Monday, 3 February 2014

Kek Span Oren Sunkist dan Mousse Keju Oren



    Assalamualaikum semu... Belom terlewat kalau aku nak ucap selamat tahun baru cina kepada yang menyambutnya... Semoga tahun kuda ni membawa banyak tuah kepada yang mempercayainya... Sempena tahun baru cina ni aku pun suka-suka hati la buat kek yang ada kaitan dengan tahun baru cina ni... Guna buah limau... Memang sangat sedap kek ni sebab ada rasa masa-masam limau dan lemak berkrim dari mousse keju tu... Bau kek ni pun memang harum semerbak dengan bau buah limau. Resepi asal kek ni cuma buat dua lapisan, tapi aku dah derhakakan dengan buat tiga lapisan. Lepas tu salut pulak dengan fresh cream... Sedap habaq hiang kek ni... So, kalau ada yang teringin nak memcuba boleh la tengok resepi kat bawah ni....








Kek Span Oren Sunkist dan Mousse Keju Oren
C & P : FnF

Kek Span Oren Sunkist
Sumber: Kak Ita

Bahan A
-4 biji kuning telur
-20 gm gula
-30 gm jus oren
-1 biji parutan kulit oren

Bahan B
-4 biji putih telur
-100 gm gula castor

Bahan C
-100 gm tepung gandum (ayak)
-70 gm mentega cair (dicairkan)


CaraCara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat 8 inc. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
  3. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue).
  4. Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
  5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna (suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
  7. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai. Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
  8. Potong kek kepada 3 lapisan. Ketepikan.





Mousse Keju Oren
Sumber1 : CMG
Sumber2 : ABM

-200g creamcheese - dilembutkan
-60g gula kastor
-1 biji buah oren sunkist - buang kulit dan biji, dikisar menjadi puree
-1 1/2 sudu besar gelatin halal
-110ml air panas@suam
-200ml whipping cream


Cara-Cara
  1. Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putar sebati. Kemudian, masukkan puree oren sunkist kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
  2. Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
  3. Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
  4. Kemudian, masukkan gelatin kedalam adunan dan gaul sebati. Bahagi 2 bahagian sama banyak.






Topping

-1 tin limau mandarin - toskan air nya tapi jangan dibuang
-1sb serbuk gelatin
-4 1/2 sb air panas


Cara-Cara
  1. Larutkan 1 sb gelatin dalam air panas. Campurkan ke dalam 150g air limau mandarin dalam tin. Kacau hingga sebati. [ untuk bahagian ni aku buat 1 sudu kecil gelatin larutkan dalam  50ml jus limau mandarin ]


Assemble
  1. Sediakan loyang (loose pan). Letak 1 keping kek span oren.
  2. Lapiskan dengan 1 bahagian mousse keju oren.
  3. Letak 1 keping kek span oren lagi. Lapiskan dengan 1 bahagian mousse keju dan letak kepingan kek yang terakhir.
  4. Simpan peti ais sehingga mousse mengeras.
  5. Akhir sekali susunkan buah limau dalm tin atas kek dan letakkan topping jelly [ aku cuma sapu atas buah limau jee.. bagi nampak berkilat. ]. Sejukkan 3-4 jam dalam peti ais sebelum dikeluarkan dari loose pan.



Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...