Wednesday, 31 July 2013

Fancy Ice-Cream Cookies



   Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni baru sempat buat biskut raya. Dua tiga hari lepas kalut dengan kek lapis. Ni pun baru start buat sejenis ja. Tak tau nak buat biskut apa... Kalau cari kat google macam-macam resepi ada... Biskut ni pun aku dah lama tak makan. Dulu selalu jugak beli. Tapi la ni dah pandai sikit-sikit buat biskut apa salahnya tahun ni try buat sendiri. Huhuhuu...  Biskut yang aku buat ni pun bukan cantik sangat. Ye la, kalau bab-bab nak mencantikkan biskut ni aku tak berapa pandai. Tapi kalau tengok dari hasil air tangan aku sendiri ni, rasa puas hati jugak la... Sebab buat sendiri... Kalau beli kompem aku komplen kata tak cantik... Heheheee... Ok la sampai kat sini dulu la... Byeee.... Oh ya, thanks ya kepada penyumbang resepi ni sebab sudi berkongsi....


FANCY ICE-CREAM COOKIES
By: Ida


Bahan-Bahan

-130gm butter
-60gm gula icing
-160gm tepung gandum
-30gm tepung jagung
-20gm tepung ubi
-1/4 sudu teh baking powder
-20gm serbuk badam
-Sdkt vanilla essence
-1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
-Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-Cara
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  2. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam.
  3. Gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
  5. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.
  6. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
  7. Hias biskut ikut creativiti anda.




Selamat Mencuba...


Tuesday, 30 July 2013

Muffin Pisang



    Assalamualaikum.... Hari ni aku benti kejap buat kek lapis... Memang penat sungguh... Ye la, kena tunggu depan oven yang panas tu dekat 2 hingga 3 jam... Boleh berpeluh-peluh jadinya... Bukan boleh ralit sikit atau pi buat kerja lain. Takut nanti terhangit la pulak kek lapis tu... Ok lah... Hari ni kita layan muffin pisang yang kelihatan sedap dan mengiurkan ni... Sangat moist bila tengok rupanya... Belom rasa lagi... Mesti sedap punya... Kena tunggu waktu berbuka nanti la yeee... Heheheee... Buat mufffin ni pun senang, cuma campur-campur bahan. Dah la tu cepat pulak siap. Dalam 30-40 minit dah keluar dari oven. Bau dia jangan nak kata la... Boleh buat terliur bila dah dekat dengan waktu nak berbuka ni... Resepi ni aku amek kat AlongRos... So, kalau ada yang nak buat muffin pisang boleh la tengok resepi kat bawah ni....





Bilangan: 1 dozen


BAHAN2:

-170g Pisang Masak Ranum - lecek [ aku guna pisang emas ]
-3/4 cwn Gula [ aku letak 1/2 cawan gula perang ]
-1 bj Telur - pukul sedikit
-1/3 c w n Mentega - cairkan
-1 st Baking Pow der*
-1 st Bic Soda*
-1/2 st Garam*
-1 1/2 c w n Tepung Gandum* (* ayak)
-almond nibs untuk hiasan [ aku tambah ]

CARA2:
  1. Campurkan pisang lecek & gula sehingga sebati. Masukkan telur, mentega sambil di kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan campuran tepung* & gaul balik sehingga rata.
  2. Sudukan ke dalam cawan muffins. Tabur almond nibs di atasnya. Bakar 180C selama 20-25 minit sehingga masak.





Yang ni masih dalam oven...




Monday, 29 July 2013

Kek Lapis Oreo



      Assalamualaikum semua.... Kali ni aku berjaya buat satu lagi kek lapis untuk hari raya nanti. Aku try buat kek lapis oreo pulak... Resepi ni pun aku copy dari Bro Rozzan jugak. Jumpa resepi ni pun masa dok tengok resepi kek lapis chocolate peppermint.  Untuk kek lapis oreo ni aku cuma ubah sikit-sikit ikut selera tekak aku ni... Huhuhuu... Lagipun aku cuma buat separuh adunan ja... Bila buat separuh adunan ni nampak kurang tinggi sikit... Tapi tak apa la, janji ada nampak lapis-lapis tu... Masa bakar kek ni pun dugaan sungguh la sebab bau biskut oreo tu sedap sangat.. Wangi ja... Dah la bakar waktu petang... Lagi la terliur... Bulan-bulan posa ni semua bau sedap... So, kalau ada yang teringin nak buat resepi kek lapis oreo ni boleh la tengok resepi kat bawah. Kalau nak cuba resepi asal boleh la klik kat link di bawah tu...





