Thursday, 28 February 2013

Kaswi Cendol Sinar


    Salam semua... Wah awalnya N3 aku har ini... N3 ni aku dah tulis lama dah tapi harini baru nak update. Yang sebenarnya aku baru saja sampai rumah kak aku kat rawang ni. Awal pepagi buta ni tak tau nak buat apa, so aku pun update la apa yang patut... Ok... Hari ni kita layan menu baru sikit.. Kaswi cendol sinar... Memang menarik nama kuih ni. Selalunya kalau kuih kaswi plain ja, tak tambah benda lain.. Tapi yang ni memang ajaib. Siap boh cendol lagi. Aku masa nampak kak yatie post resepi ni terus bookmark. Ye la, kalau resepi yang lain sikit aku memang teruja nak test... Sebelum ni ada buat talam cendol, ada lebihan cendol yang tak guna lagi. Aku cuma guna separuh daripada sebungkus tu masa buat kuih talam tu. Yang lebihnya aku buat kuih ni la. Kuih ni aku cuma buat separu adunan. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik link kat bawah tu ya.. La ni kita tengok resepi separuh aduna dulu...


C&P: Kak Yatie

Bahan-Bahan 1/2 adunan loyang 6''x6''

Bahan A
-100 gm gula pasir
-75 gm gula melaka-hiris halus
-2 helai daun pandan
-100 ml air
**Bahan2 A di masak bersama hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan. Ketepikan dulu.

Bahan B
-1 1/4 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung ubi
-1/8 cawan tepung jagung
-1 sudu kecil garam
-350 ml air [ aku ganti santan cair ]
-100 ml santan pekat KARA [ aku guna santan fresh ]
-1/2 sudu besar air kapur

Bahan C
-200gm cendol- tapis, buangkan airnya, ambil cendolnya je
-Kelapa parut- putihnya je +sedikit garam

Cara-Caranya.
  1. Panaskan periuk kukus dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara itu kita bancuh adunan kuih.
  2. Satukan kesemua bahan2 B dlm mangkuk yg besar. Gaul sebati guna whisk.
  3. Masukkan bahan2 A ke dlm adunan B dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
  4. Masak sebentar/ sehingga naik wap, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau guna whisk.
  5. Bila dah hampir pekat, masukkan cendol yg di tapis tadi dan gaul perlahan sehingga rata cendolnya.
  6. Tutupkan api. Sementara itu, sapukan minyak di sekeliling loyang 9inci dan alaskan plastik. Sapukan sedikit minyak lagi di plastik tadi.
  7. Tuangkan adunan tadi dan ratakan. Kukus selama 30 minit.
  8. Bila dah masak, angkat loyang dan sejukkan dulu. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya. Sedap di makan bersama kelapa parut.


Kita lumur dengan kelapa pulak...

Tuesday, 26 February 2013

LEOPARD CAKE / CHEETAH CAKE FOR MY BIRTHDAY


     Salam semua... Alhamdulillah, hari ni genap la umur aku 24 tahun. So aku pun buat la sebijik kek sempena ulang tahun birthday aku ni. Untuk kek ni memang mencabar bagi aku yang baru nak mula belajar buat kek. Ye la, takut bila buat, corak dia tak sama macam kita dok berangan tu. Untuk resepi ni aku amek kat blog masam manis dari kak azlita. Thanks ya sebab ada tunjuk cara-cara buat LEOPARD CAKE / CHEETAH CAKE ni. Sebelum ni aku pun ada tengok kak yatie buat jugak. Klik sini untuk tengok kek yang dia buat. Bila ada orang lain buat dan menjadi pulak tu... Aku pun apa lagi... Kena buat jugak ni.... Huhuhu...  Mek kita tengok resepi kat bawah ni....


