Monday, 31 December 2012

Kek lapis Blueberry Kukus



   Salam semua... Sebelum aku bercerita panjang, aku nak mohon maaf bebanyak kat tuan asal resepi ni sebab aku dah menderhaka kat resepi dia. Ni adalah resepi derhaka yang terakhir bagi tahun 2012. Untuk resepi asal, kek ni nama dia Kek Lapis Evergreen Kukus. Tapi disebabkan aku guna blueberry, maka aku pun tukar nama jadi Kek lapis Blueberry Kukus. Harap-harap tuan asal jangan marah yee.. Klik sini untuk tengok resepi Kek Lapis Evergreen Kukus. Aku amek resepi ni kat blog Dapurku Sayang. Sebelum aku buat kek ni, aku dah buat kek lumut versi ii [  gambar tak dapat disertakan atas sebab-sebab tertentu. Hehehe ], so bila nak buat Kek Lapis Evergreen Kukus ada perasa pandan jugak. Nanti ada rasa nak sama macam dengan kek lumut pulak. Dok pikir punya pikir, dapat la idea nak tukar guna blueberry. Tak sangka pulak jadi sedap. Tapi yang tak syoknya kek ni ada banyak lubang... Ada sapa-sapa boleh bagitau kenapa..? Untuk kek ni aku buat  1/2 adunan guna loyang 7 x 7. Untuk lapis hijau aku tak letak kaler atau pewarna. Untuk lapis putih aku tukar jadi perasa blueberry. Jom kita tengok resepinya..



Lapisan Putih

-5 biji kuning telur A
-110g mentega berkualiti tinggi
-1/6 cawan gula halus
-1/8 tin susu pekat manis
-1/2 cawan horlicks 
-1/4 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)


-Lapisan Blueberry:

-2/3 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
-110g mentega berkualiti tinggi
-5 biji putih telur A
-1/2 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
-1/4 tin susu pekat manis
-1/2 botol bleberry paste


Cara-cara
Lapisan Hijau :

  1. Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang.
  2. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks dan tepung biskut marie. Putar hingga sebati.
  3. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :

  1. Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental.
  2. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum, blueberry paste dan kacau rata-rata.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
  4. Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan
kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.





yang ni dah potong
TAPI...
kek ni ada lubang-lubang
kenapa ya...?


Sunday, 30 December 2012

shitake mushroom salut tepung


   Salam semua.... Buat apa tuuu....? Hari ni aku nak kongsi resepi yang boleh dijadikan snack masa nak tengok cerita ka nak menonton tv ka atau nak jamu kat kengkawan waktu petang pun boleh. Hujung-hujung tahun ni kan banyak cerita best kat tv. Boleh la buat snack. Resepi dia ialah shitake mushroom salut tepung. Tapi yang paling best makan shitake mushroom salut tepung ni waktu tengok cerita kat laptop. Kalau makan ni kejap je abis. Rasa dia ala-ala ayam salut tepung gitu.... Jom tengok cara nak buatnya...




Bahan-Bahan

- 250 gm shitake mushroom
-1/2 cawan tepung gandum
-1/2 sudu teh baking powder
-1 biji telur
-1 sudu teh cili flakes
-1 sudu teh oregano flakes
-sedikit garam
-sedikit lada putih



Cara-Cara

  1. Basuh cendawan, toskan dan potong kepada tiga bahagian. Ketepikan.
  2. Satukan tepung gandum, baking powder, cili dan oregano flakes dalam satu bekas yang besar. Gaul rata.
  3. Pukul telur bersama garam dan lada putih.
  4. Masukkan cendawan kedalam adunan telur. Gaul rata.
  5. Kemudian, masukkan cendawan tersebut ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Apabila kekuningan, angkat dan toskan.
  7. Sedia dinikmati





Rasa macam makan ayam salut tepung pun ada....
Rugi kalau tak try buat...







