Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Dah sarapan ke...? Aku hari ni sarapan dengan roti yang aku buat petang kemarin. Sungguh gebu dan harum. Agak lama jugak la aku tak buat roti ni. Kalau nak buat roti ni memang kena guna tenaga yang banyak terutama sekali bila nak uli doh tu... Agak lenguh jugak la tangan aku ni... Aku pun buat separuh adunan ja sebab kalau buat banyak, lagi la lenguh... Kalau guna BM senang sikit. Nak buat macam mana tak mampu lagi... Huhuhuu... Roti ni kalau buat cicah kopi o pun sedap. Walaupun roti ni dah simpan semalaman, masih terasa kegebuan dan kelembutannya. Resepi roti kali ni tak guna tepung roti, tapi guna tepung gandum biasa ja.. Tapi tetap sedap... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni...
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
( satu adunan dapat dalam dua loyang, satu loyang bulat satu loyang petak 18cm)
aku cuma buat 1/2 adunan
Bahan-bahanya
-450gram tepung gandum
-40gram gula
-40gram susu tepung
-2 sudu kecil esen vanila
-2 biji telur ( pukul sedikit menggunakan garpu, asingkan sedikit, lebih kurang 2 sudu
-besar, untuk gliss pada roti nanti)
-2 sudu besar butter@marjerin
-1/2 sudu kecil garam
-6gram yis atau 2 sudu kecil yis
-air suam ( cecair 190ml ) air suam dicampur dengan telur kemudian disukat sehingga 190ml
-3 sudu besar water roux ( resepi water roux di sini )
-1 sudu kecil baking powder
(untuk topping, sedikit gula pasir dan blueberry filling)
* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air atau susu segar dan beberapa titik esen vanila atau madu)
Cara-caranya ( Doh Roti)
- Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
- Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat dan acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
- Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula dan untuk acuan petak ros paipkan juga dengan jaluran blueberry, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
- Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
sungguh gebu dan lembut..
Wow...gebunya syapex, rajin menguli..menjadi cantek pulak tu...macam guna BM.
ReplyDeleterasanya klau guna BM msti lagi gebu kot...
Deleteagak lnguh jgk la lps uli 2...
hehehee..
PIK.. AMIK RESEPI ROTI GN TPG GANDUM KAT SINI SAT..
ReplyDeletesilakannnnn....
Delete