Friday, 22 February 2013

Kek Oreo / Oreo Cake


    Salam dan apa khabar semua... Diharapkan pakat-pakat sihat la ye... Kali ni kita layan kek yang berkrim lagi... Huhuhuhuuu..... Kali ni aku buat kek oreo. Sebenarnya kek ni aku dah buat tiga, empat hari lepas. Hari ni baru nak update kat blog ni. Resepi ni aku amek kak blog Qasey Honey. Menurut dia resepi asal kek ni untuk oreo cupcake. Tapi dah ubah jadi sebijik kek. Dia amek resepi cupcake tu kat blog Kak Azlita / Masam Manis. Tak sangka ye, dari resepi cupcake boleh jadi kek yang mabelesss... Memang mantoppp... Macam biasa laa... Kalau bab deko-deko kek ni memang kurang memuaskan, tapi tak pa hasilnya tetap sedap walaupun dekonya kurang cantik... Tok sah cakap banyak-banyak, jom kita tengok resepi & layan gambar kek aku ni....


KEK OREO
Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis
C&P: Qasey Honey, Kek Oreo

Bahan-Bahan

-250 gm butter
-1 cwn gula [ aku letak 2/3 cawan ]
-2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
-1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
-4 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya) [ aku pun ikut QH jugak ]

Cara-Cara
  1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan [ Aku pun buat macam QH guna loyang 8''].
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit ataunsehingga masak.


BUTTERCREAM

Bahan-Bahan

-80 gm mentega
-200 gm krimwell
-350 gm golden syrup [ aku letak 250gm ]

Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.



HIASAN COKLAT

Bahan-Bahan

-Coklat compound secukupnya
-sedikit susu cair [ ni aku tambah ]

Caranya
  1. Cairkan coklat dan susu cair menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya.
  3. Sejukkan kek sebelum dipotong. Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
  4. Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.


CARA MENDECO KEK

Bahan-Bahan

-Buttercream
-Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya) [ aku letak krim dia jugak ]
-air nescafe untuk direnjis atas kek [ aku tambah yang ni ]

Caranya
  1. Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
  2. Ambil kek pertama dan renjis sedikit air nescafe supaya kek lembab. Sapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi. Lapiskan dengan kek yang kedua.
  3. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
  4. Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.


Jemput makan...

5 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...