Wednesday, 5 February 2014

Mascarpone Tiramisu Cake



   Assalamualaiku... Petang ni aku nak share resepi kek lagi. Kali ni buat Mascarpone Tiramisu Cake. Memang sangat beraroma kek ni...Harum dengan bau kopi... Digandingkan pula dengan keju mascarpone yang harganya yang sangat mak aii mahal betol... Kalau nak dibandingkan dengan cream cheese, memang jauh beza harganya... Harga untuk 250gm pun dah nak sama dengan 500gm cream cheese... Kalau nak bandingkan rasa pula, memang rasa mascarpone cheese ni lebih sedap... Nasib baik rasa sedap, memang berbaloi aku buat... Untuk deconya aku cuma susun wafer stick perisa kopi kat tepi-tepi kek tu... Baru nampak cun kann... Cun ke...? Tak kisah la, janji sedap kat mulut ni... Kalau resepi asal buat dua lapisan kek, tapi aku buat tiga lapisan... Kalau ada yang berminat nak buat, boleh la tengok-tengok resepi kat bawah tu... Jangan malu-malu tau...








Mascarpone tiramisu cake
C&P :  Evelyn Gemina

Coffee sponge cake:

Bahan A
-4 biji kuning telur
-16g gula kaster
-1/2 sk esen vanila
-1 sb coffee paste

Bahan B
-4 biji putih telur
-100g gula kaster

Bahan C
-100g tepung gandum

Bahan D
-50g corn oil


Cara-Cara :
  1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.
  2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.
  3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.
  4. Masukkan bahan C, gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.
  6. Tuang aduan ke dalam loyang 20 cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.




Filling:

Bahan A
-2 biji kuning telur
-50g gula kaster

Bahan B
-1 sb gelatin
-35g air

Bahan C
-250g mascarpone cheese

Bahan D
-150g whip cream, dipukul


Cara-Cara:
  1. Gaul bahan2 A atas double boiler hingga pekat.
  2. Kemudian, satukan bahan B, cairkan atas double boiler. Campurkan dengan bahan A tadi, ketepikan.
  3. Pukul bahan C hingga lembut. Satukan kedalam adunan tadi. Kemudian, masukkan pula bahan D, kaup balikkan hingga sebati.


Coffee syrup:
-80g air
-40g gula kaster
-2 sb serbuk kopi segera


Cara-Cara:
  1. Masak air dan gula hingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan serbuk kopi. Kacau sebati. Sejukkan.





Cara-Cara Menyusun kek:
  1. Potong kek kepada tiga lapisan.
  2. Letak satu lapisan kek atas cake board, lembabkan dengan coffee syrup. Sapu filling atasnya.
  3. Kemudian, letak pula lapisan kek yang kedua, sapu lagi baki filling dan letak lapisan kek yang terakhir, tutup & sejukkan selama 3 jam.
  4. Taburkan serbuk koko atasnya & hiaskan.



Selamat Mencuba...



10 comments:

  1. Salam syapex...aduh, kagum betul akak dgn hasil kerja adik ni. Kemas dan menarik...memang terbaik lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm akak..
      sy ni pn bljar dr bloger2 masakn yg lain gak...
      klau x, smpi skrg pn x pdai nk deko kek ni...
      hehehee...

      Delete
  2. salam..

    alahai..terliurnya..teringin juga nak try buat satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..
      cuba la akak, x rugi tau...

      Delete
  3. Assalam..wow..tak pernah makan mascorpone nie..harganya mmg. mahal..kalau ganti dgn cream cheese pon bolehkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam..
      memang mhl.. klau nk beli kena pikir byk kali..
      boleh, tapi kek 2 kena 2kar nama la... hehehee

      Delete
  4. rajinnye buat kek...dr hrtu lg tgk..tp xsmpt nk singgah..
    semakin hr semakin cantik n kemas keknya..kek pon makin sedap2 semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau x bt kek memang tido x lena la kak..
      hehehee...
      kdg2 tangan ni pn keras jgk masa nk deko kek 2...

      Delete
  5. assalamualaikum bang..wahhhh~~~~ abang pndai buat kek..cantik dan nampak sedap :)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...