Bahan-Bahan

-240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
-200 gm gula caster
-100 ml susu segar atau susu cair
-3 biji telur
-250 gm tepung gandum
-16 gm baking powder
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar serbuk koko
-1 sudu teh coklat emulco
-1 sudu teh pes oren
-sedikit pewarna oren

Cara-Cara
  1. Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Satukan tepung dan baking powder , kemudian di ayak dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster. Pukul hingga adunan lembut.
  3. Masukkan telur sebijik demi sebijik. Semasa masukkan sebijik telur masukkan juga 1 sudu besar tepung. Masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung. Gaul hingga sebati.
  5. Ambil anggaran satu cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata. Kemudian masukkan dalam piping bag.
  6. Ambil anggarn 2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata. Kemudian masukkan dalam piping bag.
  7. Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna, masukkan dalam piping bag.


 KLIK SINI untuk tengok gambar cara kak azlita buat kek dia

  1. Ambil anggaran 2 sudu besar adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang ~ gambar 1
  2. Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi. Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar. Lingkaran ni terpulang lah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5 , 4 atau 3. Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.
  3. Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
  4. Lingkaran warna oren ni pun buat dalan 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.
  5. Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.
  6. Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata.
  7. Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan. Jangan kacau kuat-kuat tau.. perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.
  8. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit
  9. Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
  10. Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.


Walaupun rupa luaran dia menggerutu semacam..
Tapi dalaman tetap cun..
Cewah...


GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012


Bahan Ganache Coklat [ aku buat separuh saja ]

-300 gm krim tenusu
-30 gm sirap glukos
-500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap dan kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya

Bahan Krim Coklat

-180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
-150 ml krim putar bukan tenusu ~ ita guna Rich ( Non Dairy Whipping Cream)

Cara-Cara
  1. Putar whipping cream hingga kembang
  2. Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata

Untuk tompok-tompok tu aku guna 1/2 cawan Non Dairy Whipping Cream + sedikit warna koklat dan esen vanila. Putar hingga kental. Jangan terlalu kental nanti jadi comot macam tompok-tompok kek aku pulak.


Cara Deco Kek
  1. Kek yang telah sejuk tadi, ita buangkan lapisan atasnya yang agak keras. Kemudian ita letakkan kek tadi atas lapik kek.
  2. Macam biasa ita akan basahkan atau pancitkan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air) [ aku guna air nescafe ] di atas permukaan kek supaya kek lembab dan serbuk kek tidak menganggu proses kita melempa kek kita nanti.
  3. Ita masukkan Krim Coklat dalam piping bag dan paipkan atas kek. Kemudian letak lapisan yang seterusnya dan buatklah kaedah yang sama seperti lapisan yang pertama tadi.
  4. Bila dah siap setiap lapisan, salutkan keseluruhan kek dengan Krim dan simpan kek dalam peti ais
  5. Selepas tu bolehlah nak deco kek ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.


Jemput makan...


Sunday, 24 February 2013

Talam Cendol


  Salam semua.. Hari ni aku nak tunjuk resepi talam cendol yang aku dah try buat. Resepi ni dah lama aku simpan, tapi tak sempat nak buat. Bila dah cukup semua bahan-bahan, terus on je la. Untuk talam cendol ni aku cuma buat separuh adunan. Kat bawah ni pun aku ada sertakan resepi asal dia. Terima kasih la kepada penyumbang resepi ni dan kepada orang yang dah cuba buat. Memang sedap betul. Macam makan cendol betol cuma cendol ni dah beku.... Huhuhu... Meh kita layan resepi kat bawah ni....


Bahan-Bahan 1/2 adunan Loyang 6 x 6 (sapu minyak dan alas dengan plastik)

Lapisan bawah
-100 gm tepung beras
-125 ml santan pekat [ aku letak 100ml ]
-225 ml air [ ganti santan cair & letak 220ml ]
-1/2 sudu besar tepung jagung / tepung hoen kwe [ aku guna tepung hoon kwe ]
-75 gm gula caster
-1/2 sudu teh garam
-100 gm cendol @ 1/2 paket kecil, toskan airnya [ yang ni aku letak 200gm, nampak meriah sikit ]


Cara-Cara :
  1. Satukan semua lapisan bawah, kecuali cendol. Kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
  2. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata, perlahan-lahan supaya cendol tidak pecah.
  3. Tuang adunan kedalam loyang. Kukus selama 25 minit.
  4. Selepas masak, cakar permukaannya dengan garpu.

