Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang kedua pulak.... Kalau ikutkan resepi asal rasanya tak letak prune pun... Just kek lapis cheese biasa ja... Tapi nak bagi lagi umph letak la buah prune tu... Sedap jugak rasa kek lapis ni... Thanks ya kepada yang kongsi resepi ni.. Nanti petang-petang sikit aku share resepi biskut pulak... Ok la, takat sini dulu naaa... Sat gi kita jmpa lagi...
C&P : Coretan Dari Dapur
Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
280 gm gula kastor
250 gm topflour(wheat flour)guna tepung superfine
1 sudu makan ovelette
100 gm air ais(air sejuk)
250 gm krim keju
4 sudu makan susu pekat
400 gm mentega
buah prune secukupnya
warna ungu
Cara-Cara
- Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
- Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
- Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati tp jgn overbeat bila dah masuk cheese.
- Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu letak warna ungu, satu lagi tanpa warna.
- Sendukkan 5 sudu besar adunan warna ungu dan ratakan. Bakar menggunakan api atas dan bawah sehingga perang. Keluarkan dan tekan kek dengan perlahan menggunakan penekan kek.
- Sendukkan lagi 5 sudu besar adunan ungu, ratakan dan bakar menggunakan api atas sahaja. Ulang langkah yang sama untuk adunan kosong, tetapi setiap adunan kosong ditabur dengan buah prune.
- Bakar berlapis2 hingga masak.
- Guna api bhgn atas sehingga lapisan kedua terakhir.
- Lapisan terakhir bakar guna api bwh 170C selama 20-30 min atau sehingga masak
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...