Jemput makan...
Ehhh... Silap plak...
Jemput jamu mata....
Hehehe....



Saturday, 29 December 2012

Puding Roti Coklat Chip dengan Sos kastard Oren



   Salam semua.... Mak aiii tajuk, nampak sedap tak.... Mmmmmm... Lazat tak terkata. Aku amek resepi sebagai rujukan kat blog my mintroom. Klik sini untuk rujuk resepi dia. Resepi ni aku boh coklat chip kat tengah-tengah puding tu.. Memang best rasa coklat tu.. Tambah-tambah coklat tu cair dalam mulut dengan sos kastard oren... Perhhh... Apa nak kata... Jom semak resepinya...




Bahan-Bahan

-6 keping Roti
-250 ml Susu cair
- 2 sudu makan Gula halus
-1 sudu makan mentega- cairkan
- 2 biji Telur
-1 sudu teh Esen vanilla
-1/2 sudu teh serbuk cinnamon
-1 sudu besar Kismis
-2 sudu makan coklat chip
-1 sudu makan ceri merah - didadu
-1/2 sudu makan gula perang


Sos kastard

-125 ml susu cair
-100 ml air
-2 sudu makan sunquick oren
-1 sudu makan susu pekat [ kalau kurang manis tambah lagi ]
-1/2 sudu makan tepung kastard




Cara-Cara
  1. Gris loyang dan carik-carikkan roti.
  2. Dalam bekas besar, pukul telur dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan susu, mentega cair, essen vanilla dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan roti yang telah dicarikkan ke dalam bekas tersebut. Rendam seketika.
  4. Masukkan separuh adunan roti yang direndam tadi kedalam loyang. Kemudian tabur coklat chip dan masukan adunan selebihnya.
  5. Taburkan kismis dan ceri merah diatas adunan. Kemudian tabur gula perang.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  7. Untuk sos kastard oren, campur dan kacau rata semua bahan sos kastard dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api. Sejukkan dan sedia di hidang bersama puding.



Baru dipotong..
Tak sabar nak ngap...





 Yang ni belum siram dengan sos kastard oren...
Cuba tengok coklat yang cair tu....
Mmmmm....





Yang ni dah kena siram...
Bila sos kastard tu campur dengan coklat...
Rasa dia MMMMM...!!
Sedap sangat....
Selamat mencuba....



Friday, 28 December 2012

Cameron Highland




    Salam semua.. Hari ni aku nak tunjuk gambar masa aku pi cameron highland [ 23.12.2012 ] dengan family kak aku. Kami pi satu hari ja. Pi pagi, malam terus balik rumah kak aku. Gambar kat atas tu cuma nak tunjuk suasana jem sambil tengok kabus kat atas bukit.. Uuuiiii... Sejuknya... Boring pun ada sebab keta banyak sangat...



  Aku amek gambar ni masa kami benti makan tegahari. Kat tepi jalan pulak tu. Lapar punya pasal tak kisah. Orang tengok pun tak pa... Tapi kan bekal yang kami bawak tu dah sejuk, disebabkan lapar tahap gaban ditambah dengan cuaca sejuk, kejap ja lincin... huhuuu... Dasyat, dasyat.... Cuba tengok jalan dia, berbelit-belit, aku dalam keta pun dok rasa pening-pening. Nasib baik tak muntah. Kalau tak, buat malu je... Hehehe...










  On the way tu sempat jugak amek gambar kenderaan ni. Orang panggil apa aku pun tak tau. Lori la kot.... Nampak sempoi ja. Buat jalan-jalan dalam kampung mesti best... Vroommmm.... Vroommmm....











Jangan sentuh, nanti kena potong tangan
Hehehe...









 Sayur celup tepung tu nampak menarik ja...
Jagung bakar tu pun apa kurangnya...