Lapisan Atas

Bahan A
-150 gm gula merah [ aku letak 110gm ]
-25 gm gula castor
-225 ml air
-2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
-75 gm tepung gandum
-1/2 sudu besar tepung jagung-saya tambah [ aku ganti tepung hoen kwe ]
-1 1/2 biji telur [ aku letak 1 biji telur gred A ]
-125 ml santan pekat
-1/4 sudu teh garam

Cara-cara :
  1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan sebentar.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis kedalam periuk.
  3. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja Tuang keatasl apisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.





Bahan-Bahan Loyang 10 x 10 (sapu minyak dan alas dengan plastik)

Lapisan bawah
-200 gm tepung beras
-250 ml santan pekat
-450 ml air
-1 sudu besar tepung jagung / tepung hoon kwe
-150 gm gula caster
-1 sudu teh garam
-200 gm cendol @ 1 paket kecil, toskan airnya



Cara-Cara :
  1. Satukan semua lapisan bawah, kecuali cendol. Kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
  2. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata, perlahan-lahan supaya cendol tidak pecah.
  3. Tuang adunan kedalam loyang. Kukus selama 25 minit.
  4. Selepas masak, cakar permukaannya dengan garpu.


Lapisan Atas

Bahan A
-300 gm gula merah
-50 gm gula castor
-500 ml air
-2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
-150 gm tepung gandum
-1 sudu besar tepung jagung-saya tambah
-3 biji telur
-250 ml santan pekat
-1/2 sudu teh garam

Cara-cara :
  1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan sebentar.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis kedalam periuk.
  3. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja Tuang keatasl apisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.



Saturday, 23 February 2013

Onde-Onde Labu



   Salam dan selamat pagi semua.. Hujung-hujung minggu ni boleh la tengok katun. Jadi bebudak kejap. Heheheee.... Hari ni aku nak kongsi menu ringkas yang menggunakan labu. Kali ni aku buat onde-onde labu. Untuk resepi ni aku amek kat Dapurmamasya. Tak sangka ya, labu pun boleh buat onde-onde. Memang menarik. Rasa dia boleh tahan. Ada jugak bau labu tu, tapi tak kuat sangat. Bau dia lebih kepada bau beras pulut. Alaaa... Tak kisah, janji sedap. Masuk dalam perut kenyang jugak... Huhuhuhuuu...  Moh kita tengok resepinya...





Oleh;Dapurmamasya

Bahan-Bahan

-2 cwn tepung pulut
-1 cwn labu yg dah dilenyek
-secubit garam
-gula melaka- dipotong kecil
-kelapa di kukus bersama sedikit garam

Cara-Cara
  1. Campurkan tpg pulut sedikit demi sedikit dalam bekas berisi labu.Ulikan hingga menjadi doh yg lembut.
  2. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil dan buat lubang ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
  3. Didihkan air dan masukkan doh onde-onde.
  4. Apabila timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.


Jemput makan

Friday, 22 February 2013

Kek Oreo / Oreo Cake


    Salam dan apa khabar semua... Diharapkan pakat-pakat sihat la ye... Kali ni kita layan kek yang berkrim lagi... Huhuhuhuuu..... Kali ni aku buat kek oreo. Sebenarnya kek ni aku dah buat tiga, empat hari lepas. Hari ni baru nak update kat blog ni. Resepi ni aku amek kak blog Qasey Honey. Menurut dia resepi asal kek ni untuk oreo cupcake. Tapi dah ubah jadi sebijik kek. Dia amek resepi cupcake tu kat blog Kak Azlita / Masam Manis. Tak sangka ye, dari resepi cupcake boleh jadi kek yang mabelesss... Memang mantoppp... Macam biasa laa... Kalau bab deko-deko kek ni memang kurang memuaskan, tapi tak pa hasilnya tetap sedap walaupun dekonya kurang cantik... Tok sah cakap banyak-banyak, jom kita tengok resepi & layan gambar kek aku ni....


