Monday, 6 June 2016

Puding Roti Karamel



    Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan bulan ramadhan tahun ni.... Syukur sangat-sangat. Untuk menu pertama satu ramadhan hari ni , aku cuma buat menu yang simple ja... Kalau ikutkan macam-macam nak buat ni... Tapi bila diingatkan balik, kalau buat banyak-banyak nanti tak habis. Membazir pulak tu.... Unuk permulaan puasa ni aku buat puding je la... Sedap sikit makan masa sejuk-sejuk tu... Tadi boleh tahan juga cuaca panas... Memang menggoda masa nak ambil gambar... Sabar, sabar.... Huhuuu... Ok la, sampi sini dulu... Kalau rajin jumpa esok....

 




RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana

C&P : K. Nor


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
  4. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...