KEK LAPIS OREO
C&P : Bro Rozzan


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 6''x6'' ]

-5 biji telur (saiz besar)
-250 gm mentega
-100 gm gula halus
-150 gm susu manis
-50 gm keju cheddar, diparut (optional) [ tak letak ]
-25gm horlicks
-25gm santan serbuk (peket)
-50 gm biskut Marie (ditumbuk halus) [ aku kisar hingga halus dan ayak ]
-90 gm tpg Hong Kong
- pewarna merah + perisa strawberry
-pewarna kuning + esen vanila
-pewarna ungu + blueberry paste
-secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)


Cara:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
  3. Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
  4. Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian: 1 bahagian dibubuh pewarna ungu & blueberry paste, 1 bahagian dibubuh pewarna merah & perisa strawberry, 1 bahagian dibubuh pewarna kuning & esen vanila.
  6. Sediakan loyang persegi empat berukuran 6" x 6" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
  7. Ambil 3 sudumakan adunan berwarna merah dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
  8. Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 3 sudu makan adunan merah juga dan bubuh di atas lapisan pertama tadi. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
  9. Selepas itu, ambil 3 sudu makan adunan kuning dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit). Letak 3 sudu makan adunan kuning sekali lagi. Bakar sehingga masak dan ulang proses yang sama untuk adunan ungu.
  10. Bakarlah sehingga adunan selesai.


Nota:
  1. Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
  2. Anda boleh tiadakan keju parut.
  3. Anda boleh gunakan sepenuhnya 50 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.




Selamat melapis kek di bulan puasa...



Sunday, 28 July 2013

Kek Lapis Chocolate Peppermint



      Assalamualaikum semua.... Halooo... Ada yang rindu kat aku lagi ka...? Ye la, dah lama jugak  aku tak menghapdate blog ni... Ada ka yang mai melawat.... Hmmmm... Biasa la sibok... Pastu tak berapa sihat pulak... Tu yang payah nak update blog aku ni... Aku cuma sempat jejalan kat blog kengkawan yang lain ja... Tu pun kejap-kejap ja. Timbulnya aku petang ni pun sebab nak share resepi kek lapis yang aku buat pepagi buta tadi. Siap ni pun masa waktu sahur. Elok siap ja terus sambug sahur... Resepi ni aku copy dari Bro Rozzan. Tima kasih ya sebab sudi share resepi ni... Sebelum tu ada jugak nampak che mat gebu buat. Tapi resepi yang dia buat guna banyak sangak telur. Hmmmm... Lain kali la cuba ya... Hehehehee... Kalau ada yang sanggup buat bleh klik kat link ni... Rasa kek ni pun boleh tahan... Ala-ala ais krim pun ada.. Harus dicuba sebab lain dari yang lain... Jom pakat melapis kek...







KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT
C&P : Bro Rozzan


Bahan-Bahan:

-300 gm mentega [ aku guna unsalted butter cap scs ]
-120 gm gula halus [ aku letak 60gm ]
-6 biji telur (saiz besar)
-80 gm sekaya
-250 g susu pekat manis
-80 g Horlicks
-2 sudu teh esen peppermint [ aku letak 1 sudu teh saja ]
-2 sudu besar serbuk koko }
-1/2 sudu the esen vanilla }
-3 sudu besar air panas } … dicampurkan & dijadikan pes cokelat
-secukup pewarna hijau (saya gunakan yg serbuk) [ aku guna pewarna biru ]
-160 gm tepung HongKong (atau tepung kek)
-loyang berukuran 7” x 7” [ aku guna loyang 6x6 ] (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang)


Cara :
  1. Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)
  3. Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)
  4. Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian: 1 bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna biru. 1 bahagian lagi dibubuh pes cokelat.
  6. Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 3 sudu makan adunan cokelat ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.
  7. Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Dan masukkan lagi 3 sudu makan adunan cokelat. Bakar sehingga masak (6-7 minit). Keluarkan dari oven dan tekan sedikit dengan penekan kek lapis.
  8. Kemudian bubuh pula 3 sudu makan aduna peppermint/biru dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit) dan ulang sekali lagi untuk adunan peppermint/biru sehingga menjadi dua lapis.  Bakarlah berselang-seli warna cokelat dan biru sehingga selesai semua adunan.