KEK OREO
Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis
C&P: Qasey Honey, Kek Oreo

Bahan-Bahan

-250 gm butter
-1 cwn gula [ aku letak 2/3 cawan ]
-2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
-1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
-4 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya) [ aku pun ikut QH jugak ]

Cara-Cara
  1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan [ Aku pun buat macam QH guna loyang 8''].
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit ataunsehingga masak.


BUTTERCREAM

Bahan-Bahan

-80 gm mentega
-200 gm krimwell
-350 gm golden syrup [ aku letak 250gm ]

Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.



HIASAN COKLAT

Bahan-Bahan

-Coklat compound secukupnya
-sedikit susu cair [ ni aku tambah ]

Caranya
  1. Cairkan coklat dan susu cair menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya.
  3. Sejukkan kek sebelum dipotong. Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
  4. Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.


CARA MENDECO KEK

Bahan-Bahan

-Buttercream
-Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya) [ aku letak krim dia jugak ]
-air nescafe untuk direnjis atas kek [ aku tambah yang ni ]

Caranya
  1. Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
  2. Ambil kek pertama dan renjis sedikit air nescafe supaya kek lembab. Sapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi. Lapiskan dengan kek yang kedua.
  3. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
  4. Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.


Jemput makan...

Thursday, 21 February 2013

Bingka Labu


   Salam semua... Kali ni aku nak share resepi bingka labu ja. Resepi kuih ni aku amek kat sini, kat blog DTS. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan guna loyang 6x6 inci. Aku dapat labu ni 2 biji dari jiran aku. Tak la besar sangat sebab sekarang ni musim panas sangat. Air pun kurang, labu pun kurang besar jugak. Labu  ni kalau nak masak buat lauk tak larat la nak makan. Aku guna 1/3 biji labu untuk buat kuih ni. Yang selebihnya mak aku buat gulai dengan udang. Perhhh.. Memang sedap, tapi aku tak masukkan la resepi dalam blog ni sebab bukan aku yang masak... Huhuhuu... 1 biji lagi simpan untuk menu lain. Kalau ada resepi yang aku teringin nak makan aku buat la lepas ni. Kali ni kita tengok resepi bingka labu dulu yaa...



Bahan-Bahan

-230 gm labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
-250 ml santan [ aku guna 1/2 biji kelapa ]
-2 biji telur gred A
-100 gram tepung gandum
-90 gram gula halus [ aku letak 60gm ]
-1/2 camca teh esen vanilla
-1/2 camca teh garam
-Bijan secukupnya

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C,  lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2.  Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...

CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk tebal sikit, baru wangi dan sedap..



Lagi banyak hangit, lagi sedap...

Wednesday, 20 February 2013

Talam Sekoteng


   Salam kepada semua kengkawan blog yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni... Hari ni aku nak kongsi resepi kuih talam. Kali ni buat talam sekoteng. Pernah dengar sekoteng tak...? Aku pun tak pernah dengar. Yang boleh kenal pun sebab dok google kat internet la. Benda ni memang terkenal kat melaka katanya. Aku dapat sekoteng ni pun sebaba kirim kat sepupu aku masa dia pi melaka hujung tahun lepas. Aku siap bagi gambar kat dia sebab takut tak kenal pulak. Untuk talam ni aku amek kat blog cute oven, small kitchen. Klik sini kalau nak tengok resepinya... Resepi asal dari chef asma. Dia pulak rujuk kat blog am-flora. Talam sekoteng ni aku dah buat dua kali. Yang pertama kali tu kejadian dia kureng sikit. Aku pun tak boh la dalam blog ni. Kali kedua buat, alhamdulillah... Boleh dikatakan cantik la jugak... Hmmm... Meh kita tengok resepinya...



