Friday, 7 December 2012

Som-Som Pandan Manis




   Salam semua..... Hari ni nampaknya masih panas macam biasa. Pagi tadi tengok macam nak hujan sebab sejuk saja. Tapi tak hujan pun. Panas-panas ni kena makan benda yang sejuk di tekak. Baru besttt... So, hari ni aku cuma buat som-som pandan manis saja... Benda-benda simple je.. Moh kita tengok resepinya......


Bahan-Bahan

-60gm tepung beras
-500ml santan
-garam
-5 helai daun pandan

Sirap Gula merah

-70gm gula pasir
-70gm gula merah
-300ml air
-1 helai daun pandan

Cara-Cara

  1. Patong daun pandan kecil-kecil dan kisar bersama santan. Tapis, kemudian bancuh bersama tepung beras dan garam. Tapis kedalam periuk dan masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau dengan whisk supaya tidak berketul. Apabila sudah mendidih dan berkilat, tutup api.
  2. Tuang adunan kedalam acuan yang telah dibilas dengan air. Sejukkan.
  3. Untuk sirap gula merah, Masak kesemua bahan, sejukkan dan tapis.
  4. Keluarkan adunan yang telah beku dan letak dalam mangkuk hidangan. Tuang sirap gula.
  5. Sedia dinikmati sejuk-sejuk.




Simpan dalam peti sejuk dulu baru best....
Selamat mencuba..

2 comments:

  1. waaa..sedapnye..akak suka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah2 makan waktu cuaca panas, sejuk tekak...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...