Saturday, 4 July 2026

Durian Cream Layer Cake


        Assalamualaikum & selamat pagi semua... Lama dah tak update kat sini. Kek krim pun lama gak tak buat. Ni tengah musim durian murah aku pun buat la kek durian niii... Aku guna durian biasa ja. Kek ni sedap cuma kat filling dia tu lembik sikit. Kena tambah serbuk gelatin kalau nak texture padat. Untuk filling tu pun aku tak masak macam resepi asal. Aku cuma blend bagi hancur isi durian tu dengan air susu. So, kalau sapa² ada banyak durian tu buleh la cuba resepi ni. Byeee....
 


Durian Cream Layer Cake
 
Sponge Cake
 
Bahan A
2 biji kuning telur
20 gm gula kastor
 
Bahan B
1 sb susu Segar
28 gm minyak jagung
 
Bahan C
1/4 sk esen vanila
40 gm tepung superfine ( diayak )
1/4 sk baking powder
 
Bahan D
2 biji putih telur
40 gm gula kastor
1/8 sk cream of tartar
 
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Sediakan 3 biji Loyang saiz 6 inci. Griskan dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul bahan A iaitu kuning telur dan gula hingga kembang selama 2 minit.
  3. Panaskan bahan B lebih kurang 20 saat dan terus masukkan ke dalam adunan A tadi, gaul guna hand whisk. Kemudian, masukkan bahan C, gaul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  4. Pukul bahan D hingga kembang dan pekat.
  5. Ambil 1/2 adunan bahan D, kaup balikkan kedalam adunan tadi. Masukkan lagi baki bahan D dan kaup balikkan hingga sebati.
  6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang kedalam loyang dan bakar selama 20 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.  



Durian Cream Filling
 
Bahan A
325 gm isi durian ( aku letak 350 gm )
1/2 sb gula kastor ( aku tak letak )
 
Bahan B
1/2 sk gelatin ( lebihkan kalau nk lebih keras )
1 1/2 sb air panas
 
Bahan C
100 ml whipping cream ( aku letak 150 ml )
 1/2 sb gula kastor
 
Cara-cara
  1. Masak bahan A dalam periyuk hingga mendidih sambil mengacu. Matikan api dan sejukka ( Aku tak masak. Aku blend isi durian + susu full cream hingga hancur )
  2. Satukan bahan B. Cairkan guna double boiler. Ketepikan.
  3. Pukul bahan C hingga kembang dan pekat. Masukkan bahan A yang dimasak tadi, pukul lagi. Kemudian, masukkan pula bahan B tadi, pukul sebati. Jika filling terlalu cair, sejukka dulu dalam peti sejukka selama 1 - 2 jam baru guna.
 

Cara Menyusun Kek
  1. Sediakan cake ring 6 inci dan masukkan plastik mika. Letakkan lapisan kek yang pertama, masukkan 1/2 adunan filling atasnya. Ratakan. Letakkan pula lapisan kek yang kedua. Tuang baki filling tadi dan ratakan. Letak lapisan kek yang terakhir atasnya.
  2. Bungkus atas cake ring tadi guna cling wrap dan sejukka selama 3 jam atau semalaman.
 


Cara Menghias Kek
 
125 gm fresh cream-pukul kental ( aku guna 200 gm )
Sedikit kepingan badam panggang
 
  1. Keluarkan kek dari peti sejuk dan buka plastik mika.
  2. Kemaskan tepi-tepi kek. Salut seluruh kek dengan fresh cream. Hias ikut kreativiti masing-masing.
  3. Salut keliling kek dengan kepingan badam.
  4. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong. 
 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...