Wednesday, 11 December 2013

Blueberry Cake



     Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni tayang kek yang lepas-lepas punya... Dah lama buat kek ni. Cuma tak sempat nak update ja... Kek ni pun cuma kek biasa ja. Yang boleh jadi luar biasa tu kat buah blueberry tu ja.. Luar biasa ka...? Macam biasa ja. Tapi bagi aku agak luar biasa jugak la sebab kat sini payah nak dapat blueberry segar... Ni pun aku oder kat kak aku masa dia balik kampung hari tu.. Kalau tak, jangan arap nak dapat merasa... Untuk asas kek ni aku guna base kek span pandan ja. Cuma tukar kepada perisa blueberry ja... Lepas tu nak bagi lagi cun aku bahagi kepada 5 adunan dan buat ton kala biru... Boleh panggil ombre kek jugak la kek ni... Tapi sebab aku guna buah blueberry, aku pun letak la nama kek ni blueberry cake.... Ok la, jom pakat tengok resepinya...









KEK SPAN BLUEBERRY


Bahan-bahan:
-150 g tepung kek
-150 g gula kastor
-5 biji telur gred A
-15 g ovallete
-1 sk baking powder
-80 ml air
-80 ml butter cair
-Sedikit Perisa Pandan [ ganti perisa blueberry ]
-Sedikit Pewarna Hijau [ ganti pewarna biru ]


Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Satukan gula, ovallete, tepung dan telur dalam mangkuk dan pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air, perisa blueberry.
  4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga kek betul-betul ringan.
  5. Masukkan butter cair ke dalam adunan dan pukul sebati.
  6. Bahagi adunan kepada 5 bahagian dan letak pewarna biru mengikut ton yang sesuai.
  7. Sediakan beberapa biji loyang 6 inci dan oles dengan marjerin dan alas dengan cooking sheet.
  8. Tuang adunan dan bakar pada suhu 150 degree selama 10-15 minit atau sehingga kek masak.
  9. Bila kek sudah masak, telangkupkan sekali dengan acuan di atas redai sehingga kek sejuk.
  10. Keluarkan kek dari acuan.




 Cara Penyediaan Kek

-blueberry topping secukupnya + sedikit air [ hancurkan buahnya ]
-300gm fresh cream [ pukul kental ]
-buah blueberry segar [ hiasan ]


  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu sedikit blueberry toping dan ratakan. Paipkan pula fresh cream. Ratakan. Letak sekeping kek lagi diatasnya.
  2. Ulang langkah 1 hingga lapisan kek yang terakhir dan sapu keseluruhan kek dengan baki fresh cream.
  3. Susun buah blueberry diatas kek dan sapu dengan lebihan blueberry topping.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.






selamat mencuba..



8 comments:

  1. wow....cantik & tertarik.
    berangan nak ber'ombre' tapi lum rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa nanti boleh la ber'ombre'

      Delete
  2. Cantiknya kek ombre ni syapex. Terbaiklah..suka sangat kak Fiza tengok koleksi kek2 syapex ni :). Mengiurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih kak...
      sy bab kek ni memang syok buat...
      kalau yg lain2 tu kurang sikit...

      Delete
  3. assalam
    wow cantiknya kek, suka yg kaler biru
    dgn bluebery emmm bertambah sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu..
      bila ada blueberry lg sdp..

      Delete
  4. dah terlebih luar biasa dah tu .. memang ada kelas la bab2 mendeko ni ya... ada kelas gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih2...
      malu plk den bila dipuji..
      hehehee...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...