Sunday, 22 December 2013

Kek Pisang Mentega Kacang



      Assalamualaikum dan salam hujung minggu... Hari ni menu guna pisang lagi... Kali ni buat kek pisang. Kek pisang ni lain sikit sebab ada tambah mentega kacang. Memang sedap dan ada rasa lemak berkacang... Untuk resepi asal guna pisang berangan atau pisang tanduk. Tapi aku guna pisang emas. Nak buat macam mana, tu ja yang ada... Lagi satu, bila guna pisang emas tu sukatan gula aku kurangkan sikit. Takut terlalu manis la pulak... Paham-paham la, pisang emas ni memang sangat manis... Untuk bagi lagi best aku letak kekacang kat atas kek pisang ni. Bila makan boleh rasa rangup dan lagi sedap. Resepi ni aku copy dari blog Amie's Little Kitchen. Terima kasih ya Pn Salami Simon atas perkongsian resepi yang sangat sedap dan mudah ni.... Jom kita tengok resepi kat bawah nii...


Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang

Bahan-bahan:
-2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
-400 gram pisang berangan - selepas dilecek lebih kurang 1 1/2 cawan
-4 sudu makan mentega kacang halus
-3/4 cawan gula perang [ aku letak 1/2 cawan ]
-1 cawan minyak jagung
-4 biji telur
-1/2 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
-secubit garam

Hiasan
-hirisan badam
-biji labu


Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
  3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
  4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
  5. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
  6. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
  7. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi. Tabur hirisan badam dan biji labu atas kek.
  9. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.



 

selamat mencuba,,


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...