Salam... Hari ini sarapan pagi aku buat serimuka. Bukan serimuka biasa, tapi serimuka luar biasa.... Pulut Serimuka Jagung.. Resepi ni amek kat Kak Rusnah Fotopages. Klik sini kalau nak tengok resepi asal dia. Aku punya buat dalam acuan lompang. Nampak comel sikit. Dapat la dalam 18 biji. Kalau buat dalam acuan senang sikit. Tak payah nak potong-potong dah, cuma keluarkan dari acuan je bila nak makan. Lagipun kalau bab potong kuih ni memang comot aku buat. Baik buat dalam acuan. Cun la sikit masa nak amek gambar tu. Meh tengok resepinya...
Bahan-Bahan
Bahagian bawah
-1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
-1 1/2 cwn santan
-sedikit garam dan gula
-1 st butter [ ganti minyak masak ]
Bahagian atas [ aku gandakan sebab guna acuan lompang ]
-2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) [ 1biji jugak ]
-1/3 cwn gula pasir [ 2/3 cawan]
-1/2 cwn santan pekat [ 2 cawan ]
-1/3 cwn susu cair [ tak letak, ganti santan ]
-2 sb tepung gandum [4 sudu makan ]
-1 sb tepung custard [ 2 sudu makan ]
-sedikit garam dan vanilla [ ganti perasa jagung manis ]
-sedikit pewarna kuning
-2 sb jagung cream [ 1 tongkol jagung fresh, dihiris ]
Cara-Cara
- Lapis Bawah: Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci [ masa ni aku masukkan pulut dalam acuan lompang dan tekan-tekan sikit pulut tersebut. Acuan tu sapu sikit minyak bagi senang keluarkan kuih ] dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.
- Lapis Atas: Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.
Belah sikit...
Nampak tak jagung kat dalam tu...
MMMM....
Sedapnya.......
Lemak-lemak manis...
Sedap nmpk nie.....mntk copy resepi dlu.....nak cuba la....nmpk sedap je jgung tu....
ReplyDeletesilakan2.. resepi ni pn sy copy dkt org lain jgk... Memang sdap... Jgn lupa try...
Deleterajinnya menalam kak ye..cantik kuning dia kan..
ReplyDeletekena raji jgk sebab nk habiskn jagung yg ada nihhh... hehehee..
Delete