Lapis Bawah

Bahan-Bahan (1/2 adunan):loyang 6"X6"

25 gm sekoteng (rebus & toskan) (Naz guna 50 gm sekoteng-biar nampak banyak dalam lapisan ni)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
-75 gm tepung beras
-125 ml santan pekat
-225 ml air [ ganti santan cair ]
-1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
-75 gm gula kastor [ aku letak 60gm ]
-1/2 tsp garam

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

Lapis Atas

-75 gm tepung gandum
-1/2 sudu makan tepung hoen kwe putih [ ni aku tambah ]
-150 gm gula kastor [ aku letak 120 ]
-1-3 biji telur
-125 ml santan pekat
-250 ml air [ ganti santan cair ]
-1/4 tsp garam
-3/4 tsp perisa rose (Naz guna 3/4 tsp esen rose dan beberapa titis pewarna pink )
-1/3 sudu teh esen vanila [ aku tambah ]

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah. (Naz cakar sikit permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu sebelum menuang adunan ni). Kukus selama 30 minit.



Lapis Bawah

Bahan-Bahan ( resepi asal ): loyang 10"X10"X2"@3"

50 gm sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
-150 gm tepung beras
-250 ml santan pekat
-450 ml air
-1 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
-150 gm gula kastor
-1 tsp garam


CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
Lapis Atas

150 gm tepung gandum
300 gm gula kastor
5/3/2 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp perisa rose

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah. (Naz cakar sikit permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu sebelum menuang adunan ni). Kukus selama 30 minit.


Monday, 18 February 2013

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur


   Salam semua... Haaa... Dah lama aku teringin nak buak kek coklat yang tak guna telur ni. Nak tau jugak rasa macam mana. Bila dah buat, memang sedap kek ni. Berbaloi-baloi... Lepas ni sapa yang tak boleh makan telur, tengah pantang ka boleh la try buat. Resepi ni aku C&P bulat-bulat ja dari blog secubit garam. Kek ni memang betol-betol moist. Kena dengan selera aku... Tapi sapa yang tak suka pahit memang kena tambah gula sikit lagi. Lagi satu mungkin sebab aku guna serbuk koko cap van houten. Tapi bagi aku memang tak kisah sebab aku lebih suka kek coklat yang pahit sikit. Baru ada kick... dush... dushhh... Hahahaa... Rasa kek ni pun tak da bezanya dengan kek coklat yang guna telur. Rasa macam sama saja. Bagi aku la, orang lain aku tak tau la pulok.... Kena cuba dulu baru tau. Sapa yang tak da stok telur hari ni boleh la buat kek ni... Jom-jom tengok resepinya...

Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
-125 g tepung gandum [ aku guna tepung kek ]
-1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
-2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B :
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
-2 cawan susu cair/susu segar
-1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
-1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
-1 sudu besar cuka makan atau jus lemon




Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
  2. Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  4. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
  5. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega. T utupkan loyang dengan kertas foil. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
  6. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing. kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar. kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri. kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.


Simpan semalaman dalam peti sejuk....
Esoknya bila makan memang sedap...
Selamat Mencuba..

Saturday, 16 February 2013

Puteri Ayu Ungu


   Salam dan selamat petang semua... Petang ni makan apa...? Apa kata hari ni try buat puteri ayu ungu. Alaaa... Ungu tu sebab aku tukar perasa keladi ja. Kalau boh pewarna hijau pastu boh rasa keladi nanti nampak pelik pulak. Ye la, kalau kuih apa-apa pun kalau kale hijau mesti cop perasa pandan kan... Hari ni kita ubah cara sikit. Ehh... Bukan cara, tapi warna dan rasa... Heheheheee... Untuk adunan ni kalau buat boleh dapat dalam 10-12 biji kuih. Kalau nak bagi kerja cepat kan, boh adunan yang dah siap tu dalam paiping bag, pastu gunting hujung dia dan picit dalam acuan. Cepat sikit kerja. Sebelum ni aku tuang sikit-sikit dalam acuan. Dah la lambat comot pulak tu... Huihhh... Lambat la nak makan kuih ni.... Sekarang ni jom tengok resepi kat bawah ni....