  Ni kat pasar malam brinchang. Fuhhh.... Orang mak aiii... Banyaknya... Nak amek gambar pun payah. Asyik dok terlanggar orang. Tengok makanan yang besa-besa pun terasa lapar. Padahal kat pasar malam kat kampung aku pun bukannyan nak beli. Ni mungkin sebab cuaca sejuk sangat kot. Tengok semua benda, rasa lapar je. Aku cuma beli strawberry salut coklat. Nak rasa tengok... Sedap ke tak... Boleh tahan la mungkin sebab buah dia fresh dari ladang kot.... Masam strawberry,manis coklat... Mmmmm....















Ni antara buah tangan yang patut beli. Dah la murah, cantik pulak tu. Boleh bagi kat orang kampung. Aku siap beli secakuih... Hmmmm... Hmmm awat tak ambikkk.... Alih-alih, aku simpan kat aku sorang ja.. Hehehe... Tak patut, tak patut.....
























   Gambar ni aku letak last sekali. Bukan apa benda-benda tak cantik ni kita kena letak last-last la. Sebelum amek gambar ni ada la dengar bunyi macam air terjun. Kalut la tengok kat tepi jala tu. Ingatkan nampak pemandangan yang cantik, tapi tu dia... Sungai yang ada sampah. Ni mesti kerja pelancong yang tak bertanggungjawab. Hmmmm.... Malu, malu kat mat saleh yang mai tengok tempat kita ni... Fikir-fikirkan la apa patut kita buat... Aku tak mau tulis banyak-banyak. Nanti orang marah pulak...

Thursday, 27 December 2012

pizza tudung periuk


  Salam semua... Haaaa.... Kelia [ Sempoi ] tak tajuk pizza aku hari ni... Hehehehee... Pizza tudung periuk [ N3 4 5 hari yang lepas ]... Ni bukan apa, pizza pan tak ada. Ganti tudung periuk je la. Tak kisah la, tudung periuk pun tudung periuk la. Janji pizza aku jadi dengan elok dan sedap. Pizza ni aku buat masa anak buah aku balik kampung. Yang sorang tu cerewet sikit. Tapi yang dua orang tu, hmmmm.... Masak apa pun makan. Tu yang best bila depa balik kampung. Seronok nak masak bagi makan... Untuk kanak-kanak aku letak sosej ayam dan sedikit sos serta sayur-sayuran. Yang sorang tu kalau nampak banyak warna hijau dan merah takut nak makan. Untuk adunan ni aku buat dalam tiga biji sebab tudung periuk tak besar. Satu biji untuk kanak-kanak, dua biji untuk tak berapa kanak-kanak. Jom tengok resepinya....



Bahan Doh

-300gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-30gm gula
-9gm yis basah + 40gm air suam
-160gm air sejuk
-40gm mentega
-1/2 sudu teh bread improver
-1/2 sudu teh bread softener


Bahan Inti

-5 batang sosej ayam
-10-12 ekor udang sederhana besar
-6-8 ekor sotong


Bahan sos

-2 sudu besar minyak zaiton
-sos spaghetti [ aku guna cap prego ]
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-sayur campur
-nenas
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu bawang besar dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada tiga bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " tudung periuk " dan letak diatas acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos spaghetti.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala, nenas dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.





Yang ni belum masak....
Pizza ni kena boh banyak keju..
Baru la lemak-lemak...
Memang sedap dan berbahaya....
Heheheheee...


Sunday, 23 December 2012

bubur durian


   Salam dan selamat pagi semua. Pagi-pagi ni kita layan bubur durian lah. Sekarang  ni kan tengah sibuk dengan musim durian, So, aku pun buat jugak la resepi berasaskan durian walaupun tak berapa suka sangat durian ni. Setakat rasa tu boleh laaa... Tapi kalau jadikan bubur ni memang makan tu bertambah-tambah la nampak gayanya. Hehehe... Orang yang bukan pengemar durian pun kompem suka kalau durian ni buat bubur. Tambah sikit dah la. Buat syarat katakan.... Resepi ni asalnya dari resepi bubur jagung lemak manis, cuma tambah durian dan bahan lain sikit... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-1/2 cawan isi durian [ kalau suka banyak, tambah lagi ]
-2 cawan isi jagung manis
-1 cawan kacang hijau - direndam
-3 cawan air
-3 cawan santan fresh
-1/2 cawan gula pasir
-gula melaka [ iku kemanisan yang anda suka ]
-2 helai daun pandan - disimpulkan
-secubit garam


