Friday, 22 May 2020

Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese



        Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, petang ni aku nak share satu lagi resepi kek lapis yang aku buat untuk raya ni... Ni kek lapis yang last. Tahun ni aku buat sebiji kek kukus dan dua biji kek lapis. Lepas ni aku nak buat kek yang mudah ja macam kek marble atau kek batk jerr.... Kek lapis ni yang specialnya sebab guna oreo red velvet... Kat tempat aku ni dah cari merata tempat, tapi tak jumpa... Aku soh la kak aku belikan masa hujung tahun lepas... Sebab tarikh luput dia lambat lagi tu yang sempat jugak aku buat kek lapis ni... Kalau tak ada oreo red velvet ni guna la oreo apa yang ada... Tapi rasa tak akan sama laaa.... Bagi yang nak mencuba resepi ni boleh tengok cara-cara nak buat dia kat bawah tu... Ok la, sampai takat ni dulu yer. Aku nak pi tolong mak aku panggan dagin pulak untuk menu berbuka kejap nanti... Byeee...







Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese
C&P : Snowhite Snow ( fb Resepi Mama Kent )

Bahan A:
12 biji kuning telur B
6 biji putih telur
250gm gula kaster
270gm tepung hong kong
30gm serbuk horlicks
2 sudu teh ovalete
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B -  Adunan keju
250gm krim keju
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh lemon paste

Bahan C -  Adunan merah
250gm mentega
3 sudu besar susu pekat manis
pewarna merah

Bahan D
1 bungkus biskut red velvet oreo dengan krim ( hancurkan kasar-kasar )
Loyang 8.5x8.5 inci di alas dasar dan gris


Cara-Cara
Bahan A
  1. Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  2. Perlahankan mixer masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di adun bersama bahan B ( adunan keju ) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C ( adunan merah ).
  4. Bahagikan adunan merah kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
  5. Ambil 6 sudu besar adunan merah, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 150C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
  6. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek.
  7. Ulang lapisan merah yang kedua dan bakar dengan api atas sahaja selama 8 minit. Ulang sehingga 3 lapisan merah.
  8. Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo di atasnya. Bakar sehingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapis. Ulang sehingga adunan keju dan oreo habis.
  9. Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan merah, ulangi melapis dan membakar sehingga tiga lapisan. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit hingga masak sekata.
Bahan B
  1. Pukul krim keju,lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.
Bahan C
  1. Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim.
  2. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna merah, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.






No comments:

Post a comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...