Selamat mencuba..



Thursday, 18 July 2013

Puding Karamel



    Salam semua... Hari ni menu berbuka aku puding karamel. Puding ni memeng antara puding yang top la kalau masa musim puasa ni. Tambah-tambah lagi makan waktu cuaca panas.. Memang mengasyikkan la... Sepotong pun tak cukup... Aku ni pun dah kecur air liur masa nak amek gambar puding ni. Satu ja masalah puding ni, tiap kali buat kompem ada lubang-lubang kat dalam puding tu bila kita potong. Tu pun aku dah ikut step yang betul. Tapi tak pa la kan, janji puding ni menjadi... Ok lah... Jom kita layan resepi kat bawah ni...



Bahan-Bahan

Bahan Karamel
-3 sudu besar gula kastor


Bahan Puding
-4 biji telur Gred A
-1 tin susu cair
-4 sudu besar susu pekat manis
-1 sudu teh tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila


Cara-Cara
  1. Buat karamel dalam loyang dengan menghanguskan gula hingga bertukar warna perang. Gerak-gerakkan loyang supaya karamel sekata. Jangan hanguskan terlalu lama, nanti rasa pahit. Sekadar gula cair dan bertukar warna perang. Biar sejuk, ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan puding dan kacau dengan whisk. Kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih.
  3. Tapis adunan puding tadi kedalam loyang karamel.
  4. Masak secara ''water bath'' selama 40-50 minit atau sehingga masa pada suhu 150C. Tutup loyang dengan aluminium foil. Boleh juga dikukus.
  5. Setelah masak, sejukkan dahulu baru di masukkan kedalam peti sejuk.
  6. Terbalikkan dalam pinggan dan potong. Sedap dinikmati ketika sejuk.




Slruppp...

Wednesday, 17 July 2013

Kuih Sagu



   Assalamualaikum dan selamat petang... Hari ni menu berbuka aku serba ringkas saja. Orang bujang macam aku ni pun kompen boleh buat punya... Menunya ialah kuih sagu. Memang simple, tapi rasanya sedap. Kenyal-kenyal lembut gitu... Disalut pula dengan parutan kelapa yang lemak-lemak masin... Mmmmm... Ditambah pula dengan haruman sirap rose yang menusuk kalbu... Perhhhh ayat... Godaan puasa punya pasal la ni. Huhuhuuu... Resepi ni aku copy dari kak wan. Ok lah, jom lihat resepi kat bawah ni... Jom-jom...





C&P : Kak wan

Bahan-bahan

-1 cawan sagu halus
-2 1/2 cawan air
-1/2 cawan gula pasir
-1/2 sudu besar sirap rose
-2 helai daun pandan - di simpul
-1/2 cawan kelapa parut + sedikit garam (kukus sebentar)

Cara-cara :
  1. Siram sagu dengan air dan toskan.
  2. Masak air hingga mendidih, masukkan sagu kacau supaya tidak berketul.
  3. Kacau hingga sagu separuh masak. Masukkan daun pandan, gula dan pewarna, kacau hingga sagu menjadi likat. Keluarkan daun pandan.
  4. Masukkan ke dalam acuan / loyang yang di basahkan terlebih dahulu. Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi jernih.
  5. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih supaya senang di potong.
  6. Potong dan gaulkan dengan kelapa parut.



Kenyal-kenyal kuih ni...



