Tuesday 1 January 2013

Baked Blueberry Cheese cake (Kek Keju Blueberry Bakar)


   Salam dan Selamat Tahun Baru 2013.... Terlambat sikit nak ucap tahun baru... Hehehee... Tak sangka cepat betul masa berlalu... Hmmm... Aku ni baru saja star berblog. Harap-harap dapat la bertahan sampai bila-bila. Syukur jugak la sebab hajat tahun 2012 kebanyakan tercapai. Tapi ada la 2,3 hajat lagi tak tercapai. So, kita forward ke tahun 2013 pulak. Huhuhu... Ok... Hari ni aku nak kongsi resepi pertama untuk tahun 2013 iaitu Baked Blueberry Cheese cake (Kek Keju Blueberry Bakar). Aku amek resei kat sini. Dari blog Aku. Zack.. Memang sepdap kek ni. Lembut dan gebu gitu. Bila boh blueberry fresh lagi la sedap. Kat perlis ni payah nak dapat blueberry fresh. Aku siap beli dari supermarket kat selangor dan bawak balik kampung. Huuuihhh.. Dasyat tak...? Kek ni aku terbuat loyang besar, so jadi nipis sikit. Kalau buat loyang saiz 8 inci kompem cun. Jom tengok resepinya....


Bahan base biskut:

-100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender empah) [aku ganti digestive biscuit ]
-100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:

-250g cream cheese, suhu bilik
-65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni) [ aku guna whipping cream ]
-30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
-3 kuning telur Gred A
-1/2st esen vanila
-1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi) [ aku guna limau nipis ]
-30g gula kastor
-3 putih telur Gred A
-1/4st cream of tartar (optional)


Topping
-blueberry fresh [ aku tambah ]
-200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok)


Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).
  5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.




Nampak fresh tak buah tu...
Tak sabar nak potong..






Masa untuk makan..
Nom..Nom...Nommm...



6 comments:

  1. Salam...nampak sedap...ade jgk bookmark resepi ni,tapi x try lagi...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau ada masa try la buat. Resepi ni memang sdap bg pgemar kek keju. X rugi oo0oo..

      Delete
  2. Salam kenal Shapex... terliornya tgk bluebery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm pekenalan.. kek dah abis lama dah... bila tgk gmbar balik rasa terliur lg... hehehee...

      Delete
  3. salam kenal shapex..uishh..sedap aihh!!

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...