Bahan-Bahan

-50gm tepung gandum
-50gm gula perang
-2 biji telur GRED C
-1/2 sudu teh ovalette
-1/2 sudu teh esen vanila
-1 sudu teh perasa keladi
-pewarna ungu
-kelapa parut + sedikit garam

Cara-Cara
  1. Panaskan pengukus dan oleskan acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa parut kedalam acuan dan tekan sedikit. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula perang, esen vanila, dan ovelette hingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan pewarna ungu. Putar hingga sebati.
  4. Masukkan adunan kedalam paiping bag. Gunting hujungnya dan picit adunan kedalan acuan.
  5. Kukus selama 5-7 minit dengan api sederhana.


Friday, 15 February 2013

Bun Wholemeal Dengan Kekacang


  Salam semua.... Hmmmm, dah lama jugak aku tak meroti. Rindu la pulak...Huhuuu... Hari ni kita makan roti sihat sikit, Bun Wholemeal Dengan Kekacang. Aku amek resepi ni kat blog kak Surainee. Resepi asal kat sini. Resepi ni aku dah olah sikit, jadi tajuk pun aku pandai-pandai jugak tukar sendiri. Harap tuan resepi ni tak marah la yee... Thehehee... Untuk resepi bun ni aku buat 1/3 daripada adunan asal. Dapat la dalam 8 biji bun yang kiut-kiut ni. Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak buat, meh kita pakat tengok resepi kat bawah ni....




Bahan-Bahan

-150 gm wholemeal flour
-50 gm tepung roti
-80-90 ml air sejuk
-10 gm telur [ guna gred c, pukul sedikit dan sukat ]
-1/2 sudu makan mentega
-1/2 sudu makan susu tepung
-1 sudu makan gula perang
-1 sudu teh yis + 2 sudu makan air suam + sedikit tepung dan gula. Satukan dan biar berbuih.
-1/3 sudu teh bread improver
-1/3 sudu teh bread softener

Kekacang

-1 sudu makan biji kuaci
-1 sudu makan biji kuaci hijau
-1 sudu makan walnut*
-1 sudu makan kacang pistachio*dihancurkan

Bahan glis dan hiasan

-lebihan telur + 1 sudu teh madu
-bijan hitam

Cara-Cara
  1.  Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali kekacang dan mentega. Uli hingga sebati selama 10 minit. Kemudian masukkan mentega dan terus uli lagi.
  2. Masukkan kekacang dan gaul rata. Biarkan doh naik selama 40minit hingga 1 jam atau doh naik dua kali ganda.
  3. Keluarkan doh dan tumbuh untuk membuang udara. Bahagikan adunan kepada 8 bahagian (ikut suka) dan rehatkan kembali selama 20-30 minit.
  4. Sapu bahan glis dan tabur bijan hitam.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 160c [ ikut oven masing-masing ] selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Sebaik sahaja diangkat, sapukan sedikit butter agar nampak berkilat dan lembut.



Cubit la rasa sikit..
Mmmm...

Thursday, 14 February 2013

Bahulu Senyum


   Salam dan selamat pagi semua... Hari ni aku nak kongsi resepi yang aku dah buat, bahulu senyum. Bahulu ni memang sedap dan gebu. Tak rugi untuk dicuba. Sesuai jugak buat menu minum petang. Tapi untuk bahulu ni aku buat semalam untuk sarapan pagi la. Bahulu aku ni dia senyum tak berapa cantik sangat. Tak pa la janji ada jugak senyumnya. Kalau dia tak senyum, sedih aku. Jadilah bahulu moncong. Hahahaaa.... Lawak di pagi hari... Kat bawah ni resepi untuk separuh adunan. Nak buat bebanyak pun takut tak habis. Nanti membazir la pulak. Resepi ni aku cuma oter sikit ja.. Harap-harap tuan resepi ni tak marah la. Meh tengok resepi kat bawah ni.