Monday, 15 July 2013

Kuih Lompang Jagung



   Assalamualaikum dan selamat petang... Hari ni aku buat kuih lompang, lompang jagung... Kalau tengok hari ni, ramai kengkawan blog yang lain buat menu yang berasaskan jagung. Aku pun tak mau ketinggalan jugak la untuk buat menu yang guna jagung nih. Aku rasa best sangat buat lompang ni sebab dah lama aku dok buat lompang, ni la kali ke-3 jadi lubang kat tengah-tengah tu. Syok sangat... Alhamdulillah, berkat bulan ramadan kot. Kuih lompang ni aku buat separuh adunan saja dari resepi asal... Dapat la dalam 11 biji... Kira cukup la untuk kami sekeluarga tiga beranak... Bau kuih lompang ni pun dah tak tahan... Sabar-sabar kejap lagi dah nak berbuka... Ok la, jom kita layan resepi kat bawah ni...






Bahan-bahan: [ 1/2 adunan ]

-1/2 + 1/8 cawan tepung beras
-1 1/8 cawan jus jagung (kisar 1 tongkol jagung dengan air)
-1/4 + 1/8 cawan gula
-Beberapa titis perisa jagung
-Sedikit kapur makan (campur dengan sedikir air)
-Kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam


Cara-cara:
  1. Kisar jagung dengan air. Jadikan 1 1/8 cawan jus.
  2. Campurkan tepung, gula dan jus jagung. Masukkan kapur makan. Kacau hingga larut dan tapiskan.
  3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
  4. Oleskan acuan lompang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan dan kukus kira-kira 10 minit.
  5. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.




Selamat Berbuka Puasa...




Sunday, 14 July 2013

Kuih Kaswi Labu




  Assalamualaikum semua... Hari ni baru aku start buat kuih.. Hari-hari lain makan kuih dari bazar ramadan ja... Mood kurang rajin masa awal-awal bulan posa... Bukan malas, tapi kurang rajin... Huhuhuuu... Hari ni aku buat kuih yang simple dah mudah. Kuih kaswi, tapi letak labu... Menarikkan.. Bau pun ada wangi manis labu... Rasa belom tau lagi, tapi mesti sedap... Resepi ni aku buat separuh adunan dari resepi kat bawah ni dan guna loyang 6x6 inci. kalau buat banyak-banyak nanti membazir la pulok... Berdosa nanti... Ok la, dah kurang satu jam lagi nak berbuka... Sebelom tu, jom tengok resepi kat bawah dulu...







KUIH KASWI LABU KUNING
resepi : kak Fida
sumbe r: kak Am
C&P : izah daut


BAHAN (*sukatan separuh dari resepi asal) [ aku buat separuh lagi daripada ni ]

-250gm labu -dikukus
-250gm gula pasir- izah letak 200gm [ aku ikut cara kak izah ]
-250ml santan
-150gm tepung ubi - izah letak 100gm [ aku ikut sukatan asal ]
-150gm tepung gandum - izah letak 200gm [ aku ikut sukatan asal ]
-25g tepung jagung
-350ml air
-1sk garam
-3 helai daun pandan
-1sk air kapur
-1sk pewarna kuning - izah tak letak [ aku pun tak letak ]
-1sk vanilla - izah tak letak [ ni pun tak letak ]
-kelapa parut (putih)

CARA-CARA
  1. Labu dikukus dulu dan dilecek
  2. Santan, gula, garam & daun pandan dimasak hingga larut
  3. Bancuh tepung2 dgn air & tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain & ditapis
  4. Dikacau rata dan tuang dlm loyang atau bekas2 kecil yg disukai
  5. Kukus hingga masak (lbh kurang dlm 1/2 jam tapi kalau acuan kecik kurang sikit)
  6. Kaswi dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sdkt garam.



Bila pegang terasa kenyal-kenyal...
Tak sabar nak rasa..

Thursday, 11 July 2013

Kek Keju Puding Karamel



   Assalamualaikum semua... Menu apa untuk berbuka hari ni....? Aku buat menu sepesel sikit hari ni. Gabungan antara cotton soft japanese cheesecake dengan puding karamel.. Maka, terjadi la kek keju puding karamel ni... Nama tu aku pandai-pandai letak sendiri... Mantap tak kek ni...? Tak pun dah ada yang meleleh air liur... Huhuhuhuuu... Sabar, sabar... Dah tak lambat dah nak berbuka ni... Mula-mula nak buat kek puding karamel yang biasa tu, tapi ingatkan ni bulan puasa tu yang buat cara ni. Kalau hari tak puasa tu selalu dah buat yang biasa tu. Tapi tak teringat pulak nak buat yang cara cheesecake ni... Ok la.. Sapa yang ada nak buat kek ni untuk berbuka puasa, boleh la tengok resepi kat bawah ni...






