Sunday, 31 March 2013

Kek Span Pelangi / Rainbow Sponge Cake


   Salam semua.... Diharapkan paka-pakat ceria macam warna pada kek span pelangi aku lah yaaa.... Kali ni aku dah beranikan diri untuk buat kek pelangi... Dah banyak kali dok tengok orang lain ja buat, diri sendiri tak sempat lagi nak merasanya... Untuk kek ni aku tak guna resepi yang orang selalu dok guna tu. Aku guna resepi kek span vanila yang dah digandakan adunannya. Resepi kek span vanila tu aku amek kat blog rahel. Terima kasih ya kak Rahel sebab kongsi resepi kek span vanila tu... Memang gebu.... Kalau tak silap tahun lepas HaSue ada buat jugak kek pelangi ni. Dia pun guna asas kek span jugak. Tapi resepi dia tak sama macam aku guna ni. Kalau nak tengok boleh klik kat sini.. Untuk krim kek aku guna Italian Meringue Buttercream. Nak buat Italian Meringue Buttercream ni memang mencabar, takut tak jadi. First time buat memang payah, lama-lama ok la kan. Italian Meringue Buttercream ni memang sedap kalau nak dibandingkan dengan buttercream yang biasa dok buat tu. Rasa pun tak muak sangat. Untuk dekonya aku cuma buat yang simple ja... Sebab kat dalam tu dah meriah dengan warna.. Kek ni pun aku buat sebab anak sedara aku mintak. Dia baru balik dari asrama, ye la cuti sekolah... Rindu nak makan kek aku la tu.... Hahahaa...  Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni dulu....


Kek Span Vanila
Sumber : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : Rahel

Bahan-Bahan [ Bahan-bahan kat bawah ni aku dah gandakan. Sediakan 2 loyang bulat 8 inci ] 

-240g gula kastor [ aku letak 180 ]
-20g ovalette
-8 biji telur gred A

-260g tepung kek}
-1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

-80g air
-120gm minyak masak/mentega cair
-2 sudu teh esen vanila

pewarna merah ( perisa strawberry), oren ( perisa oren ), kuning ( perasa pisang ), hijau ( perisa pandan ), biru, violet dan ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci'.Lapis dengang kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
  5. Bahagi adunan kepada tujuh bahagian sama banyak dan letakkan warna. Gaul sebati. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 15-20 minit untuk setiap adunan. Kalau oven besar, bakar sekali dua biji.
  6. Setelah masak,terlangkupkan kek supaya kek tak mendap.
  7. Untuk melapis kek, letak lapisan pertama kek atas papan kek, sapu Italian Meringue Buttercream keseluruh permukaan dan ratakan. Kemudian lapis dengan lapisan kek kedua dan buat hingga habis. Sapu keseluruh kek dengan baki krim dan hias ikut citarasa masing-masing.




ITALIAN BUTTERCREAM
Sumber : Nor Cham
C & P : Anna Qaseh AzZahra

-200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye*Ana ikut kak Zu  [ aku letak 200gm ja, bagi aku dah manis dan boleh kurangkan lagi ]
-60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm )
-140 gm putih telur ( 4 biji )
-300 gm butter [ aku letak 200gm ]
-300 gm shortening [ aku letak 400gm ]

Caranya:
  1.  'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
  2. Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat )
  3. Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, jangan takut ya )
  4. Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue*
  5. Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
  6. Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai.
  7. Hiaskan atas kek anda.


Kek ni memang tinggi..
Payah sikit nak makan..

2 comments:

  1. wahh wahh! gebuss nampak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la kita tukar2 dgn macaroon pink & ijau tu...
      heheheee...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...