Saturday 11 May 2019

Puding Coklat Oreo



      Assalamualaikum semua.. Hari ni aku buat puding lagi... Jangan termuntah pulak bila asyik dok tengok resepi puding ja kan... Hahahaa... Tapi agak sedih sikit kejadian puding aku ni. Dia tak mau jadi macam yang sepatutnya... Kalau ikut resepi, serdak oreo tu patut turun kebawah... Tapi yang ni terawang-awang macam terawang-awang atas langit pulak... Sedih kot... Tapi sebab tengok rupa puding nanpak menyelerakan, aku tetep post jugak kat sini... Apa-apa pun lepas ni boleh cuba lagi.... Meh tengok resepi kat bawah tu...




Puding Coklat Oreo
C&P : Ros JintanManis
Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

Nota: Kalau takde acuan lompang atau pun acuan puding, nak letak dalam bekas petak
atau loyang bulat pun boleh : )







1 comment:

  1. Lawa jew rupa puding tu dik... yang penting sodap! Heheheee....

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...