Tuesday, 7 May 2013

Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah (versi Bakar)



    Salam semua.... Kita kembali lagi dengan kek coklat.... Tak jemu ke asyik buat kek coklat ni...? Kalau tanya aku, memang tak jemu la... Kalau tak, mesti tak tayang kat blog aku ni... Huhuhuhuuu... Kali ni aku cuma tukar kaedah masak ja untuk kek coklat ni. Resepi tetap sama. Kalau ikut resepi asal, kek ni kukus. Tapi nak try jugak la cara bakar sebab aku suka kek coklat yang bakar. Memang tak jauh beza dengan cara kukus. Cuma kelembapan dia kurang sikit, tak macam yang kukus. Ala kurang sikit ja, bukan banyak pun. Tepi dan atas kek tu kering sikit. Ni mungkin sebab bakar. Tapi bila dah letak ganache kat atas kek tu memang tak dapat bezakan kukus atau bakar sebab tak nampak kerak kek tu... Untuk resepi ni aku copy dari kak ummi. Dia pun buat cara bakar jugak. Tu yang teringin sangat nak buat sebab dah ada orang yang cuba. Kali ni aku cuma buat separu adunan saja... Kalau ada yang teringin nak buat separuh adunan boleh la tengok resepi kat bawah ni.... Selamat mencuba...




KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Bahan-bahan 1/2 adunan (loyang 6"/7" bulat) - aku guna loyang bulat 6''

-50 gram serbuk koko *
-125 gram gula kastor* [ aku letak 80gm ]
-1/2 tin susu isian cair* [ aku letak 1 cawan ]
-100 gram minyak masak sayuran*
-125g susu pekat*
-2 biji telur - dipukul sehingga berbuih
-75 gram tepung gandum
-1/2 sudu teh soda bicarbonate
-1/2 sudu teh baking powder


Cara-Caranya:-
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer.
  3. Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.[ aku bakar selama 50 minit pada suhu 150c ]
  5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.





   Ganache ni aku buat sikit ja. Cuma buat bagi leleh kat tepi kek tu. Kalau nak bagi selimut satu kek, kena buat dua kali ganda la...

 Simple Ganache

-120gm coklat masakan
-40ml susu cair
-1 sudu teh mentega


Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil.
  2. Satukan kesemua bahan dan masak secara double boiler. Kacau dengan perlahan sehingga kesemua bahan sebati.
  3. Biar suam baru dituang pada kek.


Walaupun kelembapan tak berapa sama...
Tapi rasanya tetap sama...

7 comments:

  1. erm...saya pun suka kek coklat yg versi bakar...kalau kukus selalu nya padat skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu...
      kalau kukus memang padat sikit...

      Delete
  2. Replies
    1. jgn tangkp leleh dh laa...
      huhuhuhuuu

      Delete
  3. Sedappp kan..kite pun suke kek coklat ni...:-)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...