Cara-Cara

  1. Rebus kacang hijau dengan tiga cawan air hingga kembang, masukkan jagung dan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka dan isi durian. Masak hingga mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan santan dan garam. Masak seketika. Jika kelihatan pekat, masukkan sedikit air.
  4. Tutup api dan sedia dinikmati.






Cicah dengan roti pun sedap...
Selamat mencuba...

Friday, 21 December 2012

Kuih Cara Pedas [ Inti Udang ]


   Salam.... Entry tertunda lagi. Hari ni baru boleh update. Kali ni cuma nak kongsi resepi kuih cara pedas inti udang. Selalunya buat inti daging hancur, tapi kali ni try buat udang pulak. Sedap jugak. Hmmmm... Hujan-hujan gini makan kuih pedas-pedas baru layan. Jom tengok resepinya...



Bahan Batter

-100gm tepung gandum
-250ml santan
-1 biji telur
-1/2 sudu teh kunyit
-garam


Bahan inti

-100gm udang
-2 sudu makan rempah kari ikan [ campur dengan 4 sudu makan air, jadikan pes ]
-1 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-1 tangkai daun kari [ ambil daun sahaja ]
- lobak merah
-lada benggala


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan batter. Kacau dengan whisk. Ketepikan.
  2. Untuk inti, buang kulit udang dan potong nipis-nipis atau cincang. Lobak merah dan lada benggala didadu. Tumis bawang merah dan putih hingga kuning. Masukkan daun kari dan pes kari. Kemudian masukkan udang, lobak merah dan lada benggala. Biar separuh masak dan tutup api.
  3. Panaskan acuan dan sapu dengan sedikit minyak.
  4. Tuang adunan batter kedalam acuan sehingga 3/4 penuh. Masukkan inti di tengah adunan batter tersebut.
  5. Tutup acuan dan biar masak lebih kurang 5 minit.
  6. Kelurkan dari acuan dan sedia dinikmati dengan sos kegemaran anda.






Sekali-sekala makan dengan inti udang pun sedap....


Thursday, 20 December 2012

Durian Kawin


  Salam dan selamat pagi semua... Hari ni betol-betol sejuk sebab semalam hujan renyai-renyai. Lepas tu waktu pagi pun hujan lagi. Arrr.. Nak mandi pun rasa malas. Hehehe... Besa la, kalau dok kampung ni sejuk dia lain macam sikit. Ok, hari ni aku cuma nak kongsi gambar buah durian kawin ja. Orang asyik dok tayang crepe durian, aku tayang buah durian fresh je la. Durian ni dah gugur dalam tiga hari dah, semalam baru kopek. Bila dah terbuka, Mak aiii isi, tebalnya. Satu ulas pun dah kenyang. Tapi aku tak makan pun. Aku lebih suka makan durian kampung dari durian kawin... Sory ye, gambar tak berapa jelas sebab guna kamera tipon...






Cuba tengok isi durian tu...
Macam daging ayam pun ada..
hehehehe...
Jemput makan...