Resepi : Penulis Novel Ainin Naufal (Majalah Jelita Mei 2011)


Bahan-Bahan

-1/2 cawan gula perang [ resepi asal guna gula halus ]
-2/3 cawan tepung gandum
-1/2 camca teh serbuk penaik (baking powder)
-1/2 camca besar ovalet
-1 biji telur, disejukkan (dari petiais)
-1/3  cawan susu segar
-1  camca teh esen vanila
-1/2 camca besar coklat emulco
-1/2 camca besar pes strawberry
-1/2 camca besar pes pandan

Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan (kecuali bahan perasa) dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga adunan putih.
  2. Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Campurkan coklat emulco pada satu bahagian. Bahagian kedua dicampurkan dengan pes strawberry & bahagian ketiga pes pandan.
  3. Panaskan periuk pengukus anda. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. Paipkan ketiga2 adunan ke dalam cawan kertas sehingga memenuhi ¾ ketinggian cawan kertas.
  4. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
  5. Sejukkan dan sedia dihidangkan.


Senyum jangan tak senyum..
: )

Wednesday, 13 February 2013

Kek Chiffon Pandan


   Salam semua... Petang-petang gini kalau makan kek chiffon padan best jugak kan... Kek ni memang sesuai kalau buat menu untuk minum petang. Sebabnya senang nak buat.. Lagi satu kek ni tak la berlemak. Sesuai la untuk yang nak jaga badan. Makan banyak keping pun takpa. Tapi tak kenyang sebab kek ni ringan, macam kapas. Kalau buat satu biji, kadang-kadang tak sampai satu hari terus habis sebab banyak permintaan. Sapa-sapa yang nak try buat, boleh la tengok resepi yang kat bawah ni.... Jom-jom...


Bahan-Bahan

Bahan A
-90gm tepung kek
-1 sudu teh baking powder
-5 biji kunining telur
-30gm gula kastor
-80gm santan
-40gm minyak jagung
-1 1/2 sudu teh pandan paste
-1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
-5 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar
-70gm gula kaster



Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ]
  2. Satukan tepung kek bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan pandan paste, santan dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental.
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.
  9. Sedia dinikmati...


Memang gebu dan lembut....
Seperti menggigit kapas...
Ohh hoiii...

Tuesday, 12 February 2013

Purple Ombre Cake


    Salam semua... Semenjak dua menjak ni aku asyik dok buat kek yang ada krim-krim je la... Kena selalu bersenam la lepas ni untuk membuang lemak-lemak yang berlebihan. Huhuhuu.... Kali ni aku buat Purple Ombre Cake. Kek ni aku buat dua hari lepas. Malam ni baru nak update Resepi ni aku amek kat blog ABM. Dia buat Blue Ombre Cake. Aku just tukar kale jadi purple. Lagipun kale ong untuk tahun ni kan purple. So, kita buat la kale purple... Heheheee... Kek ni pun aku buat sebab nak test oven aku sama ada boleh bakar kek guna dua loyang sekali gus atau tak. Jimat la masa nak meng''rainbow''kan kek lepas ni.... Bab deko-deko kek ni memang kelemahan aku. Memang tak sekata. Ni nasib baik tak berapa comot. Hahahaa.... Jom tengok resepi kat bawah ni...


BAHAN BAHAN (18cm loyang) [ aku guna 2 loyang 8 inci ]

Bahan Kek
-350g tepung naik sendiri - diayak (atau tepung gandum+1 sudu besar baking powder)
-1/2 sudu kecil garam (kalau pakai salted butter, skip)
-230 butter (kalau boleh pakai unsalted) - di suhu bilik
-300g gula kastor [ aku letak 200gm ]
-4 biji telur
-2 sudu kecil esen vanilla
-240ml susu segar (ABM guna buttermilk) [ aku pun guna buttermilk ]
-pewarna ungu

Cara-Cara
  1. Panaskan oven 180c.[ Oven aku 150c 
  2. Pukul butter sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang. Lebih kurang 2-3 minit.
  3. Masukkan telur satu demi satu sementara memukul adunan. Masukkan pula esen vanilla dan pukul sebati.
  4. Gunakan speed rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar/buttermilk. tepung-susu-tepung-susu-tepung. Jangan overmix adunan.
  5. Bahagikan adunan sebanyak 4 bahagian. Masukkan pewarna. Pastikan ada kelainan setiap adunan untuk menampakkan "ombre". Masukkan didalam loyang.
  6. Bakar setiap lapisan selama 20-25 minit. Buat sehingga siap.[ Kalau oven besar bakar 2 lapis sekali gus, jimat masa ]
  7. Sejukkan dulu barulah di frosting.



