Tuesday, 5 February 2013

Kuih Keria


  Salam semua... Pagi ni kengkawan blog aku buat kuih apa untuk menu sarapan pagi...? Aku try buat kuih keria ja. Disebabkan keledek tinggal ciput lagi, aku pun buat la kuih keria ni... Sebelum ni dah buat donat keledek, kali ni kuih keria pula... Walaupun rupanya sama, tetapi rasanya kurang sama....HAHAHAHAAA.... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan ja. Kalau nak tengok resepi asal klik sini ye.. Untuk adunan separuh ni aku dapat dalam 13 biji. Tapi dalam saiz come-come la.. Cukup takat tiga orang nak makan. Buat bebanyak nanti tak habis pulak.. Jom semak resepi kat bawah ni...


Bahan-Bahan

-250gm ubi keledek putih
-1/2 cawan tepung gandum
-Sedikit garam
-1 sudu besar gula dan sedikit air


Cara-Cara
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan masukkan sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlkan sementara menunggu ubi betul-betul sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih disalut dengan gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru tutup api.
  11. Setelah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Sedia untuk dimakan..

Kuih keria ku yang comel-comel..



Meh amek sorang satu...
Oppsss...
Dah abis ye...
Hehehee...

2 comments:

  1. Nk gak tnggalkn komen ni...walaupun dh habis keria tu....lama dh x buat..kalau buat mmg x sempat nk tayang!

    ReplyDelete
  2. sy kena amek gmbr dlu... br pakat boleh mkn...

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...