Sunday, 12 May 2019

Kek Batik Biskut Marie



      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Macam mana puasa hari ni....? Mesti ok kan... Aku kat sini ok ja... Cuaca pun selalu mendung... So, puasa pun tak la berasa dahaga sangat... Cuma mata ni la yang cepat mengantuk... Ye la, dah cuaca mendung, mata pun jadi cepat ngantuk... Hahaa... Untuk resepi kali ni aku nak share resepi yang palimg mudah dan sangat sedap... Kalau buat kek batik ni mesti ramai yang suka... Yela, benda ada rasa bercoklan mesti sedap kan... Untuk kek batik ni aku guna biskut marie perisa coklat. Bila guna yang coklat ni, dia punya batik kurang timbul. Kalau guna perisa original baru nampak jelas batiknya... Kalau ada yang nak buat untuk menu berbuka nanti boleh la tengok resepi kat bawah tu...





Kek Batik Biskut Marie
C&P : CMG / DTS

BAHAN-BAHANNYA
250 gram biskut marie, dipatah 4 ( aku guna perisa coklat )
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air ( aku lebihkan air nak bagi moist )
3/4 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.





No comments:

Post a comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...