Thursday, 27 December 2012

pizza tudung periuk


  Salam semua... Haaaa.... Kelia [ Sempoi ] tak tajuk pizza aku hari ni... Hehehehee... Pizza tudung periuk [ N3 4 5 hari yang lepas ]... Ni bukan apa, pizza pan tak ada. Ganti tudung periuk je la. Tak kisah la, tudung periuk pun tudung periuk la. Janji pizza aku jadi dengan elok dan sedap. Pizza ni aku buat masa anak buah aku balik kampung. Yang sorang tu cerewet sikit. Tapi yang dua orang tu, hmmmm.... Masak apa pun makan. Tu yang best bila depa balik kampung. Seronok nak masak bagi makan... Untuk kanak-kanak aku letak sosej ayam dan sedikit sos serta sayur-sayuran. Yang sorang tu kalau nampak banyak warna hijau dan merah takut nak makan. Untuk adunan ni aku buat dalam tiga biji sebab tudung periuk tak besar. Satu biji untuk kanak-kanak, dua biji untuk tak berapa kanak-kanak. Jom tengok resepinya....



Bahan Doh

-300gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-30gm gula
-9gm yis basah + 40gm air suam
-160gm air sejuk
-40gm mentega
-1/2 sudu teh bread improver
-1/2 sudu teh bread softener


Bahan Inti

-5 batang sosej ayam
-10-12 ekor udang sederhana besar
-6-8 ekor sotong


Bahan sos

-2 sudu besar minyak zaiton
-sos spaghetti [ aku guna cap prego ]
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-sayur campur
-nenas
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu bawang besar dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada tiga bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " tudung periuk " dan letak diatas acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos spaghetti.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala, nenas dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.





Yang ni belum masak....
Pizza ni kena boh banyak keju..
Baru la lemak-lemak...
Memang sedap dan berbahaya....
Heheheheee...


4 comments:

  1. Kreatif ni...x membazir beli pan kan......:-) sedap n menyelerakan je pizza tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt bjimat beli benda lain.. hehehe...

      Delete
  2. haha..terbaekkk!! tingat masa mula2 buat piza dulu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la, org br nk bljar buat...
      huhuhuuu...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...