Wednesday, 26 February 2014

White Chocolate Macadamia Cake for My Birthday dan....



    Assalamualaikum semua.... Hari ni 26 Feb 2014 genap la umur aku 25 tahun... Sempena birthday ni aku pun buat la sebijik kek yang kelihatan agak simple tapi rasanya sangat mengancam... Kek ni pun aku deco cuma simple-simple ja... Sebabnya sekarang ni cuaca panas yang amat. Nak buat kek pun tak selesa. Kalau yang letak cream cheese lagi la mencabar... Boleh cair cream tu... Kena la buat yang biasa-biasa.. Kek ni tak boleh cakap kek biasa... Kalau tengok bahan utamanya ialah kacang macadamia. Rasanya pun lain dari kekacang yang lain.. Banyak bijik jugak la yang masuk dalam mulut sebelom jadi kek tuu... Hihihiii... Kek ni cuma manis sikitbagi aku. Terutama kat ganache coklat putih tu... Biasa la, selalu dok makan ganache coklat biasa tu, mai tang coklat ganache coklat putih ni lain la rasanya kan. Tapi bila makan dengan kacang macadamia ni memang sedap... Ok, tang dan tu kan....





    Haaa.... Ni la hadiah yang amat bermakna bagi tahun 2014 ni sebab dapat muncul dalam majalah Jelita March 2014... First time lak tuu... Kalau tanya perasaan aku memang syok la... Bukan senang nak masuk majalah ni.... Walau apa pun aku tetap bersyukur dan alhamdulillah, rezeki birthday... Hihihii... Bukan aku sorang saja yang dapat masok dalam majalah jelita ni ada lagi dua orang blogger masakan iaitu MamaFami ( Spice n splendour ) & Marsita Yahya ( my mintroom ). Tahniah juga kepada mereka... Jutaan terima kasih jugak kepada Norashikin M. Nor sebab pilih blog aku ni untuk dimuatkan dalam majalah jelita... Sayang majalah jelita. Walaupun majalah jelita tu majalah untuk orang pompuan dan aku tak beli, tapi aku ada jugak belek-belek tengok... Semoga kak Norashikin dan majalah Jelita akan lebih maju pada masa hadapan... Ok, sekarang kita tengok resepi pulak... Resepi ni dari kak ita... TQ kak ita...




WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE
C&P : Kak Ita


KEK SPAN BADAM

-4 biji telur gred A
-180 gm gula halus
-170 gm tepung
-2 sudu besar serbuk almond
-70 gm air
-1 sudu teh baking powder
-15 gm ovellete
-50 gm minyak jagung
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Ayak tepung dan baking powder.
  2. Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu.
  3. Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna.
  4. Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven. Terbalikkan atas redai setelah masak. Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang.
  6. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan.






SALTED CARAMEL [ buat separuh sahaja ]

-113 gm butter tanpa garam
-120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
-3 sudu besar air
-60 ml corn syrup
-200 gm gula

Cara-Cara
  1. Potong buter kepada kiub kecil. Campurkan bersama krim dan panaskan dalam ketuhar hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan Boleh juga panaskan atas api perlahan
  2. Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup. Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih.
  3. Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah.
  4. Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pekat. Biarkan sejuk.





SALTED CARAMEL CREAM

-3 biji kuning telur
-100 gm coklat masakan putih
-8 gm gelatin
-30 gm air
-2 sudu besar salted caramel
-250 gm Krim Bukan tenusu
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
  3. Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim.
  4. Tuangkan gelatin dan gaul rata. Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata. Biarkan sejuk.
  5. Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental. Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim.






CARAMEL MACADAMIA

-100 gm kacang macadamia
-2 sudu besar gula
-1 1/2 sudu besar air

Cara-Cara
  1. masak gula hingga perang.
  2. Tambahkan air dan biar ia pekat. Tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang.
  3. Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar.



GANACHE COKLAT PUTIH

-125 ml krim tenusu
-20 gm sirap glucos
-200 gm coklat masakan putih
-15 gm mentega

Cara-Cara
  1. Cincang coklat halus.
  2. Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih. Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair.
  3. Tambahkan butter. Gaul rata.







KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek.
  2. Letakkan salted caramel krim.
  3. Taburkan caramel Macadamia.
  4. Ulang proses hingga habis.
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman.
  6. Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  7. Hiaslah kek mengikut kreativiti.




; )


14 comments:

  1. Cantik kek tu...tapi bila tengok cara2 cam rumit lak..terus kansel hahaaa..

    Tahniah kuar dalam Jelita

    ReplyDelete
    Replies
    1. npk memang cm rumit, tp masih boleh bt kak lina...
      yg pentg kena ada masa lbih...
      heheheee...
      Tq kak lina...

      Delete
  2. salam syapex..

    Happy birthday 25th..moga sihat dan ceria selalu..menawan kek tu..dan tahniah la masuk dalam majalah pula..mesti seronok rasa kan..hadiah birthday yang tentunya sangat bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas wish bday tuu...
      boleh tahn jgk la rasa sronok tu...
      hihihiii...

      Delete
  3. wahhh! tahniah syapex!!
    Kan dh ckp dah, your time akan dtg gak utk msuk mjlh.
    mkin fofuler tuan blog ni ya. hihihi. :)
    keep it up!

    ReplyDelete
  4. sedap kek ni anak2 akak pun suka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sdp...
      bila tergigit kacang tu, memang nikmat...

      Delete
  5. Happy belated birthday dik...
    Tahniah gak sebab blog keluar kat majalah. Dalam tiga sederet tu, mama punya blog yang paling cikai sekali gambarnya. Segan je dengan korang berdua... apa apa pun, berbesar hati lah diapit oleh dua blog yang mantops... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ mamafami...
      Mana ada cikai, sy tgk ok ja...
      yg penting pengalaman...
      sy ni pn br nk belajar lg...

      Delete
  6. assalam
    tahniah dari akak
    bestkan, apapun awak memang layak masuk jelita
    menu2 mabeless dan cantik hasilnya
    kek ni pun nampak mabeless

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...
      Tq akak...
      alhamdulillah, syukur yg dpt sy ucapkn...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...