Tuesday, 18 December 2012

blended cheese cake


  Salam semua..... Haaaaa.... Sempoi tak tajuk kek hari ni.....? Ni gara-gara mixer aku la, rosak. Nak kena beli yang baru la pulak ni.... Tapi tak pa la, dah banyak kek dah berjaya sebab mixer ni. Terpaksa la aku buat kek yang guna blander atau hand whisk saja buat masa ni. Berbalik pada kek ni, mula-mula tu rasa tak yakin jugak nak buat. Takut tak jadi la pulak. Lepas siap masak, alhamdulillah... Sedap jugak rasa dia. Rasa macam kuih bengkang bakar pun ada. Mak aku siap tanya " Ni bengkang apa...? Sampai ada kerak kat bawah." Hahahaaaaa... Boleh tukar nama bengkang keju la lepas ni... Untuk lapis atas tu aku guna resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake. Aku buat separuh adunan saja kek ni. BTW ni N3 dua minggu lepas sebelum aku buat resepi pasal jagung tu... Sapa-sapa yang berani cuba, jom tengok resepinya....




Bahan-Bahan

Lapis Bawah

-120gm biskut marie
-80gm mentega
-1 sudu makan susu tepung
-1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Lapis Atas
-120gm cream cheese
-30gm tepung kek
-10gm tepung jagung
-70gm gula
-3 biji telur gred A
-25gm mentega
-50ml susu segar [ aku guna susu cair ]
-1/2 sudu besar jus lemon [ aku guna limau nipis yang dah masak ]
-1/4 sudu kecil garam


Cara-Cara
  1. Alas loyang dengan kertas minyak dan lanserkan dengan mentega. Panaskan oven pada 170c[ ikut oven masing-masing ]
  2. Untuk lapis bawah kisar biskut marie, kemudian cairkan mentega. Satukan biskut marie, mentaga cair, susu tepung dan kulit kayu manis. Gaul rata, kemudian masukkan kedalam loyang. Tekan campuran biskut tersebut supaya padat sedikit. Bakar lebih kurang 5 minit dan kelurkan dari oven. Ketepikan.
  3. Untuk lapis atas, cairkan cream cheese, mentega dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  4. Kisar telur bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan campuran cream cheese dan tepung. Kisar sebati.
  5. Tapis adunan tersebut pada lapisan bawah. Bakar semula selama 35-40 minit. Jika kek kelihatan tidak masak,  letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus dan sambung masak selama 10 minit lagi.
  6. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama beberapa minit sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi.
  7. Kalau nak sedap simpan semalaman dala peti ais baru makan.




Ada berani nak cuba...??



Monday, 17 December 2012

Jagung Rebus dan Kelapa Parut [ Urap Jagung ]


   Salam semua... Ni entry last pasal jagung buat masa ni. Harap-harap tak da sapa-sapa yang muntah jagung masa aku dok update blog dalam satu minggu ni. Hehehe... Aku cuma nak share resepi jagung rebus dan kelapa parut atau urap jagung saja. Mudah, cepat dan sedap. Kalau kat kampung selalunya orang panggil jagung rebuih [ rebus ] dengan nyok [ kelapa ]. Perkataan urap ni pun aku baru tau masa nak tulis entry ni. Ikut la orang nak panggil apa pun, janji benda tu sama saja. Apa-apa pun jom tengok resepi yang mudah ni...



Bahan-Bahan

-1 cawan jagung rebus
-1/4 cawan kelapa parut
-1/2 sudu makan gula
-1/2 sudu teh garam
-1/2 sudu makan mentega cair [ untuk yang suka rasa lemak-lemak masin ]

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Sedia dinikmati.



Tengok dekat sikit...
Makan dengan kopi panas sedap ni...

