Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni aku nak share resepi kek tema sayur & buah. Sayur tu carrot, buah tu buah nenas. Macam besa kek carrot aku memang tak da letak apa² bau rempah. Sebab aku tak suka bau kek yang ada rempah. Kek carrot yang ni dia letak 2 jenis kacang. Walnut & pecan. Lagi mantap rasa dia. Kek dia aku buat separuh adunan tapi krim dia aku tak separuhkan sebab kek aku buat 4 layer. Kalau aku separuhkan krim memang tak cukup laaa... Aku suka kek carrot ni sebab dia pukul telur & gula bagi kembang dulu. So, kek akan nampak gebu sikit bila dah siap masak tu. Dia tak nampak padat sangat. Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tuu... Byee....
Carrot Cake with Pecans & Walnuts
C&P : Shiela
1 batang carrot saiz sederhana ( diparut halus )
125 gm tepung gandum
100 gm gula perang
110 gm butter ( cairkan )
25 gm walnut
25 gm pecan
35 gm nenas kiub ( dicincang )
2 biji telur
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk serbuk kulit kayu manis ( tak letak )
1/4 sk serbuk nut meg ( tak letak )
Cara-cara
- Sediakan 3 biji Loyang 6 inci dan griskan.
- Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10-15 minit.
- Bakar / panggang dulu kacang pecan & walnut. Kemudian dicincang kasar.
- Ayakkan tepung, serbuk kulit kayu manis, serbuk nutmeg, soda bicarbonate & baking powder bersama.
- Pukul telur dengan gula sampai gula hancur dan kembang kemudian masukkan butter yang telah dicairkan berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan carrot, pecan, walnut dan nenas. Gaul hingga sekata.
- Tuang kedalam loyang sama banyak dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek sebentar, baru keluarkan dari loyang.
Cream Cheese Frosting
250 gm cream cheese
100 ml whipping cream ( aku letak 200 ml )
50 gm gula aising ( aku letak 65 gm )
Cara-cara
- Pukul cream cheese dengan gula aising hingga lembut berkrim dan sebati.
- Masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kembang.
- Selepas itu bolehlah disapu atas kek dan deco mengikut kreativiti sendiri.
Cara Menyusun Kek
- Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang langkah yang sama sehingga lapisan kek yang terakhir
- Salut seluruh kek dengan baki cream cheese frosting
- Boleh tabur potongan nenas kiub atas kek dan keliling kek disalut dengan kacang walnut dan pecan yang telah dihancur kasar.
- Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...