Tuesday, 3 December 2013

Puding Keju Karamel



    Asalamualaikum semua.... Semenjak dua menjak ni hujan tak henti-henti turun. Kat utara sini pun sama jugak... Tapi hujan tak lebat sangat... Kejap turun, kejap benti. Pastu turun balik kejap dan benti pulak... Tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari jugak la. Kalau hujan tak turun, cuma mendun je la... Kalau tengok berita banyak negeri dah start banjir... Selalunya kalau ikut tahun-tahun yang lalu, waktu macam ni rumah aku pun banjir jugak. Alhamdulillah, dah dua tahun tak banjir. Tahun ni belum tentu lagi... Berbalik pada resepi hari ni, apa kata kita layan puding karamel yang lemak berkrim ni... Yang menjadi lebih krim tu, aku dah letak cream cheese... Tak sangka pulak puding ni rasa macam cheese cake pulak... Bila dah simpan semalaman baru rasa ala-ala cheese cake. Tak rugi kalau cuba tau... Ok la, takat sini dulu ya... Sejuk-sejuk hujan ni mengantok la pulak.. Bye...







Puding Keju Karamel 


Bahan karamel
-3 sudu besar gula

Cara-Cara
  1. Buat karamel dengan menghanguskan gula dalam loyang tahan panas. Apabila gula telah cair dan bertukar kepada warna perang, gerak-gerakkan loyang supaya karamel sekata. Ketepikan dan biar karamel membeku.


Bahan Puding
-4 biji telur
-1 tin susu cair
-4 sudu besar susu pekat manis
-100gm cream cheese
-80ml whipping cream
-1/2 sudu besar sunquick
-1 sudu teh esen vanila
-1sudu teh tepung kastad

Cara-Cara
  1. Cairkan cream cheese dan susu cair hingga cream cheese cair sepenuhnya dengan kaedah double boiler. Biar suam.
  2. Satukan telur, susu pekat manis, whipping cream, sunquick, esen vanila dan tepung kastad dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sekata. Jangan sampai berbuih.
  3. Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi. Bakar secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160c. Untuk elak permukaan puding hangit, tutup loyang dengan aluminium foil.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



selamat mencuba


10 comments:

  1. x sejuk ke makan puding hujan2 ni hiiii..cantiknya caramel kat atas tu... sama la kat sini hujan tak berenti dah ni .. main henti tak henti tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kira sjuk ke x, lpr punya psal...
      hehehee...

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    Hulur la kat sini sepinggan...huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat, kompem dh hulur..
      heheheee...

      Delete
  3. Assalam...puding karamel pun dah cukup sedap...ni tambah lak ngan cis memang meletop abes la...kompom anak2 suka ni sebab ada cis...harus coooba gak ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waslm...
      memang meletop kebabom...
      hehehee...

      Delete
  4. Sedappp.....bolehlah cuba nanti. Thanks Shapex kongsi resepi.

    ReplyDelete
  5. cam best cam sedap je... nak try la.

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...