Sunday, 10 February 2013

mandarin swiss roll


   Salam dan selamat tahun baru cina kepada semua yang menyambutnya... Sempena tahun baru cina ni aku amek kesempatan buat swiss roll. Itu saja yang aku mamapu buat. Hhhahahaaa... Untuk kali ni aku buat swiss roll mandarin. Swiss roll ni aku buat semalam. Sebenarnya tak bercadang pun nak buat. Tapi alang-alang hari ni sambut tahun baru cina, buat je la. Kita kan 1 Malaysia... Untuk resepi swiss roll ni aku cuma guna resepi swiss roll strawberr. Klik kat sini kalau nak tengok. Cuma tukar kaler, filling dan corak buah  je. Kalau buat buah tangan masa nak melawat rumah terbuka kengkawan yang menyambut tahun baru cina pun ok jugak. Nampak comel kan. Jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan A
-3 biji kuning telur
-75gm gula kaster
-50ml susu cair
-40ml minyak jagung / minyak masak
-80gm tepung gandum - ayak
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
-3 biji putih telur
-2 sudu teh gula kaster
-1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
-Pewarna oren (limau) hijau (daun) dan  coklat ( batang )

Filling
-Isi limau mandarin dalam tin secukupnya [ lap dengan tisu untuk buang jusnya ]
-200ml dairy cream
-1 sudu makan gula kaster
-1/2 sudu teh perasa oren

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
  1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna oren) 1 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau) dan 1/2 sudu besar ( tambah pewarna coklat ). Masukkan ketiga-tiga adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang yang telah dialas baking paper dan disapu sedikit mentega dengan bentuk limau mandarin, batang dan daun.
  4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
  5. Tuang baki adunan ke atas motif limau mandarin. Ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.
  7. Untuk filling, pukul dairy cream, gula kaster dan  perasa oren hingga kental [ jangan terlebih pukul ]. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan
  8. Untuk menggulung kek, terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif limau mandarin kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan atur isi limau mandarin di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.







Gong Xi Fa Cai...
Jom pi kutip angpau...

2 comments:

  1. Kreatip lh...cantek roll tu..mesti dap kn ade oren...:-D

    ReplyDelete
  2. wow.. menarik sgt.. pasti sedap..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...