Wednesday, 22 May 2019

Puding Sagu Gula Melaka




      Assalamualaikum semua.... Hari ni bersiaran bersama puding sagu gula melaka...Boleh bayangkan tak puding ni lalu kat tekak... Dapnya.. Nak-nak tengah musim panas ni... Dugaan betol laa... Rasanya ni menu berbuka last sekali kot bulan ni...Nak tumpu kat biskut dan kek raya la pulak.... Ye la, semangat raya dah nak dekat... Kalau nak cuba, boleh la tengok resepi kat bawah tu...




RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA
By : LiNa Pg


Bahan (Puding Sagu)
1 cawan sagu kecil
3 cawan air
3 sb gula
2 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah 1. jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.Jika air hampir kering tp sagumasih belum jernih, boleh ditambah sedikit air (sket jer taw..kang byk sangat jadi lembik lak)
  4. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
  5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kaler peberet masing2.Kacau menggunakan garfu.Masukkan ke dalam acuan/loyang.Sejukkan

Untuk Manisan (Gula Melaka)
1 ketul gula nipah
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan agak pekat.Tutup api, tapis dan sejukkan.

Bahan Untuk Santan :
200ml santan kotak
200ml air
1/4 sudu teh garam

 Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan lepas tu bila dah mula mendidih, tutup api

Cara Menghidang
  1. Keluarkan puding sagu dari acuan.Kalau menggunakan loyang potong kecil2 supaya senang nk makan.Curahkan santan dan sirap gula melaka.
  2. Boleh ganti susu cair sebagai bahan pelemak dalam puding ini.


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...