Bahan Frosting

-400ml whipping cream
-100g cream cheese
-3-4 sudu besar gula
-pewarna ungu

Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sehingga berkrim. Masukkan gula dan pukul sebati.
  2. Masukkan pula whipping cream dan pukul sehingga kental. Jangan overmix juga.
  3. Bahagikan kepada beberapa warna.
  4. Hias kek ikut keinginan masing2.


Selamat mencuba...

Bingka Suji Warisan


  Salam semua. Hari ni kita layan kuih bingka suji pulak. Aku buat kuih ni pun sebab tepung suji ada banyak lagi. Tak tau nak masak apa. Aku pun try buat bingka suji ni la. Memang sedap. Ada rasa lemak-lemak walaupun tak guna santan. Untuk resepi ni macam besa la, aku buat separuh adunan saja. Kalau nak tengok resepi asal, klik sini dari blog DTS. Kalau ada yang nak buat separuh adunan macam aku, jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan 1/2 adunan loyang bulat 7 inci

-75 gram suji @ semolina
-70 gram gula halus
-60 gram susu cair carnation
-50 gram susu pekat manis
-40 gram tepung gandum
-280 ml air
-1/2 camca teh pewarna kuning
-1 biji telur  gred A
-1/8 camca teh garam
-1/2 camca teh esen vanilla
-60 gram mentega
-Bijan untuk ditabur

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang bulat 7 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti. Lenser juga aluminium foil tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur. T uang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata. Tuang susu cair, air dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat. Padamkan api. Masukkan mentega dan esen vanilla. Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata2 atasnya. Bakar selama 45 - 50 minit. Kemudian bakar 5 - 7 minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi. Biar kuih betul2 sejuk, baru potong dan hidangkan..


Bila tengok bijan hitam tu nampak macam kuih hangit la pulak...
Huhhuuu..



Jom makan...

Sunday, 10 February 2013

mandarin swiss roll


   Salam dan selamat tahun baru cina kepada semua yang menyambutnya... Sempena tahun baru cina ni aku amek kesempatan buat swiss roll. Itu saja yang aku mamapu buat. Hhhahahaaa... Untuk kali ni aku buat swiss roll mandarin. Swiss roll ni aku buat semalam. Sebenarnya tak bercadang pun nak buat. Tapi alang-alang hari ni sambut tahun baru cina, buat je la. Kita kan 1 Malaysia... Untuk resepi swiss roll ni aku cuma guna resepi swiss roll strawberr. Klik kat sini kalau nak tengok. Cuma tukar kaler, filling dan corak buah  je. Kalau buat buah tangan masa nak melawat rumah terbuka kengkawan yang menyambut tahun baru cina pun ok jugak. Nampak comel kan. Jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan A
-3 biji kuning telur
-75gm gula kaster
-50ml susu cair
-40ml minyak jagung / minyak masak
-80gm tepung gandum - ayak
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
-3 biji putih telur
-2 sudu teh gula kaster
-1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
-Pewarna oren (limau) hijau (daun) dan  coklat ( batang )

Filling
-Isi limau mandarin dalam tin secukupnya [ lap dengan tisu untuk buang jusnya ]
-200ml dairy cream
-1 sudu makan gula kaster
-1/2 sudu teh perasa oren

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
  1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna oren) 1 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau) dan 1/2 sudu besar ( tambah pewarna coklat ). Masukkan ketiga-tiga adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang yang telah dialas baking paper dan disapu sedikit mentega dengan bentuk limau mandarin, batang dan daun.
  4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
  5. Tuang baki adunan ke atas motif limau mandarin. Ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.
  7. Untuk filling, pukul dairy cream, gula kaster dan  perasa oren hingga kental [ jangan terlebih pukul ]. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan
  8. Untuk menggulung kek, terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif limau mandarin kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan atur isi limau mandarin di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.







Gong Xi Fa Cai...
Jom pi kutip angpau...