pekat
-3 sudu makan tepung gandum
-2 sudu makan tepung jagung
-1/2 sudu makan tepung kastard
-1 biji telur
-2 sudu makan gula [ bergantung pada kemanisan cempedak ]
-pewarna oren
-1/2 sudu teh esen vanila
-garam

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar hingga hancur.
  2. Tuang kedalam periuk dan masak seketika dengan api sederhana. Apabila kelihatan pekat tutup api.
  3. Tuang pada pulut tadi dan kukus selama 30 minit.
  4. Sejukkan sebelum dipotong.


Terangnya kale..
Sakit mata bila tengok..
Hehehee....

4 comments:

  1. Salam sya...rajin nye buat kuih..kite lama dh x buat kuih2 ni...mood mengueh x mai lagi...mesti wangi dan sedapkan...:-)

    ReplyDelete
  2. kalau mood rajin datang boleh la bt..
    kalau mood malas, paham2 je la...
    hehehee....

    ReplyDelete
  3. Cantik kejadian kuih ni..suka sgt kuih serimuka tp xpenah pulak makan seri muka cempedak..Nnt bleh cuba lah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy experiment guna cempedak nk tgk jd mcm mana...
      kalau ada masa nanti boleh la try...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...