Sunday, 16 December 2012

cucur jagung pedas


   Salam semua... Kali ni kita makan cucur jagung pedas pulak. Dua tiga hari lepas makan yang manis-manis. Hari ni kita makan yang pedas-pedas sikit. Selalunya mak aku selalu buat cucur jagung manis. Tapi disebabkan aku yang masak, aku buat la yang pedas. Masa dok goreng-goreng tu, makcik dan pakcik aku datang. Nasib baik cukup untuk jamu kat depa. Kalau tak dapat la sorang seketul dua. Hehehehe... Ni la dinamakan rezeki... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum
-1/2 sudu teh yis
-1 tongkol jagung [ dihiris ]
-100 gm udang
-1 biji telur
-2/3 cawan air
-1/2 sudu teh lada putih/hitam
-1 sudu makan serbuk kari
-cili merah didadu
-bawang besar didadu
-3 batang pokok kucai
-garam dan gula


Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan kedalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  3. Peram lebih kurang dalam 20-30 minit.
  4. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  5. Bila kekuningan, angkat dan toskan.
  6. Sedia dinikmati dengan sos kegemaran.



Pulut Serimuka Jagung



   Salam... Hari ini sarapan pagi aku buat serimuka. Bukan serimuka biasa, tapi serimuka luar biasa.... Pulut Serimuka Jagung.. Resepi ni amek kat Kak Rusnah Fotopages. Klik sini kalau nak tengok resepi asal dia. Aku punya buat dalam acuan lompang. Nampak comel sikit. Dapat la dalam 18 biji. Kalau buat dalam acuan senang sikit. Tak payah nak potong-potong dah, cuma keluarkan dari acuan je bila nak makan. Lagipun kalau bab potong kuih ni memang comot aku buat. Baik buat dalam acuan. Cun la sikit masa nak amek gambar tu. Meh tengok resepinya...


Bahan-Bahan


Bahagian bawah

-1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
-1 1/2 cwn santan
-sedikit garam dan gula
-1 st butter [ ganti minyak masak ]

Bahagian atas [ aku gandakan sebab guna acuan lompang ]

-2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja) [ 1biji jugak ]
-1/3 cwn gula pasir [ 2/3 cawan]
-1/2 cwn santan pekat [ 2 cawan ]
-1/3 cwn susu cair [ tak letak, ganti santan ]
-2 sb tepung gandum [4 sudu makan ]
-1 sb tepung custard [ 2 sudu makan ]
-sedikit garam dan vanilla [ ganti perasa jagung manis ]
-sedikit pewarna kuning
-2 sb jagung cream [ 1 tongkol jagung fresh, dihiris ]

Cara-Cara

  1. Lapis Bawah:  Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci [ masa ni aku masukkan pulut dalam acuan lompang dan tekan-tekan sikit pulut tersebut. Acuan tu sapu sikit minyak bagi senang keluarkan kuih ] dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.
  2. Lapis Atas:  Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.





Belah sikit...
Nampak tak jagung kat dalam tu...
MMMM....
Sedapnya.......
Lemak-lemak manis...

Saturday, 15 December 2012

BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS




   Salam.... Hari ni masih pasal jagung lagi. Jangan muntah pulak asyik dok tengok resepi pasal jagung ja. Hehehe.... Petang-petang gini dengan cuaca mendung nak hujan memang sedap pekena bubur jagung. Aku amek resepi ni kat blog secubit garam. kalau nak tengok resepi dia klik sini. Untuk resepi ni, aku lebihkan santan. Maka, jadilah bubur jagung lemak manis... Sekali-sekala makan yang lemak-lemak ni memang sedap. Tapi jangan lupa nak bersenam pulak lepas ni, nanti tambah pula berat badan tu. Hehehe... Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-3 cawan isi jagung manis [ aku guna 4 tongkol jagung fresh ]
-5 - 6 cawan air [ aku guna 3 cawan ]
-1 cawan santan fresh [ aku guna 3 cawan ]
-1/2 cawan sagu ~ direndam
-3 sudu gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai [ aku guna 1/2 cawan ]
-sedikit gula nisan/gula melaka [ tak letak ]
-1/2 biji telur ~ dikocok [ tak letak ]
-2 helai daun pandan ~ disimpulkan
-secubit garam


Cara-Cara
  1. Masak isi jagung, daun pandan dan air hingga mendidih.
  2. Sementara itu basuh sagu dan toskan.
  3. Bila dah mendidih masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan santan.
  4. Masak dgn api sederhana dan hendaklah dikacau supaya tidak naik kepala.
  5. Bila bubur mendidih masukkan sagu dan telur. Kacau supaya telur tidak berketul.
  6. Masak sehingga sagu bertukar warna jernih.
  7. Angkat dan hidangkan.


