Friday, 24 May 2013

Bolu Kukus Keten Hitam



   Salam semua.... Diharapkan pakat-pakat sihat la ya... Biasa la sekarang ni cuaca tak menentu... Kejap hujan, kejap panas.... Pastu hujan balik... Boleh demam macam ni... Cuti sekolah pun dah bermula... Selamat bercuti kepada kanak-kanak sekolah... Huhuhuuu... Berbalik pada resepi kali ni, aku ada buat bolu kukus keten hitam... Tujuan buat ni pun nak habiskan stok tepung pulut hitam yang berbaki tak seberapa ni. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan... Konon-konon nak buat sikit la... Bila timbang tepung pulut hitam tu, tak cukup untuk separuh adunan.... Wah... Macam mana ni... Tak kan nak beli tambah lagi... Kompen lambat lagi kalau nak guna lebihan tepung pulut hitam tu... Alih-alih tambah tepung kek je la.... Hmmmm... Alhamdulillah.... Jadi elok jugak bolu aku ni... Rasanya macam kek cekelat pun ada... Ye la, kale pun dah nak sama... Huhuhuhuuu... Tambah pula ada krim keju tuu... Lagi la sodap... Bau pun harum... Sapa yang nak cuba minikmati kesodapan boleh la cuba... Thanks ya kak rahel sudi kongsi resepi ni.. Tak lupa juga kepada tuan asalnya....


BOLU KUKUS KETAN HITAM
Penulis : Fatmah Bahalwan
Sumber : Yenni's Cake
C & P : Rahel

Bahan-bahan: [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-3 biji telur
-100g gula kastor [ aku letak 80gm ]
-1/2 sdt cake emulsifier/ovalette
-175g tepung ketan hitam/tepung pulut hitam [ aku letak 130 + 45gm tepung kek ]
-1/2 sdm tepung jagung
-1/8 sdt garam
-75ml minyak jagung
-100ml santan pekat [ aku guna santan fresh ]
-1/4 sdt esen vanilla

Cara membuat:
  1. Kocok telur,gula,garam,cake emulsifier hingga kental dan putih.
  2. Masukkan tepung ketan hitam,tepung jagung dan tepung kek,gaul rata.
  3. Tuang minyak dan santan,gaul rata.Tambahkan esen vanilla.Gaul rata.
  4. Aku bahagi adunan kepada tiga bahagian sama banyak dan kukus secara berasingan. Tuang adunan ke dalam loyang 6x6" yang telah digris dan dialas kertas minyak.
  5. Kukus dengan api sederhana kuat selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah kek masak biarkan kek sejuk.





Topping Keju
by:Rahel

Bahan-bahan:

-125g cream cheese
-25g gula kastor [ tak letak ]
-125g fresh cream-diputar hingga kental [ aku letak 1 cawan ]
-50g keju cheddar-diparut [ tak letak ]

Cara membuat:

  1. Cream cheese,gula kastor dipukul hingga lembut.Tambahkan 2/3 fresh cream yg sudah diputar [ 1/3 lagi simpan nak sapu atas kek dan buat deco ]. Kaup balik hingga bercampur rata.
  2. Sapukan pada setiap lapisan kek dan akhir sekali tabor parutan keju cheddar di atasnya.



 Cara Deco Kek
  1. Letak sekeping kek di atas papan kek.
  2. Sapu topping keju pada keseluruhan permukaan kek.
  3. Ulang langkah 2 untuk lapisan berikutnya.
  4. Sapu permukaan atas kek dengan 1/3 fresh cream dan ratakan. Hias ikut citarasa masing-masing.


Selamat Mencuba..



4 comments:

  1. ptg2 gini nampak kek..sedapnya

    ReplyDelete
  2. Waaaa....cantik hya bolu tu..mcm ke daa...rajin pulak piping krim bagai...kalau dpt rasa ni lagi lh best kan..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la...
      terlebih rajin katakn...
      : )

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...