Wednesday 6 February 2013

Ferrero Rocher Chocolate Mousse Cake


  Salam semua warga blog yang dikasihi. Kemari aku dapat semangat baru untuk buat kek yang berkrim-krim ni bila tengok kak Azlita dari masam manis post n3 BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE. Memang tergoda habis. Aku bila tengok teringin sangat nak buat tapi dia boh pisang, macam mana ni...?  Aku pisang ni pun bukan minat sangat. Tapi kalau kek pisang memang ngap ler. Pikir punya pikir, dapat la idea nak ganti dengan coklat Ferrero Rocher. Dari biar coklat tu terperuk ladam peti ais, boleh la buat makan dengan kek ni. Dok berangan-angan mesti rasa sedap. Bila dah buat, perrhhh... Memang sedap... Puji diri sendiri la pulak. Ye la, tak da sapa yang nak puji aku ni. Hehehee... Masa dok buat kek ni kan banyak dugaan. Dah la cuaca panas sesangat.. Orang utara kata '' Panas lit-lit'' maksunya panas yang teramat la tu. Peluh-peluh tak sangga aku ni. Nasib baik tak menitik atas kek masa dok deko-deko tu.. Hehehe... Cemerkapnya aku ni dok cerita kat orang... Huihsss... Dah la tu masa dok buat kek ni tertinggal satu bahan. Nasib baik kek ni jadi dengan selamat. Bahan yang tertinggal tu tak yah la bagi tau ye. Biar rahsia. Huuuhuuu... Kalau tengok cara aku deko kek ni memang kurang cantik.. Nak buat macam mana, ni kek berkrim yang ke-3 aku try buat... Apa-apa pun TQVM kak Azlita sebab sudi kongsi resepi ni.... 


Kek Span Coklat

-5 biji telur
-125 gm gula kastor [ aku letak 70gm ]
-1 sudu kecil esen vanila
-15 gm ovelette
-40 ml air [ ganti susu cair ]
-100 gm tepung gandum ~ diayak [ ganti tepung kek ]
-20 gm serbuk koko ~ diayak
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-70 gm mentega ~ dicairkan

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang 8 inc
  3. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  4. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
  5. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
  6. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
  7. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
  8. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) [ oven aku 150c je, tak boleh lebih, nanti kek hangit ] selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna.
  9. Sejukkan kek atas redai setelah masak



Bahan Ganache Coklat

-150 ml krim tenusu
-20 gm sirap glukos
-260 gm coklat gelap ~ hiris halus
-20 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
-1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap, kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange gau rata.



Mousse Chocolate

-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising [ aku letak 30gm ]
-120 gm mentega tanpa garam
-6 gm halal gelatin
-30 ml air
-120 gm coklat gelap

Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
  2. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  3. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  4. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.
  5. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata.
  6. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  7. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental.
  8. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.



Kaedah Penyediaan

-Pisang secukupnya ~ di belah 2 [ Coklat Ferrero Rocher dalam 10 biji dihancurkan. kalau banyak modal tambal lagi ]
-Air Nescafe untuk melembabkan kek
-Ganache coklat secukupnya

Cara-Cara
  1. Letakkan sepotong kek span atas lapik kek.
  2. Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon.
  3. Letakkan mousse coklat dan ratakan
  4. Susunkan potongan pisang [ 5 bji Coklat Ferrero Rocher yang telah dihancurkan] di atasnya kemas.
  5. Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis.
  6. Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.
  7. Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing.


Sila abaikan kecacatan yang kat tengah kek tu yaa...

2 comments:

  1. Salam sya....uihhh...dap ni...dh bookmark dh..tapi lom buat lagi...ala2 SC ek...apa yg ttinggal tu ek...uhuu...kalau dekat mu gak mintak sepotong tu...mguda habis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try tau.. memang best.. bahn yg ttinggal tu bt2 x tau je.. heheheee..

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...