Monday, 4 February 2013

Strawberry Swiss Roll


   Salam dan selamat pagi... Hahaaaaa.... Hari ni kita buat swiss roll lagi. Ni sambungan projek swiss roll black forest yang dulu. Untuk kali ni aku buat Strawberry Swiss Roll. Aku amek resepi ni kat blog citarasawan. Kalau nak rujuk step by step sila tengok kat sini. Memang nampak kiut swiss roll ni.. Sampai sini saja dulu la... Nanti kita sambung lagi... Byeee....


Bahan A
-3 biji kuning telur
-75gm gula kaster [ aku kurangkan kepada 55gm ]
-50ml air
-40ml minyak jagung / minyak masak
-80gm tepung gandum - ayak
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
-3 biji putih telur
-2 sudu teh gula kaster
-1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
-Buah Strawberry secukupnya [ aku potong kecik-kecik ]
-Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
-coklat emulco dan lidi
-150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
  1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.
  4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
  5. Tuang baki adunan ke atas motif strawberry. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan atur beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
  7. Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya.


Kalau nak buat buah tangan bagi kat kengkawan pun ok jugak....



Amek la sepotong..
Nom... Nom.. Nooommm..


2 comments:

  1. Mai lh pos sini seroll tu..hari tu dh buat gak roll,tapi roll biasa2 je...hbis dh kena ngap x sempat ambik pic pun.

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...