Friday, 14 December 2012

Kuih Bakar Jagung


   Salam and good morning... Hari ni masih menu berasaskan jagung lagi. Aku buat kuih bakar jagung. Aku amek resepi ni kat blog DTS. Klik sini untuk resepi asal dia. Aku buat separuh adunan dan buat dalam loyang chiffon 20cm. Senang sikit, sekali masuk dalam oven je. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan

-250 g tepung gandum
-230 g gula pasir (mat guna 180 g)
-400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak) [ aku guna santan fresh ]
-200 ml air [ aku ganti guna santan ]
-4 biji telur gred A
-1 tin cream style corn [ aku guna jagung rebus fresh, 2 tongkol lebih kurang 1 cawan ]
-2 camca besar minyak sapi QBB (boleh ganti dengan mentega)
-1 camca teh garam (mat guna 1/2 je)
-3/4 camca teh pewarna kuning
-1 camca teh serbuk vanillin (mat guna esen vanilla je)



Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk hingga semua sebati dan mesra. T apis dan masukkan cream styke corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Lenser dgn sedikit minyak sapi atau mentega. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar 40 - 50 minit dan jika bekas kecil (seperti acuan baulu), bakar 15 - 20 minit atau pun hingga masak.Bergantung pada saiz acuan dan jenis acuan.





Kuih Bakar Jagung

Maaf ye...
Gambar nampak comot...
Macam tak pandai potong je...
Hmmmm....





Thursday, 13 December 2012

Bun Jagung Manis



   Salam semua.... Kali ni aku meroti lagi. Buat roti jagung pulok. Dua tiga hari ni menu memang ada kaitan dengan jagung la. Sebabnya jagung kat rumah aku ni dah boleh makan dah. Nak jual, tak la banyak sangat. Tak berbaloi. Maka kita pelbagaikan menu jagung ni untuk menhabiskannya dengan cepat.... Resepi ni aku amek kat JMC. Kalau nak tengok resepi dia, klik sini. Resepi kat bawah ni untuk adunan separuh. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan ]


-150gram tepung roti (tepung high protein)
-50gram tepung gandum
-1 sudu besar susu tepung@skim milk [ yang ni aku terlupa letak. hehehee.. ]
-1 1/2 sudu besar gula [ aku tak letak ]
-1/2 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
-20gram @ 1 sudu besar shortening@butter@marjerin
-1 tongkol jagung segar yang belum direbus ( kikiskan isi nye)
-3gram yis atau 1 sudu kecil yis [ aku ganti dengan yis basah ]
-75ml susu suam@air suam [ ganti dengan 40gm susu pekat + 25gm air ]
-2 sudu besar water roux@ 1/2 sudu kecil bread softner @ bread improver
-1/2 sudu kecil baking powder

(kalau guna shortening disarankan masukkan juga 1/2 sudu kecil garam, kalau guna mentega atau marjerin tak perlu, sebab terdapat kandungan garam didalamnye)



* untuk gliss*

egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) [ aku tambah 1 sudu makan madu ]


Bahan Kastard [ aku memandai tambah ]

-1/3 cawan jagung
-1/2 cawan air
-2 sudu makan susu pekat
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan tepung kastard

Cara-Cara

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan gliss dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. [ Aku buat kaedah ni ] Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun di dalam acuan yang ade lubang di tengahnye, macam acuan kek chiffon tu, atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, sebarang acuan dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. Biarkan bun naik dua kali ganda.
  5. [ Ni aku tambah sendiri ] Untuk kastard, campurkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga jagung hancur. Masukkan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kelihatan pekat. Tutup api dan sejukkan.
  6. Gliss permukaan bun dengan egg wash. Kemudian masukkan kastard jagung kedalam plastik bersih. Gunting bucunya dan picit atas permukaan roti. Buat corak yang dikehendaki. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  7. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




Sungguh gebu....
Sungguh sedap....
Setiap gigitan terasa jagungnya....
Krup... Krup....

