Thursday, 6 June 2013

Kek Lapis Evergreen



    Salam semua.... Kek lapis lagi... Tapi kek lapis ni N3 yang tertunggak jugak... Sepatutnya aku post kemarin, tapi ada kesilapan teknikal, so aku update hari ni la pulak...  Kek lapis ni aku buat lapis dia besar sikit... So, jadi tak banyak lapis la.... Rasa dia pun sedap sebab ada perasa pandan. Campur pulak dengan horlick dan serbuk santan lagi la lemak berkrim... Memang tak rugi kalau cuba buat kek lapis ni.. Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan... Kek lapis ni kalau buat banyak, lambat sikit nak habis. Walaupun lambat nak habis, kelebihan kek lapis ni kalau simpan dengan betul boleh tahan berbulan-bulan. Boleh la jamu makan kat tetamu yang datang kat rumah secara mengejut.... Jom tengok resepi kat bawah ni....





KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
C & P: HaSue

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-5 biji telur gred A
-225 g mentega berkualiti tinggi
-90 g tepung hongkong/gandum
-60 g serbuk horlicks
-60 g gula halus (sudah dikurangkan)
-3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
-1/2 sudu mkn ovallette
-8 sudu mkn susu pekat manis
-1/2 tin kecil serikaya
-50 g serbuk santan
-1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara -cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  5. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 2-3 sudu makan).
  6. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  7. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  8. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  9. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.






6 comments:

  1. salam...saya pun ada gak buat kek lapis evergreen nie..minggu lepas..5 biji saya buat salah 1 nya evergreen la...evergreen kegemaran adik saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...
      rajinnya melapis...
      smpai 5 bijik pulak tu...
      klau sy, boleh demam nihh...

      Delete
  2. kek lapis hijau
    cantik sejuk mata memandang
    sedap

    ReplyDelete
  3. minggu nie ramai btl wat kuih lapis semuanya cantik2..alahai jadi kecur zila tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...
      x thn dibuatnya....

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...