Bahan-Bahan [ loyang 8x8 ]

Bahan karamel
-60 gm gula kastor

Bahan puding
-3 biji telur
-1 tin susu cair
-60 gm gula kastor
-1/2 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan  kek

Bahan A
-250gm cream cheese
-80gm tepung kek
-20gm tepung jagung
-6 biji kuning telur
-50gm butter
-100ml susu segar
-1 sudu besar jus lemon
-1/4 sudu kecil garam [ tak letak ]

Bahan B

-140gm gula
-6 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C

-pewarna pink ( perisa strawberry )
-pewarna biru ( perisa vanila )
-pewarna ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
  1. Bahan Karamel : Buat karamel dalam loyang 8x8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Bahan Puding : Campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi.
  3. Bahan Kek : Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  4. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati dengan whisk.
  5. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi bertanduk.
  6. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati.
  7. Bahagi kepada tiga bahagian sama banyak dan masukkan pewarna dan perasa.
  8. Senduk satu adunan dan tuang diatas adunan puding tadi pada bahagian tengah. Sentiasa letakkan adunan kek di tengah-tengah. Buat dengan warna lain sehingga habis.
  9. Masak menggunakan kaedah " Water Bath " iaitu loyang kek di masukkan kedalam loyang yang lebih besar kemudian masukkan air. Bakar selama 1 jam pada 150C [ ikut oven masing-masing ]. 50 minit pertama api bawah sahaja, 10 minit terakhir api atas dan bawah.
  10. Setelah masak buka pintu oven sedikit dan biar kek dalam oven lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkanya. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum dihidangkan....




Mesti sejuk tekak...
Aduhhh...
Tak sabarnya nak rasa...


Tuesday, 9 July 2013

Black Forest Cake & Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434 Hijrah



    Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan bagi umat islam kat seluruh dunia ni. Sebelum start puasa, aku pun ada buat sebijik kek untuk makan-makan dengan keluarga aku. Tak sangka pulak kak aku yang nombor dua ni balik kampung untuk sambut puasa kat sini. Meriah la sikit sebab ada anak-anak buah aku ni. Kek ni pun aku buat atas permintaan anak buahku yang hero sorang tu. Yang tu makan apa pun tak kisah... Senang nak bagi makan. Aku pun tak ada idea nak buat kek yang berkrim ni. Nak buat yang buttercream tu, jemu la pulak. Tapi bila dok ingat-ingat balik, dalam peti ais tu ada lebihan fresh cream lagi dalam 2 cawan macam tu. So, baik habiskan sebelom bulan puasa ni. Kalau bulan puasa mungkin kek yang ada krim ni payah sikit nak habis... Untuk kek ni aku buat adunan dua kali ganda dan guna loyang bulat 8 inci. Tak sangka pulak kek ni jadi tinggi. Apa-apa pun memang sedap rasa kek ni. Tak rugi untuk dicuba oleh rakan-rakan blog. Terima kasih kepada penyumbang resepi dan kepada yang dah share resepi ni... Jom tengok resepi kat bawah nihhh... Selamat berbuasa... Jangan ponteng-ponteng kecuali yang uzur tau.... Huhuhuu...





Resepi Chocolate Sponge Cake
By : Juwita@Juwita Faris and Family
C&P : QH
( 2 Loyang Kek 8 inci sebab resepi ni dua kali ganda dari resepi asal )

BAHAN A:
-6 biji kuning telur
-200 gram gula castor
-240 gram tepung kek
-100 ml minyak masak
-2 sudu kecil esen vanila
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.