Puding Jagung Lemak Manis


  Salam semua... Hari ni aku nak tayang N3 yang petang kemarin. Puding jagung saja... Dah lama tak buat puding jagung. Kalau nak buat pun kena ada jagung fresh baru best. Kalau guna jagung fresh sedap sikit dari jagung dalam tin. Selalunya jagung dalam tin ni keras dari yang fresh. Jagung ni mak aku baru tuai. Dia rebus banyak, aku simpan dua tongkol untuk buat puding. Tapi kalau tak buat puding, selalunya jagung tu hiris nipis-nipis dan campur dengan kelapa parut, gula and garam sikit. Cara ni pun dah sedap. Kalau benda dah fresh, masak cara apa pun sedap kann.. So, jom tengok resepi puding jagung lemak manis aku niii... BTW sos kastard tu saja aku tambah. Klau tak buat pun tak pa... Kalau rajin sesangat buleh la buat...



Bahan-Bahan

-2 tongkol jagung rebus. [ dihiris ]
-1 cawan tepung kastard
-1/2 cawan tepung hoen kwe kuning [ putih pun tak pa ]
-1 cawan gula
-3 cawan santan [ 1/2 biji kelapa ]
-1 1/2 cawan susu cair
-garam

Sos Kastard

-100 ml susu cair
-100 ml air
-1 sudu makan susu pekat [ kalau kurang manis tambah lagi ]
-1/2 sudu makan tepung kastard
-1/2 sudu makan mentega




Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau.
  3. Masak adunan tersebut sehingga pekat dan berkilat. Tutup api.
  4. Tuang dalam loyang atau acuan yang telah dibilas dengan air terlebih dahulu.
  5. Sejukkan dan boleh dinikmati.
  6. Untuk sos kastard, campur dan kacau rata semua bahan sos kastard dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api. Sejukkan dan sedia di hidang bersama puding.



Sedap jugak makan dengan sos kastard...
Selamat mencuba...



Wednesday, 12 December 2012

cili



  Hari ni tak da N3 masak-masak, cuma nak tunjuk buah cabai ni yang baru dipetik kat depan rumah... HUHUUU.... Merahnya... Mesti pedas berasap....

Tuesday, 11 December 2012

Nasi Goreng Tom Yam


    Salam dan selamat pagi semua.... Huh... Dah nak tengahari dah pun. Tapi tak pa masih pagi lagi kan. So aku nak kongsi resepi sarapan pagi la hari ni. Nasi goreng tom yam. Ni nak makan waktu mana pun boleh. Saja nak buat menu sarapan. Sapa-sapa nak cuba, meh tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-2 cawan nasi putih
-5-6 ekor udang sederhana besar
-2 ekor sotong
-2 ulas bawang putih
-1 biji bawang merah
-1 sudu makan perencah tom yam [ Boleh lebihkan ]
-lobak merah
-lada benggala
-3 batang shitake mushroom


Cara-Cara

  1. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakang dan cuci kekotoran. Potong sotong kecil-kecil. Tos dan ketepikan.
  2. Lobak merah dan lada benggala didadu. Potong nipis-nipis shitake mushroom.
  3. Tumis bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan perencah tom yam. Kacau seketika.
  4. Masukan sotong dan udang. Goreng sehingga separuh masak.
  5. Masukkan nasi putih, lobak merah, lada benggala dan shitake mushroom. Gaul rata.
  6. Apabila sayur kelihatan layu, tutup api.
  7. Sedia dinikmati.




Jemput makan