Thursday 16 May 2013

Kek Tiramisu



   Salam dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik... Tak lupa jugak kepada guru yang pernah mengajar aku dari tadika ( PASTI ), darjah satu hingga darjah enam ( SEK KEB PAUH ) dan dari tingkatan satu hingga tingkatan enam ( SEK MEN KEB DATO' SHEIKH AHMAD ). Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila... Sempena hari guru ni kita jamu mata dengan kek tiramisu yang sangat menggiurkan ni.... Mengiurkan ke....? Macam tak je... Kalau tak menggiurkan pun tak pa, janji sedap... Huhuhuuuu.... Jom-jom tengok resepi kat bawah ni....


Kek Span Kopi

Sumber Resepi:Chef Noraini Zakaria
C&P : Rahel

Bahan-bahan:

-140g gula kastor
-15g ovalette
-5 biji telur gred A

-125g tepung kek}
-1 sdt serbuk penaik}--diayak (A)

-75g minyak masak

-40g air}
-1 sdt emulco kopi}--disatukan (B)
-1 sdt serbuk nescafe}

Cara membuat:
  1. Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit dan tukar kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang dan gebu.
  2. Perlahankan kelajuan dan tuang campuran (B).Pukul lagi kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan gebu.
  3. Tuangkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Sediakan Loyang 8" yang sudah di alas dengan baking paper. [ aku bahagi adunan kepada tiga bahagian dan bakar berasingan. Guna loyang bulat 8'' ]
  5. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.Setelah masak segera keluarkan dari oven kemudian terlangkupkan kek selama 5 minit.Terbalikkan semula.Biarkan kek sejuk.Potong kek kepada 3 lapisan. [ Bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 150c ]




Mousse Keju
Sumber:Wendy Kor

Bahan-bahan:

Bahan A
-500g Keju Mascarpone--->>yg ni I guna krim keju [ aku guna cream cheese 250gm saja ]

Bahan B
-6 biji kuning telur [ aku letak 3 biji ]
-100g gula kastor [ aku letak 50gm ]

Bahan C
-20g gelatin [ aku letak 1/2 sudu makan ]
-30ml air suam

Bahan D
-250g krim putar--->>yg ni I guna non-dairy whipping cream [ aku letak 1 1/2 cawan non-dairy whipping cream ]

Bahan E ( Sirap Kopi )
-80g gula [ aku letak 40gm ]
-80ml air [ aku letak 50ml ]
-10g kopi segera [ aku letak 1 sudu makanserbuk nescafe ]
-10ml minyak kopi--->>yg ni I tak letak [ ganti 1/2 sudu teh kopi emulco ]

Hiasan:
-60g serbuk koko
-10 keeping Biskut Ladie's Figure [ tak letak ]
-coklat rice [ aku tambah ]

Cara-cara:
  1. Masakkan bahan A cara double boil sehingga lembut.Ketepikan dahulu.
  2. Gaul bahan B sehingga sebati dan panaskan cara double boil pada suhu 80'C.Campurkan no.1dan kacau sekata.
  3. Larutkan bahan C sehingga gelatin larut dengan betul.Masukkan no.2 dan gaul hingga sekata. Masukkan bekas ke dalam mangkuk yang telah diisikan air sejuk dan ais.Teruskan mengacau bahan itu untuk menurunkan suhunya.
  4. Pukul bahan D sehingga kembang [ simpan 2/3 adunan non-dairy whipping cream yang telah dipukul kental  untuk dilepa pada kek ] dan campurkan ke dalam bancuhan di atas.Kacau hingga sebati.

Sirap Kopi
Masakkan dan kacau bahan E sehingga gula larut.






Cara Deco Kek
  1. Letakkan satu lapis kek di dalam mousse ring 8".Sapu sirap kopi di atas kek.Tuangkan 1/2 bancuhan mousse ke atas kek.Celupkan biskut Ladie's Figure ke dalam sirap kopi sebelum disusun di atas mousse.Kemudian tuangkan baki mousse.
  2. Taburkan serbuk koko di atas mousse dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.

Catatan by Rahel:
Untuk hiasan terpulang kepada citarasa masing-masing.Rahel hias kek guna non-dairy
whipping cream dan sedikit coklat bentuk bunga ros.Atasnya pula Rahel ayakkan sedikit serbuk
koko.Sekiranya ingin membuat Tiramisu in jar abaikan gelatin itu (bahan C).


Cara Aku Buat
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Renjis Sirap kopi. Sapu mousse keju keseluruh permukaan kek tersebut. Letak sekeping kek lagi.
  2. Ulang langkah 1 untuk lapisan berikutnya.
  3. Sapu keliling kek dengan non-dairy whipping cream yang disimpan tadi
  4. Setelah siap, tabur serbuk koko dan coklat rice atas permukaan kek. Hias ikut cita rasa masing-masing.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.



Gebu dan lembut...
Lemak berkrim lagi...

4 comments:

  1. amboi decoration dy. cantekkk. :))

    ReplyDelete
  2. Canteknya kek dia..sedap ni, ada rasa nescaffe..lama x mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa ja...
      hehehee...
      bau aroma nescafe tu pun dah memikat selera....

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...