BAHAN B:

-60 gram serbuk koko Van Houtan
-240 ml air panas

Cara-cara:
  1. Satukan bahan B.
  2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
  3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan





BAHAN C:

-6biji putih telur
-120gram gula castor
-1/2 sudu kecil cream of tar tar
- Loyang kek 8 inci 2 biji

Cara-cara:
  1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
  5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
  6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
  7. Bahagi adunan sama banyak kepada dua bahagian dan masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar sekali gus.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak [ aku bakar 40 minit pada suhu 150C ].
  9. Sejukkan di atas redai.







CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

-Non Dairy Whip Cream [ aku guna 2 cawan ]
-Satu tin dark sweet cherry
-Buah cherry bertangkai secukupnya
-Coklat compound [ diparut ]
-Coklat rice

Cara-cara:
  1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 2 lapis. So, anda akan dapat 4 keping kek. Toskan dark sweet cherry dan simpan jusnya. Potong cerry tersebut kecil-kecil.
  2. Pukul non dairy whip cream hingga kental, ringan dan gebu. Jangan sampai terlebih pukul.
  3. Letak sekeping kek atas papan kek dan renjis sedikit jus dark sweet cherry. Sapu fresh cream bagi rata, pastu susun dark sweet cherry secara rawak.
  4. Letakkan lapisan kek kedua di atasnya. Ulang proses yang sama seperti di no. 3 untuk lapisan berikutnya.
  5. Selepas tutup dengan lapisan keempat kek, sapu fresh cream di seluruh kek.
  6. Pastu boleh la deco ikut kemahiran sendiri..



Anak-anak buahku yang tak sabar nak ngap...
Nyamm... Nyammm...

Sunday, 7 July 2013

Kek Kiwi Fresh Cream



   Assalamualaikum kengkawan blog semua... Sihat ka..? Tak ada ayat lain aku nak tanya... Huhuhuuu.... Kali ni kembali dengan kek buah kiwi pulak. Resepi dia sama macam Strawberry Shortcake (Japanese-style). Sebab tak puas makan yang hari tu, aku buat sekali lagi. Cuma yang ni guna buah kiwi fresh. Resepi ni pun aku amek kat dapur ZACK ZACHOES. Yang bezanya kali ni aku bakar secara berasingan dan guna loyang bulat 6 inci.  Aku bakar sekali gus ni pun sebab tak nak potong kek kepada tiga bahagian. Kalau ikut pada pengalaman aku, memang tak sama tebal kek yang aku potong. Kalau nak selamat baik bakar secara berasingan, tapi kena bakar sekali gus... Lagi satu, aku tukar guna loyang 6 inci sebab nak bagi kek nampak tinggi... Oklah... Jom tengok resepi kat bawah ni....







C&P : ZACK ZACHOES

Bahan-Bahan

-4 biji telur Gred A
-120g gula kastor/gula halus
-80g tepung kek@tepung superfine
-20g tepung jagung
-1/4st baking powder
-40ml@40g susu segar + 1st esen vanila [ 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st ]
-esen vanila
-40g butter, dicairkan


Hiasan:
-300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
-4-5 biji buah kiwi, dihiris
-Glis/glaze untuk buah-buahan


Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. [ oven aku 150c ]
  2. Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8")[ aku guna 3 biji loyang bulat 6'' ] dengan baking paper. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).
  4. Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.
  5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berselingselikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
  6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan. [ aku guna loyang bulat 6'' sebab nak bagi kek nampak tinggi. Bahagi sama banyak dan bakar serentak pada suhu 150c selama 15-20 minit atau kek masak. Cara ni untuk oven yang luas sahaja ]
  8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
  9. Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong) [ kalau sapa ikut cara aku, boleh skip part ni ].
  10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan kiwi secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.
  11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan kiwi.
  12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun  buah  kiwi di atas kek. Sapu glis/glaze buah-buahan pada kiwi untuk mengilatkannya dan mengelaknya teroksida menjadi perang.
  13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.




Cuba, jangan tak cuba...



Friday, 5 July 2013

Cotton Soft Japanese Cheesecake With Blueberry Topping




   Salam jumaat semua... Kali ni layan cheesecake lagi... Cheesecake yang gebu dan lembut gitu... Sebelom ni pernah buat kat sini. Tapi tak berapa nak menjadi sebab first time buat. Tak pandai lagi... Sekarang ni boleh la sikit-sikit. Nak kata teror tu idok la pulak... Kali ni aku buat separuh adunan saja. Pastu topping dia aku letak blueberry. Bagi nampak menarik sikit.... Resepi asal dari almaMyR. Sapa-sapa yang nak cuba boleh la tengok resepi kat bawah ni...



Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 7'' ]

Bahan A
-125gm cream cheese
-40gm tepung kek
-10gm tepung jagung
-3 biji kuning telur
-25gm butter
-50ml susu segar [ aku guna susu cair ]
-1/2 sudu besar jus lemon
-1/8 sudu kecil garam [ tak letak ]


Bahan B

-70gm gula
-3 biji putih telur
-1/8 sudu teh cream of tartar


Cara-Cara
  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  2. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati dengan whisk.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi bertanduk.
  4. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang kek berukuran 7 inci yang  telah digris dan disalut dengan baking paper.
  6. Bakar kek guna teknik water bath selama 40-45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160c dengan menggunakan api bawah sahaja [ aku bakar api atas dan bawah pada suhu 140c selama 50 minit ]. 
  7. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama setengah jam sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi dan turun sedikit di atas.




Blueberry Topping

Bahan-Bahan

-1 sudu teh tepung jagung
-3 sudu besar air
-60gm jem blueberry
-60gm buah blueberry

Cara-Cara
  1. Satukan tepung jagung dan air dalam periuk. Masak dengan api sederhan hingga pekat.
  2. Masukkan jem blueberry dan kacau rata.
  3. Sejukkan seketika dan masukkan buah blueberry dan gaul sebati.
  4. Tuang atas kek yang telah sejuk tadi.




Makan sejuk-sejuk baru sedap...
Omnomm.. Nooomm..



Wednesday, 3 July 2013

Strawberry Shortcake (Japanese-style)



   Assalamualaikum.... Hari ni kita layan kek buah strawberry yang sungguh menggoda ni... Tergoda tak...? Heheheee... Buat kek ni sebab nak habiskan buah strawberry yang aku pesan masa kak aku balik kampung hari tu... Paham-paham la, kat sini payah nak dapat yang besar-besar macam dalam gambar kat atas tu. Memang puas aku makan. Buah ni bukan yang yang tempatan punya, tapi yang import. Tu yang saiz dia dua tiga kali ganda kalau nak bandingkan yang kat cameron highland tu.... Pasal kek ni pulak memang sedap. Dah la gebu, lembut bak sutera pulak tu.... Huhuhuuu... Bila nak potong buat display untuk amek gambar pun payah sikit, sebab berat buah atas kek tu. Dah la kek lembut, nak terpeleot jadinya... Heheheee.... Cara nak buat kek pun tak sama macam kek span biasa. Sebab tu la kek ni lembut lain sikit... Untuk deconya aku buat besa-besa ja. Masih blom smooth lagi kalau tengok kat tepi-tepi kek tu.... Tak pa, lain kali cuba lagi. Kalau ada yang teringin nak buat boleh la tengok resepi kak bawah... Oh ya, aku C&P kat ZACK ZACHOES. Kalau nak tengok step untuk buat kek ni boleh klik link kat bawah tu yaa...








Strawberry Shortcake (Japanese-style)
C&P : ZACK ZACHOES


Bahan-Bahan

-4 biji telur Gred A
-120g gula kastor/gula halus
-80g tepung kek@tepung superfine
-20g tepung jagung
-1/4st baking powder
-40ml@40g susu segar + 1st esen vanila [ 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st ]
-esen vanila
-40g butter, dicairkan


Hiasan:
-300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
-250g buah strawberry segar
-Coklat untuk celup strawberry (optional)


Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. [ oven aku 150c ]
  2. Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8") dengan baking paper. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).
  4. Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.
  5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berselingselikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
  6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata (ku guna mixer speed paling slow sekali, malas nak guna spatula).
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan.
  8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
  9. Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong).
  10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.
  11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan strawberry.
  12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun  buah strawberry di atas kek.
  13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.





Lembut dan gebu...
Sedappp....